Anak-anak bila dapat mandi sambil bermain air memang seronok mereka rasakan. Tambah-tambah lagi jika dapat berendam, walau sekadar hanya merendamkan sebahagian badan sekali pun itu sudah membuatkan mereka keriangan.
Pun begitu, malang tidak berbau dan sebagai ibu ayah kita perlu lebih berhati-hati. Kita tidak mahu keriangan anak-anak boleh bertukar menjadi tragedi andai tanpa pemantauan daripada kita orang dewasa. Ini memandangkan menurut Dr Kamarul Ariffin kanak-kanak dikatakan boleh lemas di dalam air walaupun pada kedalaman hanya 1 inci atau lebih kurang 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
ARTIKEL MENARIK : Walau Sibuk Memasak Kena Juga Bagi Perhatian Bab Keselamatan Anak. Dr Ni Kongsikan Jadikan Panduan!
ARTIKEL MENARIK LAGI : Anak Letih Balik Sekolah. Dr Ni Pesan Buatkan Jus Ni Sebagai Cara Nak Bagi Kembali Cergas. Kena Buat!
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club