
Sejak bulan Ramadan, tentunya para ibu tercari-cari resepi berbuka dan sahur untuk seisi keluarga.
Jika setiap kali membeli di bazar tentunya bosan kan. Apa kata cuba resepi paprik ayam ni cara puan Nurbaizura Sani.
Bahan-bahan nak buatnya pun mudah. Tentu anak-anak dan suami selera dengan hidangan daripada air tangan ibu!
Bahan-bahan
Step 1
Bahan-bahan sos
bahan-bahan untuk tumis
Cara menumis
Masukkan sayur
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Nurbaizura Sani Via Ilham Resepi
“Abah Dah Tak Ada.” Khir Rahman Kongsi Momen Terakhir Bersalam Raya Dengan Arwah Bapanya. Al-Fatihah Buat Arwah Dato’ A Rahman Hassan.

Isi Kandungan
ToggleNegara kehilangan sebutir lagi permata seni apabila Seniman veteran, Datuk A. Rahman Hassan disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 12.40 malam tadi.
Allahyarham yang merupakan pnyanyi era 1960-an meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung. Beliau meninggalkan seorang balu, pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.
Sebelum itu, arwah dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor.
View this post on InstagramA post shared by KHIR RAHMAN AL BAQI (@kei_ramoss) on
Namun, menerusi perkongsian terbaru, Khir Rahman memaklumkan berita pemergian arwah ayahnya pada jam 12.40 malam tadi. Berita tersebut dimuat naik beserta sekeping gambar ketika sambutan Syawal yang lalu bersama arwah ayahnya.
(Di atas adlh momento terakhir sy bersalam raya dengan arwah abah pada Shawal pertama 1440 baru2 ini)
ASSALAMUALAIKUM ??
“Abah dah takda”
Sy KHIR RAHMAN mahu memaklumkan secara rasmi ..bahawa tepat jam 12.40 pagi tadi, bertarikh 13hb Jun 2019, bersamaan dgn 9 Syawal ..ayahanda sy *DATO A RAHMAN HASSAN* telah kembali ke rahmahtullah.
View this post on InstagramA post shared by KHIR RAHMAN AL BAQI (@kei_ramoss) on
Alhamdulillah.. berkat doa semua, arwah abah telah pergi dengan baik sekali ..semoga abah disekalikan bersama mereka yg beriman dan dikasihi Allah.
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman arwah di No 6, Lorong 2A, Taman Sri Ukay ..di solatkan di masjid yg akan ditetapkan nanti ..dan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Taman Keramat .. inshaaAllah
Al Fatihah
Sempat bergambar bersama anak dan cucu
Terdahulu, penyanyi veteran berusia 73 tahun yang popular dengan lagu Tak Mengapa itu telah dikejarkan ke hospital pada 1 Jun lalu selepas mengadu sesak nafas.
Difahamkan, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) itu mengalami kesukaran bernafas dan ditahan dalam bilik rawatan selama 12 jam dan dibenarkan pulang sehari sebelum menjelang Syawal.
Menerusi intagram Khir Rahman, beliau ada memuat naik gambar yang diambil ketika hari raya bersama arwah
Ucapan takziah diterima dari pelbagai pihak termasuklah selebriti.
lindarafar al-fatihah @kei_ramossabah seorg insan yg baik.. u all satu family baik..masih teringat kenangan berjumpa arwah n dtg perkahwinan dulu?? semoga tenang d sana
zarulumbrella Innalillahiwainnalillahirojiun – salam takziah buat keluarga, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman – Al Fatihah
Orang baik Allah sayang
kak_ogy inalillahi wainailaihi rojiun ?. Ya Allah ampunkan dosa2 Allahyarham Dato A Rahman Hassan dan tempatkan rohnya didalam golongan org2 yg beriman. Al Fatihah buat Allahyarham Dato A Rahman Hassan..Aamiin.. @kei_ramossSalam takziah buat Khir, Ct, Datin Fadilah dan seisi keluarga. Orang baik Allah sayang ?
fazlinaahmaddaud Allahu… Takziah Bang. Alfatihah…
Tabah terima dugaan
rajaazmi Al Fatihah..bertabahlah menerima dugaan. Arwah damai di sana di sisi Allah. Aamiin
yeophashim Al-Fatihah & Salam Takziah Buat Abang @kei_ramosssekeluarga . moga roh allahyarham di tempatkan bersama para soleh . amin
zam_jr5 Salam Takziah Champ.. Semoga Rohnya dicucuri RAHMAT & ditempatkan dikalangan hamba2 yg beriman. In sha allah. alFatihah
Al-Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Aamiin.
Sumber: IG kei_ramoss & fadilahmansor
“Rasa Manis Tengok Rumah Ni.” Serba-Serba Warna Pink, Kediaman Wanita Ini Tarik Perhatian Warganet!

