
Kepada yang sedang mencari resepi berbuka puasa nak tambah selera. Apa kata cuba solok ikan ni. Rasanya memang enak.
Dengan perkongsian oleh Surihati MrF melalui Masak Apa Hari Ini ,boleh dijadikan salah satu menu hari ni.
—————————————-
Hr nie belajar buat solok ikan dengan mertua.. Juadah tradisi setiap kali Ramadan mertua niaga Di bazar.. Ada yg suka tak..
Kalu ramai yg suka nanti sis kongsi resepi..
Thank semua.. Disini dengan ikhlas Hati sis bkongsi resepi.. Dapat keizinan Dr empunya resepi doakan moga jualan mertua sis diberkati dan dimurah rezeki..
Solok ikan
Ikan kembung nk guna ikan selayang / ikan sardin pun boleh.. Tp sedap guna ikan kembung
-pilih jgn yg keras Sgt supaya senang nk buang tulang dan isi..Ms buang isi n tulang kena lembut agar kulit n kepala tk tertanggal nti jd tk ada kepala tk cantik
Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Halia
Telur – jika ikan sikit tk payah
(semua bhn tu di blend dan gaul dgn isi ikan)
Isi kelapa parut muda (sedang) dan tua ( cmpur dan kena sama 1:1)
Daun kesum-jika suka, mayang halus
Garam
Gula
Ajinomoto-jika suka
Gaul semua dengan isi ikan dan bhn2 yg dikisar.
Petua:
Minyak jgn Terlalu panas…
Ikan mst tengelam semua dlm minyak..
Ms goreng jgn usik Sgt ikan yg tgh goreng takut nanti isi akn terlerai Dr ikan… Nti ikan akn timbul just balik2 Sekejap n toskn…
“Cantiknya, Still Nampak Muda.” Sharifah Shahirah Muat Naik Video Jumpa ‘BFF’, Azah Aziz, Raih Perhatian Peminat.

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Azah Aziz yang popular era 90-an. Sejak berhijrah ke luar negara mengikuti suaminya tidak lagi aktif dalam bidang hiburan tanahair. Namun pelakon legend ini tetap mempunyai peminatnya tersendiri.
Terbaru menerusi Instagram milik, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah yang lebih mesra dengan panggilan Shira telah muat naik video berjumpa dengan Azah Aziz di sebuah cafe di ibu kota.
Dengan kapsyen ringkas, sudah lama tidak berjumpa rakan dari luar negara telah meraih perhatian peminat.
“Bila ko jumpa kawan ko dari canada @azahmontreal @therockchilliqueen.”
Video berdurasi 35 saat itu telah mengembalikan nostalgia peminat kepada pelakon yang berusia 49 tahun itu.
Awet muda
Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikanya walaupun sudah berusia. Malah ada juga rindu kepada lakonannya suatu ketika dulu.
Riak wajah dan kemesraan jelas terpancar kerinduan dua sahabat baik ini setelah sekian lama tidak berjumpa.
Peminat luah rindu
Meninjau di ruangan komen rakan artis dan para netizen meluahkan rasa rindu melihat pelakon legend itu dan turut memuji kecantikan awet muda Azah Aziz
Sumber: shieraijoydan azahmontreal
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bonding Time Ibu & Anak, Bolehlah Praktis Cara Urutan Ni!

Sentuhan dan urutan dari seorang ibu kepada seorang anak sebenarnya dapat memberikan rasa ketenangan dan keselesaan. Mungkin sesetengah antara kita biasa memberi urutan ringkas pada anak-anak ketika mereka bayi, namun bila sudah bersekolah terasa janggal pula untuk lakukan urutan tersebut.
Sedangkan anak-anak yang sedang aktif ini sering terasa letih, lenguh badan dan ada kalanya mengalami stress. Bayangkan jika anda lakukan urutan, pastinya akan dapat melegakan dan sekali gus cara ini juga adalah satu bentuk bonding time istimewa antara ibu dan anak.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Cik Oya terhadap anaknya dan turut dikongsikan beberapa teknik urutan untuk info bersama.
Emak cik oya pandai mengurut tapi urut untuk anak-anak sahaja. Mungkin mewarisi sedikit kelebihan dari emak. Cik oya mula melatih diri mengurut anak-anak pula.
