Kecoh Habis! Keluarga Besar 16 Beradik Perkenal Diri, Suasana Riuh Dengan Perangai Masing-Masing

Share

Anak-anak adalah anugerah terindah bagi ibu bapa. Untung ada cahaya mata yang ramai ni sebenarnya, bila semua orang berkumpul memang gamatlah suasana teratak ibunda dan ayahnya!

Itu baru anak-anak, belum lagi dengan kemunculan cucu cicit yang pastinya akan memeriahkan lagi keadaan dengan pelbagai jenis perangai dan ragam! Misalnya bagi keluarga ini yang secara keseluruhannya mempunyai 16 orang adik beradik. Wow, hebatnya!

Kemeriahan sama dapat dirasai dalam sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Cik Syahrul di TikTok. Kesemua saudara dan ibu bapa dilihat berkumpul bersama sambil memperkenalkan nama dan usia masing-masing.

Walaupun bagaimanapun, perhatian orang ramai tertumpu pada gelagat setiap ahli keluarga yang dikatakan ‘masuk air’ dan penuh dengan gelak ketawa. Awalnya, si bapa sempat berseloroh tentang nama dan usia manakala seorang kakak pula dilihat sengaja mengira dengan jari sebagai simbol anak ke sepuluh.

Secara keseluruhannya, keluarga Syahrul terdiri daripada 16 orang adaik beradik dari orang tua yang sama. Namun, lelaki berkenaan berkata kakak sulungnya telah pun ‘pergi’ pada tahun 2001.

@ciksyahrul Ini adik beradikku, family ku,Sayang korang semuaaaaa 😍😍Kami 16 beradik, seibu sebapa,9 lelaki, 7 perempuan, 1 meninggal tahun 2001 (sulung)Aku anak no.14 🤭#SayangSokmoSokmo#FamilyChallenge ♬ bunyi asal – Cik Syahrul

Meninjau ke ruangan komen, para netizen berasa terhibur dengan keluarga lelaki berkenaan kerana disifatkan sangat sporting dan kelakar. Selain itu, warganet juga kagum akan semangat ibu bapa berkenaan dalam membesarkan 16 orang anak di samping berseloroh tentang kemeriahan dengan anak cucu semasa raya.

Sumber : @ciksyahrul