Sehingga ketika ini masih panas orang memperkatakan hal rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof. Netizen kembali bercerita tentang kesetiaan bagi seorang suami di media sosial. Pun begitu nama aktor kacak Edika Yusof pula turut disebut-sebut.
Apa tidaknya, pelakon berusia 55 tahun mempunyai kisah cinta agungnya yang cukup luar biasa apabila Edika terus memilih untuk kekal setia dengan pasangannya Nor Hidayah Yusri meskipun wanita tersebut mengalami lumpuh separuh badan kira-kira sejak 18 tahun lalu.
Lantaran itu, seorang pengguna aplikasi TikTok, @eyka_talib memuat naik satu video umum menitipkan pesanan agar golongan suami dapat menjadikan kesetiaan Edika sebagai contoh dalam melayari alam perkahwinan.
@eyka_talib #luahanhati #motivasidiri #viraltiktok #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypage #puterisarahliyana ♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman
Jadilah seperti Edika Yusof yang sentiasa ada dengan isterinya yang lumpuh. Isteri dia suruh kahwin lain pun tak nak.. sentiasa jaga isterinya macam bidadari.
“Masih lagi wujud lelaki sejati zaman sekarang ni,” tulisnya semalam yang turut meletakkan tanda pagar ‘Puteri Sarah Liyana’.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan betapa kesetiaan Edika begitu luar biasa, ibarat satu dalam sejuta.
“Betoii tu..terharu sbb fkir llki hensem ni buaya🙏🙏 tpi sebaliknya pulak.Sungguh beruntung wife dia dpt suami mcm ni”Komen salah seorang netizen.
Disokong pula yang lainnya, “btoi tu… bertuah dpt suami mcm edika yusof tu”
Ada pula yang menulis , “Bertuah wife dia🥰”
“Satu dalam sejuta suami mcm ni,”komen yang lain pula.
Setia Menjadi Ketua Keluarga
Mengimbas kembali kenyataan Edika sebelum ini, aktor popular era 90-an itu enggan bersikap curang terhadap isteri walaupun sering kali digoda oleh wanita lain.
“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial…
“…tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya menerusi laporan BH Online pada Februari 2021.
Sementara itu, Nor Hidayah sebelum ini ada berkongsi dimana pernah meminta suaminya untuk berkahwin lain atas faktor bebanan tetapi pelakon filem Maria Mariana itu kekal setia bagi menjadi ketua keluarga.
“Ada kala memang terasa juga dirinya membebankan dia. Tipulah kalau kata tak pernah rasa ‘down’ tu apabila melihat suami terpaksa bersusah-payah kerana kita.
“Ya, saya pernah suruh dia kahwin lagi, namun jawab Edika, untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair ini saya tolak.
“Kalau ditakdirkan isteri kedua pun sakit, saya perlu juga tolak wheel chair kedua ke?” ujar wanita berusia 44 tahun itu menerusi laporan Astro Gempak.
Terdahulu, Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis sehingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua.
Untuk rekod, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, 22, Fardeen Nasrulhaq, 18, dan Fereena Nurulhaq, 17.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club