Sekarang sudah menjadi tabiat. Selepas urut sahaja bisik di telinga mereka untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Terus bangun seperti di pukau.haha. Pukauan ibu.
Selalu selepas solat subuh cik oya urut dia orang. Ini bukan teknik pakar. Urutan ini adalah urutan sentuhan atau aura positive ibu kepada anak-anak.
Sediakan DOA mudah ini sewaktu urutan.
Al-Fatihah
Ayat Kursi
Sepanjang urutan kalian baca dan sembur pada badan anak-anak.
Jika anak-anak jatuh, sakit badan atau sebagainya. Urut dan sembur pada bahagian yang sakit. In shaa Allah. DOA ibu akan menyembuhkan anak.
Kalian tidak perlu melakukan semua teknik dalam satu masa. Apa yang perlu adalah konsistansi pada setiap hari dan pagi.
Cara dan teknik ada disetiap gambar. Mohon baca sebelum praktikkannya.
Ini urutan dada dan Perut
Ini urutan dada dan Perut.Menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
Posted by Norafiza Mahmud on Saturday, March 3, 2018
Menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
sumber : Norafiza Mahmud
Ini 31 Sikap Mertua Yang Kena Elak. Barulah Hubungan Ngam Dengan Menantu.

Sudah tentu antara kita sudah bergelar mertua. Namun untuk menjadi ibu mertua bukan suatu kerja yang mudah. Sudah tentu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan menantu.
Sebagaimana perkongsian ini amat menarik untuk dijadikan pedoman.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mentua Dari Kayangan.
Kebanyakan dari kita sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sedar atau tidak, suatu hari nanti, In Shaa Allah kita juga akan menjadi Mentua.
Di sini saya senaraikan apakah perkara, perbuatan dan kelakuan yang mesti dielakkan supaya kita juga, suatu hari nanti tidak akan menjadi Mentua Dari Kayangan.
1. Jangan amalkan sihir. Kalau benci sangat kat menantu sekalipun, jangan main bomoh. Sudahlah berdosa besar, keluarga anak sendiri pun porak peranda. Silap-silap sampai ke tua anak tu takkan bahagia.
2. Jangan membanding-bandingkan menantu. Tak kira la dari segi kekemasan rumah, kerajinan, kecantikan, kerja, cara melayan anak dia, harta benda dan sebagainya.
3. Jangan merendah-rendahkan menantu yang tak kaya dan mengangkat tinggi menantu yang kaya. Duit yang banyak tu tak boleh bawak masuk kubur pun. Yang penting kebahagiaan mereka sekeluarga.
4. Jangan menyibuk hal harta benda anak dan menantu. Mereka sudah besar dan biar mereka uruskan kewangan sendiri. Tak perlu masuk campur.
5. Jangan melaga-lagakan menantu. Ini mungkin ramai yang tidak sedar. Apabila di rumah menantu sulung, jangan puji sangat menantu yang bongsu. Bila di rumah menantu kedua, jangan melampau bercerita pasal menantu yang lain pula. Ini umpama melaga-lagakan mereka sedangkan menantu dan birasnya tiada masalah pun.
6. Jangan mengutuk fizikal dan rupa paras menantu. Tak kira la di depan menantu itu sendiri atau di depan orang lain. Hitam? Putih? Gemuk? Kurus? Tinggi? Rendah? Cantik? Buruk? Body shaming oleh mentua sangat menyakitkan hati sebenarnya.
7. Jangan memburukkan menantu dengan anak yang lain. Mak sendiri dah jadi ketua membawang, sama-sama mengutuk dan mengumpat menantu dan kakak ipar anak-anak tu.

8. Menantu bukan pilihan? Yang nak bersama dengan anak sampai ke hari tua anak ialah isteri diorang tu. Kenapa pula mentua yang nak berlebih-lebih nak yang pilihan sendiri? Menantu tu nanti akan tidur dengan anak, bukan dengan mentua.
9. Jangan terlalu mengharap menantu akan ikut semua cara mentua. Nak potong bawang pun kena ikut cara mentua. Nak lipat baju pun kena ikut cara dia. Nak masak kena ikut masakan dia. Nak jaga anak pun kena ikut cara mentua. Cara lain semua salah. Dia je yang paling betul.
10. Jangan terlalu membebel kat menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini tak betul. Ada je benda nak betulkan.
