Pasangan pengantin mencuri perhatian ramai apabila memilih konsep perkahwinan bertemakan Doom & Gothic, sesuatu yang jarang sekali dilihat dalam majlis perkahwinan di Malaysia.
Menurut jurusolek menerusi facebook miliknya, Dib Diba yang bertanggungjawab menata rias pengantin, ini adalah kali pertama beliau menerima permintaan untuk makeup Gothic Vampire bagi majlis sanding.
“Sanding tema Doom & Gothic | Dalyla Inn Bkt Kuang. Tq kak sa hire Dib. Orang hati sado jer boleh buat tema macam ni. tak pelik la. Sebab husband dia pun vokalis/gitarist Modar- metal band.”
Ads
Ads
Ads
Bagaimanapun, selepas berbincang mengenai konsep solekan, termasuk pemilihan eyeshadow, contact lens dan gincu, akhirnya terhasil makeup pengantin bertemakan Gothic yang unik dan menepati permintaan pelanggan.
“Sepanjang berkarya sebagaI MUA xpernah bride request makeup look Gothic Vempire untk tema sanding.
“Biasanya kalau makeup look macam ni client request untuk event.
“1st time wsp ingtkan akak ni nk look smokey eyes. Skali dia send gmbr makeup ghotic. Terkejutt kitaaa & terpikir pikir biar betul hakak ni, tak pernah dibuat orang ni. Bincang punya bincang, dari part mata, lens, lipstick maka terhasil la makeup bride gothic ni..”
Majlis perkahwinan ini lebih istimewa kerana suami pengantin merupakan vokalis dan gitaris band metal tempatan, Modar. Tema Doom & Gothic ini jelas mencerminkan minat mereka dalam dunia muzik metal.
Setiap pasangan mempunyai citarasa tersendiri, dan sebagai MUA, jurusolek tersebut menyatakan bahawa tugasnya adalah membantu merealisasikan impian klien.
“Masing-masing ada minat dan citarasa sendiri, sebagai MUA Dib tlg realisasikan ikut request client. Raikan perbezaan kitayang penting pengantin happy.”
“Kecut perut Kalu jumpe Jalan Malam..”- Netizen
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat gaya pengantin perempuan berkenaan. Tindakan beraninya itu memberikan pelbagai pandangan oleh netizen.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Rusni memilih untuk mengambil tiga subjek aliran Sains Tulen iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia, sebagai langkah awal mengejar hasratnya untuk berkhidmat sebagai seorang doktor.
Menurutnya, meskipun usianya semakin menghampiri angka 40, sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan sekeliling menjadi sumber motivasi utama untuk terus mengejar cita-cita.
“Mak saya sempat tergelak kecil apabila saya maklumkan ingin menduduki semula SPM. Namun, adik saya, Dr Nur Hanisa Ruslan yang merupakan seorang pakar bedah, banyak menyuntik inspirasi dan memberikan dorongan.
“Ramai kenalan saya bekerja dalam bidang perubatan. Mendengar pengalaman mereka tentang dunia hospital menambahkan lagi minat saya untuk mendalami bidang ini,” katanya.
Rusni yang berasal dari Kluang, Johor berkata, minat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sudah tersemat dalam dirinya sejak kecil. Bagaimanapun, atas faktor kewangan dan tanggungjawab keluarga, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan.
“Tahun ini, saya nekad untuk memberi peluang kepada diri sendiri. Fokus utama saya kini adalah untuk menduduki semula subjek-subjek teras seperti Biologi, Fizik dan Kimia.
“Selepas itu, saya bercadang untuk menyambung ke peringkat asasi universiti. Saya lebih memilih program asasi kerana lebih bersifat intensif dan lebih dekat dengan suasana pembelajaran di universiti, berbanding STPM,” jelasnya.
Rusni menjangkakan, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, beliau boleh menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dalam tempoh sekitar enam tahun.
Ketika ditanya tentang bidang kepakaran yang diminatinya, Rusni berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad, namun menunjukkan kecenderungan terhadap bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) serta Pediatrik.
“Saya terbuka untuk menerokai bidang-bidang lain sepanjang proses pembelajaran nanti. Saya yakin, dengan usaha dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan, impian ini dapat direalisasikan. Insya-ALLAH,” katanya penuh semangat.
Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Lebih bangga anak sulungnya itu telah meraih Anugerah Pengetua. Tahniah Ryan!
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.
“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Anak Dr Fauziah Hassan bimbang – “Ibu pernah ditahan sebelum ini, saya bimbang dia diperlakukan lebih teruk.” Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan FFC x TMTG, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali serta isteri, Dr Fauziah Hassan, meluahkan rasa bimbang selepas menerima berita bahawa kapal yang membawa kedua ibu bapanya telah dirampas oleh tentera.
Shamil Mohd Alauddin, 40, berkata beliau mengetahui perkembangan tersebut melalui laporan media sosial pada pagi ini dan menyemak ‘tracker’ kapal yang menunjukkan ia tidak lagi bergerak serta terputus hubungan. Menurutnya, beliau kemudian dimaklumkan oleh MyCARE bahawa kapal yang dinaiki ibu bapanya telah dipintas oleh tentera Israel.
Menurut Shamil, keluarganya sudah menjangkakan kemungkinan kejadian penahanan itu berlaku, namun tidak menyangka ia akan terjadi seawal ini. “Kami memang sudah bersedia, tapi apa yang mengejutkan ialah ia berlaku terlalu awal,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat MyCARE.
Beliau memaklumkan bahawa kali terakhir berhubung dengan ibu bapanya adalah pada petang semalam, ketika mereka masih berada dalam keadaan baik. Namun, perkembangan terbaru ini menimbulkan kebimbangan besar terhadap keselamatan ibu bapanya yang kini dipercayai berada dalam tahanan tentera Israel.
Shamil turut melahirkan rasa gusar terhadap kemungkinan layanan kasar tentera Israel terhadap kedua ibu bapanya. Menurutnya, ibunya, Dr Fauziah Hassan, pernah mempunyai rekod ditahan Israel sebelum ini sewaktu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). “Saya bimbang ibu akan diperlakukan dengan lebih teruk kerana mereka sudah mengenali beliau,” ujarnya.
Kebimbangan itu turut dikongsi oleh ahli keluarga lain dan masyarakat Malaysia yang mengikuti perkembangan misi kemanusiaan FFC x TMTG yang kini menjadi tumpuan antarabangsa.
Shamil menyeru kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera bagi membantu membebaskan ibu bapanya dan semua sukarelawan kemanusiaan yang kini ditahan oleh pihak berkuasa Israel. Katanya, keprihatinan dan tindakan diplomatik segera amat diperlukan bagi memastikan keselamatan semua delegasi Malaysia yang terlibat.
Misi kemanusiaan FFC x TMTG (Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza) membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan ke Gaza melalui Laut Mediterranean. Misi ini bertujuan menyeru penghentian peperangan dan pembukaan semula akses koridor kemanusiaan di wilayah bergolak tersebut.
Difahamkan, sembilan wakil Malaysia menyertai pelayaran tersebut — lapan daripadanya menaiki Kapal Conscience milik Freedom Flotilla Coalition, manakala seorang lagi berada di atas kapal layar Umm Saad. Antara delegasi Malaysia di atas Kapal Conscience ialah ketua misi Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.
Misi kemanusiaan ini menjadi simbol perjuangan rakyat Malaysia dalam menegakkan keadilan dan solidariti terhadap rakyat Gaza, walaupun berdepan risiko tinggi akibat tindakan agresif tentera Israel.