Sedar tak sedar cuti raya pun dah nak habis dan ramai yang dah mula bekerja. Kanak-kanak juga sudah mula sesi persekolahan.
Runsing fikir nak masak apa untuk juadah bersama keluarga? Jangan risau resipi roti puri kali ini sangat mudah dan cepat.
Yang lebih menarik anda tak perlu menggunakan bahan tambahan seperti yis untuk buat roti puri ni. Jadi, jika mahukan kelainan bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Fienaz Shafie
ini.“Roti puri tanpa yis kak fienaz buat untuk breakfast sampai ke petang tahan lagi. Rangup tau cicah pula dengan sambal bilis. Anak suka. Kak buat versi besar dan kecil. Yang kecil tu untuk anak-anak mudah nak makan. Selamat mencuba,” kongsinya.
Roti Puri Tanpa Yis
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Masukkan 3 cawan tepung gandum dalam mangkuk dan campurkan 1 tbsp gula, garam dan 6 tbsp minyak masak. Gaulkan sehingga rata.
– Masuk sikit demi sedikit air. Kalau terlebih air tambah tepung, uli sampai tak lekat di tangan. Kemudia bulatkan dan rehatkan doh 15 minit.
– Leperkan kesemua doh dan boleh digoreng dengan minyak yang cukup panas.
*Tips: Nak kembung kena masak masa minyak betul-betul panas. Curahkan minyak dekat doh sampai kembung.
Sumber: Fienaz Shafie