11. Jangan asyik mengungkit benda yang dah berlalu. Kalau menantu tu ada buat salah 10 tahun yang lepas, setiap kali berjumpa akan mengungkit benda yang sama. Walaupun dah minta maaf.
12. Jangan menyindir menantu. Bila nampak rumah ada langsir baru, pinggan mangkuk baru, baju baru atau perabot baru, disindirnya konon menghabiskan duit anak.
13. Jangan sentiasa menyalahkan menantu walaupun anak sendiri yang tak berguna. Tak boleh terima kenyataan anak tu yang bermasalah, tapi menantu jugak yang dipersalahkan.
14. Jangan sentiasa nak komen masakan menantu. Tak sedap, tak garing, tak lembut, tak lemak, tak pedas, tak itu tak ini. Semuanya tak menepati citarasa.
15. Jangan mengutuk, mengumpat dan mengata menantu dengan orang luar. Yang tak kena semua dicerita. Akhirnya akan tinggalkan tanggapan yang buruk kepada menantu.
16. Jangan cakap kasar dengan menantu. Main AKU ENGKAU je macam menantu tu orang gaji.
17. Jangan berlebih-lebih mengajar cara mendidik anak. Setiap orang itu unik dan ada cara masing-masing, menasihati dan memberi cadangan itu tidak mengapa, tetapi memaksa itu dah masuk kategori lain.
18. Jangan menghina menantu yang tidak mendapat zuriat. Bab zuriat ni rezeki Allah. Bab zuriat ini ada banyak sebab. Bukan sebab menantu je, anak pun boleh jadi sebab.
19. Jangan membanding-bandingkan cucu. Sekolah, tahap pembelajaran, rupa paras, bentuk fizikal dan segala benda nak dibanding-bandingkan.
20. Jangan menyalahkan menantu bila terjadi apa-apa pada cucu. Contohnya cucu kurus, menantu tak bagi makan. Cucu gemuk, menantu bagi banyak sangat makan. Cucu tak pandai, sebab ikut otak menantu.
21. Jangan body shaming cucu. Macam pelik kan? Tak pelik. Cucu yang tak cantik dikatanya hidung kemek ikut maknya. Yang hensem, ikut anaknya pula. Habis diceritanya cucu anak yang ini hensem, anak yang itu gelap. Cucu yang ini cantik, yang itu huduh.
22. Jangan bermulut jahat. Menantu setan katanya. Menantu hantu. Cucu macam monyet la kura-kura la. Ini realiti tau.
23. Jangan melaga-lagakan menantu dan anak. Dah tak suka menantu tu, dihasutnya anak macam-macam. Difitnah menantu tu itu dan ini supaya anak jadi benci.
24. Jangan asyik nak iri hati. Bila anak buat sesuatu kat menantu, jeles terus. Anak belikan menantu bunga, nak bunga jugak. Anak belikan isteri dia kereta, dia pun nak kereta jugak.
25. Jangan sentiasa bandingkan menantu yang bekerja dengan menantu yang tak bekerja. Yang suri rumah tu dianggap makan tidur je. Yang bekerja diagung-agungkan.
26. Jangan labelkan menantu pemalas bila tak nampak dia buat kerja. Bukan semua benda kita tahu dan bukan setiap masa kita boleh nampak.
27. Jangan tuduh menantu bomohkan anak bila anak beri kasih sayang dan membantu kerja rumah isterinya.
28. Jangan suka mengarah menantu macam orang gaji.
29. Jangan ingat kita sahaja yang betul dan menantu tak layak untuk beri pandangan.
30. Jangan lebih menpercayai orang lain berbanding menantu. Bila ada benda terjadi, tak nak dengar langsung penjelasan menantu. Orang lain kononnya lebih tahu.
31. Jangan sedap sangat mengutuk besan depan anak dan menantu. Itu mak ayah menantu.
Itulah serba “sedikit” benda yang kita bakal mentua ni perlu elakkan. Kenapa? Kerana kita nak hasilkan rantaian keturunan yang penuh kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Jika anda ada lagi perkara atau perbuatan yang perlu dihindari, sila kongsikan di komen. Generasi kita, kita sama-sama jaga. Kongsikan supaya kita ambil peduli dan tidak menjadi Mentua Dari Kayangan.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Kredit: Akhtar Syamir
.