
Bagi yang mengikuti perkembangan Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan pasti mengetahui si kecil itu sememangnya dari dulu lagi gemar untuk tampil cantik dengan sentiasa meletakkan solekan pada wajahnya.
Dek kerana ramai yang mengecam kononnya Aaisyah dipaksa untuk mengenakan solekan, baru-baru ini tuan badan sendiri menjawab persoalan itu dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Tiktok milik ibunya yang lebih mesra dipanggil Che Ta.
Dalam video tersebut, dia mengakui bahawa dia gemar mengenakan solekan, tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.
Aaisyah yang kini berusia lapan tahun berkata, jika ada yang berpandangan sedemikian, ia tidak benar.
“Siapa-siapa yang kecam saya, yang kata kena… dipaksa pakai mekap itu salah ya. Saya memang suka (pakai mekap)” katanya dalam video tersebut.
@rozitachewan1♬ original sound – ROZITA CHE WAN
Meninjau di ruangan komen, ada di antara mengikut Che Ta di Tiktok menyifatkan Aaisyah sudah sedia comel meski tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.
Sumber : instagram @rozitachewan1
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
“Asyik Menjerit Je, Nak Bekas Penuh.” Ini Trik Buat Makanan Sentiasa Banyak, Confirm Si Bulus Tak Bising!

Kucing adalah haiwan peliharaan paling menjadi pilihan ramai. Ramai daripada kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel.
Dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing yang memberikan pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.
Bukan itu sahaja, membela kucing dianggap sebagai terapi dan membentuk diri kita agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin.
Selain itu gelagat si bulus ini memang membuatkan kita rasa terhibur. Malah ada yang sanggup menghabiskan sejumlah peruntukkan membeli makanan dan grooming buat si bulus.
Namun kadang kala gelagat si bulus ini buat pemilik kucing ‘pening kepala’ melayan kerenahnya. Ia termasuk membuat bising apabila bekas makanan tidak diisi dengan penuh.
Sehubungan itu, terdapat trik yang boleh digunapakai untuk menguruskan sikap si bulus yang suka berbuat demikian. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Harini kita belajar mindset “tuan rumah” kita. Selaku seorang “penyewa rumah” / “bibik”, kita perlu faham apa tuan besar kita nak.
Untuk tuan besar, bila dia nampak ada rongga2 dalam bekas makanan, dia akan mula memanggil bibik utk isi makanan. Selagi tak isi, selagi tu dia akan berbunyi seolah2 seminggu tak makan. Akan menjerit kalau boleh nak bagitahu jiran “jirannnnn. Bibik sy ni pemalasssss dera sy tak bagi makannnn” 💆🏻♀️
3 TRIK YANG KENA BUAT
Apa tips dia supaya kalau bibik nak jimat?
1. ignore je jeritan tipu2 dia tu. Lama2 dia lapar dia akan makan. Atau
2.ambik sikit sejemput, tambah dekat yang rompong tu atau
3. ratakan je balik makanan dlm bekas tu
Sedikit sebanyak tips utk memahami tuan besar.
WARGANET PUN TURUN BERKONGSI PENGALAMAN YANG SAMA
Apa pun, haiwan ini sungguh istimewa memberi keceriaan buat pemiliknya.
Sumber: Fluffy Empire
Anak Sedih Gaji Tak Cukup Tapi Emak Suruh Beli Kereta, Padu Nasihat Perunding Kewangan Ni. Take Note Semua!

Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa bersikap sambil lewa mengenai tabungan dan tidak memahami pengurusan kewangan cara yang betul.
Natijahnya mereka tidak menyediakan simpanan termasuk simpanan untuk pembelajaran anak-anak. Seterusnya apabila anak-anak membesar, ibu bapa pula tanpa memikirkan kemampuan anak .
Lantaranya itu, ia akan menjejaskan tabungan masa depan anak sehingga berbelanja melebihi gaji yang diterima.
Berikut perkongsian perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad ini yang boleh dijadikan iktibar agar bersama.
Moga ibu bapa alert sebelum meminta anak-anak untuk memenuhi kehendak bukannya keperluan semata-mata untuk bergaya sahaja.
MAK NAK MERASA MYVI BARU?
Salam bang , sedih rasa di hati bila mak kat kampung suruh beli myvi baru . Sy baru jer keje setahun lebih gred N11
Asalnya saya nak beli motor cc besar sikit ‘second hand’ secara cash . Tapi sebelum tu mak dah ada suruh beli kereta senang katanya .
Saya dah pujuk mak saya nak beli motor tu , dia asalnya tak bagi lepas tu dah bosan kot dia cakap beli la .
Pada masa yang sama dia pun cakap la baik beli myvi baru dia nak guna kat kampung . Mak saya dah ada myvi lama kat kampung . Dia cakap kalau nak beli myvi baru dia nak jual myvi lama
Saya cakap la tak mampu nak beli kereta sebab nak beli motor besar dek mengidam dari sekolah lagi . Mak saya cakap ok tapi saya tahu nada dia macam kecewa dengan saya .
Saya bagi monthly kat mak saya 400 , dia cakap nak bayar myvi baru tu pakai duit tu la .
Tetapi masalahnya saya tengok installment 10% bulanan mahal rm570 bukan rm400 . Huhuhu
Saya dah cancel nak beli motor besar tu sebab nak jaga hati mak saya , takut dia terasa hati sebab motor besar boleh beli kereta dia nak guna kat kampung tak boleh belikan.
Apa nasihat terbaik buat saya doktor ? Saya tak tahu dah nak luah kat sapa, tak beli mak terseksa pulak.
Saya cakap kat mak tnggu dpt kwsp tahun dpn (ckup 3tahun tukar skim pencen) boleh la buat bayar duit muka kereta .
Niat sebenar dalam hati ingin masuk pasaran rumah lelong selepas beli motor besar huhu..
INI NASIHAT PADU
Menurut Azizul Azli Ahmad, kemahuan ibu berkenaan berlaku apabila tidak memahami pengurusan kewangan cara yang betul sehingga memaksa anaknya berbelanja melebihi kemampuannya dari sudut gaji bulanan. Ikuti nasihat beliau ini.
1. Ini antara cabaran dan dilema anak muda yang mula faham pengurusan kewangan. Ibubapa masih tidak faham dan galakan buat hutang jahat.
2. Bagi penjawat awam Gred N11 gaji biasanya adalah RM2037. Tolak bersih akan dapat RM1873 sebulan.
3. Jika bayar Myvi baru sebanyak RM570 sebulan. Ia telah makan DSR kita sebanyak 30%.
Peluang untuk beli rumah 9 tahun kedepan akan sangat sukar. Harga rumah waktu itu mungkin dah berbeza banyak.
4. Jika usia sekarang 22 tahun, pada usia 31 tahun baru lapang dada membeli rumah. Itupun kalau DSR tak koyak dengan hutang lain.
5. Pujuklah ibu dengan baik, jika dia masam muka dan hentak kaki nak beli Myvi juga.
Bawa dia ke Seng Heng atau Mydin belikan Peti Sejuk Samsung baru yang besar macam almari kain tu. Baru RM1800 sahaja.
Atau belikan dia mesin basuh Sharp yang bulat didepan, boleh masukkan kucing kesayang waktu lapang.
Atau belikan dia satu gelang tangan, agar dia teruja untuk tunjuk pada jiran tetangga.
“Anak aku yang kerja gomen tu belikan, aku tak minta pun”.
Katanya dengan bangga dan teruja.
6. Kita semua akan jadi ibubapa, ubahlah cara kita berfikir. Nak ubah ibubapa memang dah tak boleh. Banyakan berdoa dan cari penyelesaian lain.
.
“Jika tahu didepan ada lubang yang dalam, janganlah terjun dengan harapan mendapat kerehdaan”.
Azizul Azli Ahmad
Galak Anak Solat, Diana Danielle Wujudkan Idea ‘Balang Solat’ Untuk Anak-Anak!

Lain orang lain caranya. Idea pelakon cantik jelita, Diana Danielle bagi menggalakkan kedua anaknya menunaikan ibadah solat dipuji ramai.
Mana tidaknya menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story, anak perempuannya, Aurora dilihat sedang gigih menyiapkan balang solat untuk dirinya.
Semua ini dilakukan kata Diana bagi menggalakkan keduanya untuk solat terutama solat Subuh dan Isyak.
Bukan hanya sekadar sokongan bahkan kata Diana lagi ia cukup satu aktiviti yang cukup menyeronokkan.
“Segalanya bermula apabila bangun Subuh terasa susah. Jadi kami tampil dengan idea ini untuk jadikan ia lebih menarik dan bermotivasi.
“Aurora menghias balangnya sendiri untuk jadikan ia lebih istimewa,” ujarnya.
Menurut Diana lagi, setiap kali anaknya itu menunaikan solat, satu butir manik akan dimasukkan ke dalam balang sebagai tanda bertambahnya amalan.
“Setiap solat dapat satu manik sebagai simbolik bertambahnya pahala.
“Subuh dan Isyak akan dapat dua manik sebab paling susah nak tunaikan. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan perjalanan Auroram,” katanya lagi.
Aurora juga dilihat turut membeli beberapa perkakasan mewarna bagi melengkapkan tabung miliknya.
Terdahulu, Diana Danielle dikurniakan dua orang cahaya matanya, Muhammad, 12 tahun dan Aurora, 9 tahun.