Kecewa Menunggu Anak Tak Kunjung Tiba Untuk Berbuka Puasa Bersama, Akhirnya Warga Emas Ini Meninggal Dalam Tidur

Share

Baru-baru ini seorang pelayar Facebook telah berkongsi satu lagi kisah meruntun jiwa membabitkan seorang ibu warga emas di sebuah pusat jagaan yang membabitkan seorang wanita yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata.

Kisah ini diceritakan semula setelah dikongsikan oleh seorang ustaz menerusi satu ceramah agama.

Momen yang meruntun hati ini berlaku pada bulan Ramadan, di mana warga emas tersebut begitu teruja apabila mendengar perkhabaran bahawa anaknya yang sudah dua tahun tidak bersua mengajaknya berbuka puasa bersama.

“Dua tahun tak datang jumpa mak. Tiba waktu puasa janji nak datang ambil mak di rumah orang tua untuk berbuka sekali.

“Si mak ni punya teruja, pukul 5 pagi sudah bersiap. Sedangkan anak nak datang ambil 5 petang. Sampai doktor yang di rumah orang tua tu cakap dia pakai baju cantik,” imbas Shafa.

Menurut warga emas tersebut, dia sengaja bersiap awal kerana tidak mahu anaknya menunggu lama apabila sampai nanti. 

Namun menurut cerita Shafa lagi, walaupun sudah menunggu sejak awal tadi, anak makcik tersebut masih tidak muncul-muncul.

“Bayangkan sampai pukul 5 petang tak datang ambil. Pukul 6 petang masih tak ambil. Sampai lepas waktu berbuka pun tak datang.

“Makcik tu masuk dalam bilik dia tanpa makan walau sebutir nasi. Dia terus tidur,” katanya.

Lebih memilukan, difahamkan warga emas tersebut telah dijemput Ilahi ketika dalam tidur selepas kejadian itu.

Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai dan menerima banyak perkongsian di laman Facebook.

Ramai orang begitu tersentuh dengan nasib yang menimpa warga emas berkenaan kerana pengakhiran hayatnya dalam keadaan merindui anak-anak lebih-lebih lagi anak-anaknya telah memberikan harapan yang tinggi buatnya. 

“Allah sedihnyaaa. Tergamaknya anak-anaknya buat orang tua macam tu. Minta jauh daripada keluarga keturunanku sebegitu.

Sebagai peringatan bersama, anak-anak seharusnya merebut peluang untuk berbakti kepada orang tua selagi diizinkan Allah.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

 

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club