Kehidupan Selepas Pesaraan Lebih Elegan Dan Berkualiti, Kini Dapat Di Nikmati Bersama Sunway Sanctuary

Share

Pesara mahupun anak-anak yang inginkan ibu bapa menikmati usia emas mereka dengan sesuatu yang berkualiti dan berharga, boleh menyertai sebuah komuniti yang dikhaskan untuk pesara yang aktif agar mereka dapat menikmati penjagaan premium yang menyeluruh dari segi gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Bertempat di sebuah kawasan strategik di Lembah Klang, Sunway Sanctuary dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam satu kediaman mewah selain menawarkan servis penuh dengan 235 studio serba lengkap, suite perkhidmatan dengan pilihan satu atau dua bilik tidur yang direka berdasarkan enam teras utama, setiap satu bertujuan untuk menyediakan pengalaman hidup yang luar biasa.

“Matlamat kami adalah untuk menjadi contoh yang unggul untuk memberi keselesaan dan kemewahan bagi kehidupan pesara yang aktif, dengan tawaran produk penginapan dan perkhidmatan yang cemerlang serta lengkap dengan pelbagai kemudahan, keselamatan dan paling utama, penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi,” kata Dato’ Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare. 

Sunway Sanctuary menawarkan kehidupan yang elegan dan terjamin melalui reka bentuk dalaman yang sangat menarik. Setiap rekaan sangat menitikberatkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan akses. 

Paling utama, Sunway Sanctuary dihubungkan terus ke Pusat Perubatan Sunway yang terkenal, menyediakan residen dengan akses mudah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti. 

Ia turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, ujian darah, pemantauan tetap dan nasihat pemakanan dan diet. Bagi kes yang lebih serius, residen akan dirujuk ke Pusat Perubatan Sunway yang hanya terletak bersebelahan dengan Sunway Sanctuary.

Di sini turut disediakan jurulatih professional untuk melakukan sesi senaman kecergasan dan memberikan bantuan dengan keperluan dan tugas harian, supaya residen dapat mengekalkan kebebasan mereka dan menikmati gaya hidup sempurna.

Bagi residen yang ingin bersiar-siar dan menikmati udara luar, Sunway Sanctuary menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan residen membuat aktiviti luar selain perkhidmatan pengurusan dan perancangan acara juga disediakan untuk majlis-majlis khas, membolehkan residen menyambut majlis keraian bersama keluarga dan rakan-rakan dengan penuh gaya.

 Bagi residen yang gemar membaca, disini terdapat perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Paling menarik, ahan bacaan disini akan ditukar setiap bulan agar residen dapat menikmati bahan bacaan bermutu.

Sebagai residen di Sunway Sanctuary, anda pasti tidak akan bosan melalui kehidupan sebagai pesara kerana di sini banyak aktiviti dapat dilakukan dan komuniti disini sangat aktif dan mementingkan kehidupan bermutu dan sihat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sunway Sanctuary serta perkhidmatan uniknya,
hubungi talian +6019 313 0061.