Sejak beberapa hari lalu, viral kisah masakan ikan siakap yang berharga lebih RM1 ribu di sebuah restoran. Harga ikan yang dikatakan terlampau mahal mengakibatkan sebuah keluarga terkejut setelah mendapat tahu ketika mahu membuat pembayaran.
Bagaimana pun kisah ini telah menarik perhatian beberapa netizen mengenai masakan ini. Ia termasuk perkongsian resipi oleh seorang wanita menerusi facebooknya, puan Liza Idris.
Bagi yang teringin hendak mencuba masakan ikan ini apa masak sendiri di rumah. Baru puas hati. Apa kata cuba lima jenis resipi berasaskan ikan siakap ini.
Sebenarnya saya penggemar ikan siakap dan masakan Thailand, ditambah pula suami memang kaki pancing.
Semua siakap saya dah cuba, siakap laut suku, laut dalam, siakap liar, siakap kolam, siakap sangkar, cuma siakap curi je tak berani cuba.
Jadi bab harga siakap usah digebang. Suami saya juga dulu pernah jadi supplier ikan.
Jadi, harini saya share semua resipi siakap yang ada. Saya selitkan juga resipi yang pernah dapat 52K share.
Kebanyakkan resipi saya sendiri cuba dulu di Restoran Thai, bila sedap, saya cuba masak sendiri ikut olahan saya.
Biasa kita dengar resipi Kerapu Tiga Rasa, Masam Masam manis dan sebagainya, apa kata cuba pula resipi yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin Muhammad . Kerabu Garlic Pedas, nampak menyelerakan, sesuai bagi anda yang suka kan menu pedas.
Itu hari buat kerapu garlic pedas, adalah seorang dua tanya resipi. Sedap jugalah makan dengan nasi, bubur atau makan gitu sahaja suka hati hang. Terus cakap Utara kenapa entah. Haha.
Ok jom.
Kerapu Garlic Pedas.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu saiz sederhana, nak tukar ikan lain suka hati okey. Nak ganti seaafood lain pun lantak.
1 senduk cili kering kisar + 10-15 biji cili padi kisar, kisar ja sama-sama.
10 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah India.
3 biji cili merah.
2 batang serai muda,
1/2 inci halia,
1 sudu kecil perahan asam jawa,
1 sudu besar tepung gandum + sedikit air.
Garam dan gula.
Cara-caranya mari kita lihat gambar hokey!
#ResipiKHM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira bersyukur kerana berjaya khatam Al-Quran selepas sekian lama menyimpan hasrat tersebut.Ujar ibu kepada Engku Aleesya ini, dia berdepan pelbagai cabaran sebelum ini namun, gembira kerana mempunyai rakan-rakan dan ustaz yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya.Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
Punya sembilan orang anak? Wow..rezeki melimpah ruah daripada Allah SWT. Harta paling berharga yang kita miliki pastinya adalah anak-anak. Punya sembilan orang anak pastinya anugerah terhebat yang Allah berikan.
Pun begitu menjaga harta yang satu ini tidaklah mudah. Seorang anak pun ibu sudah mengeluh penat, inikan pula sembilan orang. Akan tetapi bagi ibu ini, Juriah Halimatun Ahmad, dia dan suamilah sentiasa bersyukur dikurniakan Allah rezeki, harta dunia akhirat ini.
Ikuti cerita penuh inspirasi dalam membesarkan anak-anak kecilnya. Jom jadikan contoh. Kuncinya sabar itu kena sentiasa ada.
JANGAN PUTUS HARAP DENGAN ANAK-ANAK. ALLAH KAN ADA..
‘Penatnya bang.. Gegirl sepahkan barang, budak-budak bergaduh. Yang seorang ni pulak tak nak pun tolong mummy. Baby pulak asyik melalak.. Huhu.. ‘ Naik lenjan mama fatim.
Biasakan dengan keluhan macam ni?
Itu la yang kadang-kadang mama fatim selalu keluh kesah. Selalu mengadu pada suami. Walaupun dia bekerja dari pagi sampai petang, cuma sesekali kena out station keluar berhari-hari.
Ada masa naik rimas, ada masa geram dengan anak-anak . Kadang, makan pun tak sempat. Sembahyang pun ada masanya nak cepat-cepat .
Tahu apa ayah diorang jawab ‘Kesian kat Ju. Sabar ye..’ Itu la yang selalunya ayah diorang tenangkan perasaan mama fatim ni. Itu je. Suruh sabar je.
Tahu rasa macam mana? Ibu-ibu yang ada anak je tahu perasaannya, kan?
Bukan senang nak jaga anak-anak, 9 orang tau. Walaupun ada yang dah remaja, yang sepatutnya boleh menolong, tapi anak tetap anak, remaja dengan perangai remaja nya, yang kecil dengan perangai kanak-kanak nya, yang baby pun sama. Kadang-kadang, boleh menjeruk rasa, sakitnya tu di sini! Haha!
Cuma satu sahaja yang mama fatim tahu, walau marah macam mana pun pada anak-anak, mulut mama fatim tak pernah nak maki hamun, nak doakan yang tidak baik pada anak-anak. Setiap malam, sebelum tidur, mama fatim pasti doakan yang terbaik pada anak-anak.
Ada sekali tu waktu mama fatim marah sangat pada anak-anak dan whatsapp pada ayah diorang , tahu tak apa ayah diorang cakap? ”
‘Sabar Ju.. Waktu ni lah mulut Ju paling berbisa sekali. Sumpahlah diorang semua tu kebaikan. Mudah-mudahan makbul’.
Adehh.. Bagus kan nasihat ayah diorang ni. Nasib baik dapat ayah yang baik macam tu. Satu peringatan si ayah untuk mummy diorang ni.
Simpan saja ‘sakitnya tu di sini’. Haha!
Doakan Kebaikan
Jadi, jangan putus harap dengan anak-anak. Doakan sahaja mereka kebaikan. Walaupun anak buat jahat, buat tak bagus macam mana pun, minta Allah bagi kebaikan pada mereka dan kita mendapat kebaikan dan pahala yang besar.
Kalau nak tahu, mulut emak ni memang paling bisa untuk anak-anak tau! Terutama tengah marah. Ingat tu.. Marah biar bertempat, dan biar berpada-pada.
Doakan agar kebaikan dan kejayaan sentiasa ada untuk anak-anak. Doakan mereka dijauhkan dari membuat perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa besar. Doakan mereka tetap beriman kepada Allah.
Moga-moga, Allah kabulkan doa supaya anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah untuk memberi kebaikan dunia dan akhirat, serta kebaikan kepada kita sebagai ibubapa.
Jadi, jangan lupa, waktu mulut tengah berbisa tu, doa untuk anak-anak tau!
Boleh tolong SHARE, sebab kadang-kadang tak ramai ibu-ibu yang tahu mulut mereka ni bisa betul kalau berdoa untuk anak-anak tu. Jadi, ambil peluang doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.
Kredit: Juriah Halimatun Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di