Rumah cantik menjadi idaman semua orang terutama wanita. Justeru ramai yang melakukan dekorasi mengikut citarasa.
Salah satu perkongsian dekorasi yang menarik perhatian ramai adalah sebuah kediaman milik Puan Nurrul Atika yang menjadikan warna tema merah jambu atau pink sebagai pilihan utama dekorasi rumahnya. Malah, perkakasan termasuk ruang tamu, dapur dan kamar mengunakan warna yang sama.
Biasanya warna pink adalah warna lembut yang dipilih oleh orang romantis. Gabungan klasik ini akan menjadikan ruang rumah itu kelihatan tenang dan terang.
Biarpuan warna pink dianggap salah satu warna yang paling ‘berbahaya’, kerana tidak semua orang boleh menggunakannya dengan betul. Namun wanita ini berjaya menggabungkan warna merah jambu dengan warna lain hingga setiap ruang kelihatan benar-benar bergaya.
Bagi penggemar warna pink, apa lagi, jadikan dekorasi ini inspirasi buat anda!
RUANG DAPUR
BEKAS SIMPANAN PUN BERWARNA PINK
KAMAR TIDUR DAN ‘WORK STATION’ BERSEBELAHAN
PERKAKASAN MASAK
GABUNGAN WARNA YANG MENJADI PINK DAN PUTIH- RUANG TAMU
KERETA KESAYANG TURUT WARNA PINK
Meninjau diruangan komen, rata-rata memuji kesungguhan wanita ini menghias rumah dengan menggunakan warna tema pink.
Tetarik dengan cara wanita ini, ramai yang bertanya mengenai pelbagai perkakasan yang dibeli oleh wanita berkenaan. Moga perkongsian ini menjadi llham bagi yang sedang mencari mood dekorasi raya.
Selamat mencuba!
Sumber: Instagram eika_atikaa
“Dah Macam Elsa Versi Muslimah…”-Peminat Teruja Lihat Diana Amir & Keluarga Bermain Ice Skating!

Keluar bersama keluarga dan anak-anak itu merupakan antara detik yang cukup menggembirakan malah menjadi aktiviti yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Lazimnya melakukan riadah bersama-sama orang tersayang pada waktu yang terluang terdapat banyak perkara boleh kita lakukan. Selain pergi ke taman rekreasi, pergi ke pusat membeli belah untuk ‘cuci mata’ dan sebagainya, anda juga boleh lakukan seperti keluarga Diana Amir ini, bermian ice skating.
Aktiviti ini telah mencuri tumpuan wargamaya apabila Diana Amir selepas tampil berniqab pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bermian ice skating sambil ditemani suami dan tiga cahaya matanya iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.
Rakaman yang dimuat naik di laman IG milik Diana itu mendapat perhatian ramai apabila di dalam rakaman tersebut Diana dilihat turut beriadah meluncur ais bersama anak-anaknya.
Apa yang lebih mencuri perhatian umum, apabila Diana yang mengenakan pakaian jubah hitam dan berniqab begitu asyik meluncur ais.
Biarpun bejubah dan berniqab, Diana mengakui itu kali pertama dia meluncur ais dengan berpakaian begitu. Diana turut mengakui pandangannya jauh lebih jelas walaupun wajahnya berniqab.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan antaranya adalah seperti :
“masyaAllah kak…dh macam Elsa versi Muslimah sy tgk…wlpn tutup likup tp nmpk sgt indah di mata ❤️ flowy kain tu main peranan 😆😆”
“Eee best nya main ice skating,, kita ni main xpandai asik jatuh gedebuk je.. hahahha”
“terornyaaa, proud muslimah❤️🙌😍”
“Diana amir saya cemburu dengan awak.. Tengok keazaman awak, istiqomah awk menjadi hambar Allah yang taat saya saya cemburu dan kagumi.. Mudahan saya juga Allah bantu beri keazaman serta istiqomah yang sama”
Sumber : Ig Diana Amir