Anak-anak bila dapat mandi sambil bermain air memang seronok mereka rasakan. Tambah-tambah lagi jika dapat berendam, walau sekadar hanya merendamkan sebahagian badan sekali pun itu sudah membuatkan mereka keriangan.
Pun begitu, malang tidak berbau dan sebagai ibu ayah kita perlu lebih berhati-hati. Kita tidak mahu keriangan anak-anak boleh bertukar menjadi tragedi andai tanpa pemantauan daripada kita orang dewasa. Ini memandangkan menurut Dr Kamarul Ariffin kanak-kanak dikatakan boleh lemas di dalam air walaupun pada kedalaman hanya 1 inci atau lebih kurang 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
Ads
Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
Ads
Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Rezeki buat anak-anak calon SPM & STPM 2021 apabila Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK) Khairy Jamaluddin mengumumkan suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah. Pastinya keutamaan dan perhatian yang diberikan ini, amat disyukuri ramai pihak.
Menurut Khairy Jamaludian, “Pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir Julai depan. Suntikan vaksin itu adalah permintaan daripada Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin.
“Dr Radzi mahu memberikan suntikan vaksin itu kepada pelajar tingkatan lima dan enam yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.
“Oleh itu, pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM akan menerima suntikan dos pertama pada akhir Julai atau awal Ogos depan dan selepas tiga minggu, dos kedua akan diterima pelajar berkenaan,” katanya.
Semakin hari usia anak-anak kita semakin meningkat dan kita pula akan cuba asingkan tempat tidur mereka bagi menjaga keharmonian dalam hubungan kekeluargaan. Apatahlah lagi mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan, ini sangat penting demi keselamatan anak-anak juga.
Pun begitu, lumrah anak-anak ini setiap tindakan yang mak ayah buat atau putuskan akan ditanya dek kerana sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka. Justeru sebagai ibu ayah, anda perlu bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan dan rasa curiga anak-anak pada masa-masa tak terduga.
Contohnya sebagaimana perkongsian video daripada pemilik akaun TikTok hawaje, apabila sedang bersembang di dalam kereta dan tiba-tiba anaknya Yaya mempersoalkan kenapa ayahnya tidur sebilik dengan ibunya. Sedangkan dia dan adik beradik lain, tidur di bilik masing-masing.
Itulah gelagat anak-anak kita, bukan bertanyakan soalan berkaitan tempat tidur malah banyak lagi soalan-soalan lain bakal ditanya oleh anak-anak.
Learning Moment
Menurut Akhi Fairuz Al-Jengkawi di akaun facebooknya, ia dipanggil learning moment.
“Ketawa saya tonton gelagat ibu dan anak dalam video Tiktok yang ini. Anaknya bertanya, kenapa papa yang dah besar tidur satu bilik dengan mama, sedangkan dia dan adik beradik yang lain tidur asing-asing. Ibunya hanya mampu ketawa dan suruh tanya papa nanti.”
Tuan puan, sebenarnya inilah yang dipanggil learning moment dalam pendidikan seksualiti. Ia adalah waktu dan ketika anak-anak bertanya soalan yang sangat telus.
“Mama, kenapa mama mengandung?”
“Kenapa mama tak solat?”
“Macam mana mama boleh lahirkan anak?”
“Persetubuhan tu apa?”
“Jimak tu apa?”
“Liwat tu apa papa?”
“Rogol tu sama macam liwat ke mama?”
Dan 1001 persoalan lagi. Tak kira masa, tak kira tempat, anak-anak akan tanya je. Cuma, buat ibu ayah, please jangan react begini bila anak bertanya soalan seperti yang dinyatakan,
“Dah besar nanti kau tahulah sendiri!”
“Amboi, kecik-kecik dah tanya soalan macam tu!”
“Apa tanya soalan macam tu? Mama cilikan nanti mulut, baru tau!”
“Pergi tanya papa.” Bila tanya papa, “tanya pada mama.”
Paling lejen langsung tak jawab. Hanya diamkan sahaja.
Tu yang sampai anak cari sendiri. Akhirnya terjebak dengan pornografi, dek curiousity yang tidak disantuni dengan baik oleh ibu bapanya sendiri.
