Kebanggaan Ibu Ayah, Baru 14 Tahun Dah Jadi Duta Anti-Scam.
Sejak akhir-akhirnya jenayah penipuan dalam talian atau scam terus berada pada tahap membimbangkan lantaran ramai yang menjadi mangsa.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai menerusi taklimat, nasihat dan poster yang dipaparkan di media massa.
Bahkan baru-baru ini, telah diadakan usaha dengan melantik duta anti-scam. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan sebanyak 10 peratus kes penipuan dalam talian dapat dikurangkan dengan pelantikan 104 Pemimpin Pendapat Utama (KOL) sebagai jurucakap atau duta bagi kempen ‘Anti-Scam’.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelantikan 104 duta tersebut sebagai usaha PDRM memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung sindiket penipuan yang semakin berleluasa di negara ini.
Salah seorang duta yang terpilih adalah pelakon kanak-kanak yang mencipta populariti menerusi drama bersiri Mak Cun sebagai Atan Jay atau Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi, 14.
Ibu ayah mana yang tidak bangga apabila anak yang masih bersekolah diberi amanah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
“Bersama Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani. Terima kasih di atas kepercayaan dan pelantikan sebagai Duta Anti-Scam, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.”
Antara selebriti popular tersebut ialah Datuk Awie, Datuk Hattan dan Zed Zaidi, Tomok, Aedy Ashraf, Wany Hasrita, Khai Bahar, Hael Husaini dan Hazama., manakala tokoh sukan tersohor pula adalah Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia.
Acryl Sani berkata, duta-duta dilantik akan bertindak sebagai jurucakap Kempen Anti-Scam PDRM lantaran mempunyai pengikut yang ramai sekali gus memudahkan mereka mendekati orang awam untuk memberi kesedaran berhubung taktik sindiket penipuan,
Sumber: Sinar harian dan Instagram jaynazif_official
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club