Kecilkan Perut Berhasil Bila Amal Minum Ni. Mudah & Sedap Rasanya!

Share

Masalah perut buncit sering membuatkan orang perempuan berasa tidak selesa. Apatah lagi, disebabkan perut yang terlihat ‘maju kehadapan’ sering kali dikatakan mengandung.

Bila kerap kali ditegur berkenaan berapa usia kandungan, terasa malu pun ada.

Jadi sebaiknya usahakan untuk amal minum air ini untuk membantu mengecilkan perut dan sekali gus terlihat langsing.

Apakah caranya itu, ikuti perkongsian daripada Jes Tham. Semoga bermanfaat.

Hari ni saya nak share sikit tentang khasiat pada biji selasih. Antaranya:-

* Dapat menahan rasa lapar
* Membantu mengecilkan perut yg buncit
* Menurunkan berat badan
* menguatkan imun system dlm bdn
* Menyembuhkan sembelit & perut kembung
* Mampu mengubati batuk
* Meredakan stress
* Meredakan gangguan pernafasan ( asma & bronchitis )
* Menurunkan kadar gula dalam badan
* Menguatkan tulang
* Menyembuhkan sakit gigi dan kepala dan byk lagi.

Sila merujuk kepada Mr Gugel utk info selanjutnya.

Saya buat sebab nak kurus dan kecilkan perut yang buncit … Semoga berjayalah. Baru start semalam..

Ni dia Lemon Biji Selasih kurang manis dan suam suam. Saya saja nak mix lemon sebab nak habiskan stok lemon di rumah.

Kepada anda yg nak cuba ni caranya:-
Sediakan segelas air biasa dan masukkan satu sudu makan biji selasih. Tunggu sampai kembang sepenuhnya. Buat satu kali sehari sahaja. Selamat mencuba.

Sumber : Jes Tham