Kecilkan Paha Besar Dengan Amalkan Minum Air Rebusan Jintan Manis.

Share

Memiliki peha yang besar merupakan antara ‘masalah’ utama bagi kebanyakan wanita. Mungkin atas faktor pemakanan yang tidak seimbang, rutin bekerja yang lebih banyak duduk, pengaruh hormon dan sebagainya.

Menerusi perkongsian oleh ‎Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu, beliau berkongsi petua tradisional yang boleh diamalkan bagi menangani masalah peha besar ini hanya dengan jintan manis.

Bahan-bahan:

2 sudu besar Jintan Manis

1 liter Air

Cara membuat:

Rebus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.

Info Ekstra!

1.Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan setiap hari, selama sebulan.

2.Ulang langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.

3.Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.

4.Jangan lupa catat ukuran peha anda tu sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.

Bukan itu sahaja, air rebusan jintan manisia juga boleh membantu:

Buang angin dalam badan

Masalah mulut berbau

Kurangkan selera makan

Tingkatkan metobolisma badan

Cuci usus

Sakit-sakit sendi

Kurangkan Kolestrol

Tambah darah

Masalah Gemuk air

Banyakkan susu badan

Selamat Mencuba!