Berbudi pada tanah, banyak manfaatnya. Bila sudah dapat hasilnya, hilang segala penat lelah Kan.
Seronoknya apabila kebun sayur yang diusahakan ini dibuat bersama-sama. Bak kata pepatah yang berat sam dipikul, ringan sama dijinjing.
Komuniti kejiranan kawasan Persint 17, Putrajaya ini mengusahakan kebun sayur bersama-sama. Selain menjadi aktiviti kecergasan, ini juga salah satu cara mengeratkan hubungan sesama jiran.
Berbudi pada tanah. Hasilnya sumber makanan dan pelbagai lagi. Komuniti PPAM Pudina di Presint 17 berasa gembira dengan hasil cucuk tanam. Petang ini mereka beramai-ramai menuai hasil tanaman.
#Putrajayabandarpentadbiranmampan
#SDG11SustainableCities
#SustainableCommunities
#KeluargaMalaysia
#OurCityOurHome