“Kecik-Kecik Saya Manjakan Semua, Bila Besar Buat Tak Tahu. Ni Yang Saya Sedih Dalam Hidup.”Luahan Terakhir Seorang Ayah Sebelum Meninggal!

Share

Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna selain ibu, tanpa lelaki bergelar ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini.

Luahan hati seorang ayah dalam satu progarm Hadith Open Mic begitu menyentuh hati pada mereka yang hadir.

Pak cik Bani ada 7 orang anak, 4 lelaki 3 perempuan. Masa anak-anak beliau masih kecil, Pak Cik Bani manjakan anak-anak selayaknya seorang bapa yg sayangkan anak,  Tapi anak-anak…bila ayah dah tua, tak mahu jaga ayah, hantar ayah ke rumah orang tua.

Tidak sedar diri dihantar ke rumah tersebut. Biarpun sedih namun dia gembira kerana ada insan lain yang prihatin dan menjaga dirinya dengan baik. Dan kawan-kawan pun ramai.


“saya datang ke sini tak pasti,tiba-tiba sampai ke bangunan ini. Tengok rumah ni cantik, macam mana boleh sampai ke sini?

“Di sini alhamdulilah semua ada makan minum, pakaian dan kawan-kawan pun baik. Isteri sudah meninggal dunia. keluarga saya ada di Kuala Lumpur.

“Anak saya sebenarnya 7 orang 4 lelaki dan 3 perempuan. Kecik-kecik saya manjakan semua, bawa dan hantar pergi kerja.

“Diorang tu takde tengok pon saya di sini, anak-anak saya tu buat tak tahu. Ini yang saya sedih dalam hidup saya ini. Tapi di sini ada kawan kawan yang baik hati semua.

“Jaga saya, pegang saya bila tak nampak. Banyak kali terlanggar tiang, saya dah tak kisah dah. Sebab biasa dah. Ustaz pun ada cakap sabar dengan hidup ini. Kita akan pergi juga suatu hari nanti. Anak-anak tu biarlah…– luah Allahyarham Sabani Bin Sabari.

Lebih memilukan apabila Pak Cik Bani meninggal dunia usia program tersebut. Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat selalu.

Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Ibu bapa sebenarnya rindu. Tapi tak sebut sebab tak nak kecilkan hati sendiri bila anak kata tak dapat menjenguk dengan alasan sibuk.

Kini yang tinggal hanya batu nisan sahaja yang mampu ditatap. Itupun jika anak-anak sudi datang untuk bacakan yasin atau bersihkan sedikit kubur arwah. tiada lagi kenikmatan untuk merasai hangatnya genggaman tangan ibu bapa. Justeru, hargai mereka selagi masih ada.