“Kecil-Kecil Dah Pimpin Solat.” Rajin Baca Al-Quran & Imamkan Solat Terawih, Rita Rudaini Bertuah Miliki Anak Soleh!

Share

Pelakon cantik manis ini sering berkongsi gambar dan kisah anak-anaknya di laman instagram. Terbaru, Rita Rudaini memuat naik gambar dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang selesai menunaikan solat sunat terawih pertama malam tadi.

Di dalam perkongsian tersebut, anak kelahiran Perlis ini memanjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang menyambut ramadan dan berharap mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Dalam pada itu, dia mengakui bersyukur walaupun anaknya masih kecil, namun sudah mampu menjadi imam buat keluarga kecil mereka.

Imam terawikh kami mlm ni ajak selfie 😂 alhamdulillah..mlm ramadhan pertama utk kita smua moga di beri keberkatan…di setiap kejadian ada hikmah…selamat berpuasa smua…jgn lupa baca niat posa 😊❤️

Selain itu, Rita turut berkongsi aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu dimana banyak meluangkan masa dengan mengaji al-Quran.

Lelaki kiriman Tuhan untuk sapa la ni.

Malah, Rita turut berkongsi cerita dia  turut mengambil langkah bagi memperbetulkan bacaan tajwid menerusi kelas mengaji secara ‘online’.

Perkongsian Rita Rudaini itu mendapat pujian netizen. Rata-rata mengakui terharu dan gembira melihat anak-anak pelakon tersebut sudah menampakkan minat mempelajari al-Quran.

el_cavalieri Sejuk mata memandang… semoga Imam kecil tu menjadi anak yang bakal menempah syurga buat Rita..❤️❤️
noraini803 Alhamdulillah rezeki rita dpt anakanda yang minat dgn Al Quran dan rajin solat…bukan semua org dpt rezeki macam ni
bielasanusi Kecik2 boleh pimpin solat jemaah keluarga.. 👏 Mabruk dunia akhirat.. Smoga Allah jauhkn dri prkara yg lalai.
sayangku_salmah Meltingnya. Semoga anak2 menjadi yg terbaik untuk Mommy.

Malah, ada yang mengakui walaupun bergelar ibu tunggal, namun  Rita Rudaini berjaya mendidik zuriatnya menjadi anak-anak soleh.

Didikan ibu yang sangat baik

yus_myraa Ya Allah.. Untungnya kak rita… Moga terus istiqomah dan moga kak rita sekeluarga dilindungi Allah selalu kak.. Salam ramadhan😘
meen28_2020 Allahuakbar. Rezeki yg paling berharga sis. Allah tarik sesuatu tapi Dia bagi yg lebih berharga. Tahniah sis dpt mendidik anak2 moga terus jd anak2 soleh ye abg2 encem huhu
zdhere Subahanallah, beruntungnya ada anak2 soleh. Didikan Ibubyang sangat baik. InShaa Allah balasan syurgaNya

Sumber : Rita Rudaini