Kebenaran teman isteri bersalin di mana-mana wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.
Bagaimanapun, KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut KKM, polisi serta garis panduan itu bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.
“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19,” menurut perkongsian itu.
Orang ramai dinasihati agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin.
Kriteria menemani ibu bersalin
Suami atau ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac serta Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.
Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan ujian ke hospital atau membeli kit ujian kendiri dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan di tempat saringan yang disediakan.
Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada kemampuan sumber manusia dan ruang wad bersalin bagi melindungi privasi pesakit, demikian menurut KKM dalam perkongsian tersebut.
Sumber: Facebook KKM
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)