Baik, untuk soalan anak puan dalam video Tiktok ni, ini jawapan yang boleh diberikan :
Anak : Ma, nak tanya. Kami adik beradik dah tidur asing-asing. Lepastu kenapa papa penakut? Asyik tidur dengan mama je.
Mama : Kenapa kakak tanya soalan macam tu? (Sebelum jawab tanya dulu)
Anak : Ya lah, abang tidur asing, kakak tidur asing, tapi kenapa papa yang dah besar tidur je lagi dengan mama. Dulu mama kata kena tidur bilik sendiri sebab dah besar. Tapi papa lagilah besar, tidur je dengan mama.
Mama : Oh, bagus soalan kakak tu. Macam ni, pengasingan tempat tidur ni sebenarnya mengikut suruhan Nabi SAW. Nabi sebut bila anak berusia 10 tahun, anak lelaki dan perempuan kena diasingkan tempat tidur. Macam mama dan papa tidur satu bilik sebab kami suami isteri, sudah berkahwin.
Asing bilik ni bukanlah semata-mata kakak atau abang dah besar, tapi bilik ni adalah ruang privasi bagi anak-anak mama. Inilah tempatnya untuk bersiap lepas mandi, aurat terdedah ketika tanggalkan pakaian, bermain, berehat, tidur dan lain-lain.
Sebab tu papa dan mama hias cantik-cantik bila kakak dan abang. Nak bagi anak-anak mama hargai bilik tidurnya, bersihkan katil bantal tilam lepas bangun tidur dan macam-macam lagi.
Cuma, ada adab yang agama gariskan. Anak-anak yang belum akil baligh perlu minta izin nak masuk bilik mak ayah pada 3 waktu, sebelum subuh, tengah hari dan selepas isyak.
Mama dan papa pun kena minta izin untuk masuk bilik anak-anak yang dah akil baligh. Semua ni untuk menjaga aurat masing-masing, walaupun kita anak beranak.
Anak : Tapi mama dan papa duduk satu bilik tak terdedah ke aurat?
Mama : Pandai anak mama. Betul, memang mama akan melihat aurat papa, papa pun melihat aurat mama. Namun, ia dibenarkan. Sebab seperti yang mama sebut tadi, mama papa dah berkahwin, dihalalkan. Bahkan Allah bagi pahala.
Sebab tu Islam ni menitik beratkan soal maruah diri, perkahwinan, perhubungan suami isteri, pergaulan antara lelaki dan perempuan, aurat dan semuanya.
Kakak faham tak?
Anak : Faham mama.
Mama : Nanti kalau ada soalan lagi nak tanya, tanya je ok. Mama dan papa boleh jawabkan Inshaallah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Duit KWSP hampir sejuta habis licin, pesara menyesal tak sudah. Setelah bertahun-tahun bekerja dan menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tiba masanya untuk menikmati hasil simpanan anda selepas bersara.
Namun, apakah kegunaan utama duit KWSP selepas bersara? Duit KWSP selepas bersara memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesejahteraan kewangan dan kehidupan yang selesa.
Duit KWSP Hampir Sejuta Habis Licin
Perancangan yang bijak dalam menggunakan simpanan KWSP boleh membantu memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin dan tenang. Oleh itu, adalah penting untuk merancang penggunaan simpanan ini dengan teliti dan mendapatkan nasihat kewangan jika perlu.
Bagaimanapun lain pula jadinya dengan seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur. Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 yang diperolehnya habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.
Pesara Menyesal Tak Sudah
Bekas pekerja swasta terbabit, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata, sebelum itu, duit itu juga susut kerana digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan bermula pada tahun 2017.
Lelaki itu menjelaskan, dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.
“SAYA MENERIMA WANG PERSARAAN BERJUMLAH RM750,000 IAITU RM500,000 AKAUN 1 MANAKALA RM250,000 AKAUN 2.
“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.
“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018 manakala selebihnya habis digunakan bagi belanja makan, minum, kos elektrik, air dan internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya.
Kos sara hidup tinggi, harga barang mahal faktor wang persaraan cepat habis
Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.
“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih dan nasihat saya kepada pesara agar perlu berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.
“Cuma saya bernasib baik kerana isteri (62 tahun) ialah pesara kerajaan yang menerima sejumlah pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami seterusnya dalam menghabiskan usia tua,” katanya.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.