Seorang wanita bersama dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi dengan semua tiga beranak itu ditemui maut di tingkat bawah premis.
Sumber foto: Berita Harian
Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor dengan kebakaran mencetuskan asap tebal kerana membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.
“Difahamkan ketika kejadian, wanita bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berada dalam rumah itu.
“Pada mulanya, wanita terbabit bersama dua anak lelakinya berjaya keluar daripada rumah. Namun sebaik menyedari anak perempuannya masih berada dalam rumah, wanita itu dengan ditemani seorang anak lelaki masuk semula ke premis, namun ketiga-tiga mereka gagal keluar,” katanya.
Mohd Faris berkata sehingga kini punca kebakaran serta dan nilai kerugian masih disiasat.
Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Seri Balik Pulau bersama dua jentera dengan dibantu BBP Balik Pulau.
Ads
Sementara itu seorang mangsa yang terselamat iaitu anak kedua daripada tiga beradik, dilihat pitam beberapa kali dan masih terkejut dengan kejadian.
Sumber foto: Berita Harian
Polis mengesahkan identiti tiga beranak yang maut dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau di sini, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, dan dua anaknya iaitu Mohammmad Ibrahim, 33 dan N Rahbiah Jasmin, 19. Sementara anak lelakinya, Abdul Rashideen, 29, terselamat dalam kejadian itu.
Ads
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, Noorul Bowjiya adalah seorang balu dan tinggal bersama tiga anaknya yang masih bujang dan mereka sekeluarga mengusahakan perniagaan menjual peralatan permaidani dan perabot.
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, pada 8 Oktober lalu ketika mengambil makanan di dalam kereta ditemukan dalam keadaan selamat petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, mangsa dipercayai diculik Ketika dilihat berjalan sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi.
Tambahnya lagi, mangsa ditemukan sekitar jam 2.30 petang semalam.
Beliau berkata, hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan mendapati kanak-kanak itu berjalan sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi.
Katanya, polis mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik mana-mana orang atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.
“Bertindak atas maklumat, pada jam 5 petang semalam, enam individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran oleh anggota Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan.
“Hasil semakan terhadap kesemua suspek berusia 13 hingga 23 tahun itu mendapat seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mengenali salah seorang daripada suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Terdahulu pada Rabu lalu kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang di parkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.
Seorang pelajar sekolah menengah dari Tasikmalaya, Indonesia, menerima kejutan daripada rakan sekelasnya apabila menerima sepasang kasut baharu.
Dalam video TikTok yang dirakam oleh salah seorang rakan sekelasnya, @rfirzl_, pelajar itu dilihat telah memakai sepasang kasut usang dan telah koyak.
Oleh yang demikian, mereka bersepakat untuk membuat kutipan bagi membeli kasut baharu untuk rakannya itu dengan jumlah kutipan sebanyak IDR217,000 (RM63).
Ada di antara rakan kelasnya yang memberikan wang di antara IDR2,000 (RM0.50) dan IDR50,000 (RM15). Setelah kutipan mencapai sasaran, nereka telah memblikasut baharu dan meletakkannya di bawah meja rakan sekelasnya itu.
Dengan senyuman manis, rakannya itu menerima hadiah tersebut walaupun terkejut dengan penghargaan yang diberikan oleh rakan-rakan sekelasnya itu.
Apabila menerima kasut baharu itu, semua rakan-rakan sekelas telah berkumpul bagi melihat reaksinya.
Menerusi komen dari netizen, ramai yang memuji tindakan rakan-rakannya ini. Walaupun masih belum mempunyai pendapatan, namun mereka sangat prihatin dengan rakan yang lain dan sanggup memberi wang tabungan mereka.
“Tabik hormat kepada rakan-rakan. Dan saya harap pelajar itu teruja dengan kasut baharunya,” kata seorang netizen.
“Tabik hormat kepada semua orang yang membantu rakan mereka tanpa mengharapkan ganjaran,” kata pengguna TikTok yang lain.
“Sekarang, mereka adalah apa yang anda panggil kawan,” komen yang lain.
“Tindakan memberi tidak pernah menjadikan sesiapa miskin,” kata seorang lagi netizen.
Siapa tak penat, kalau lantai yang sudah di mop masih tidak berkilat dan kelihatan seperti kotor. Pasti ianya menimbulkan kekecewaan terutamanya bagi surirumah yang sudah seharian menguruskan rumah.
Untuk pengetahuan anda, perkara ini biasanya terjadi pada lantai yang berjubin (tiles). Walaupun sudah berbagai jenama pencuci digunakan namun hasilkan masih sama.
Terbaharu, satu perkongsian di laman sosial oleh Roz_8492 telah mendapat sambutan ramai. Rupanya ramai yang berdepan dengan masalah ini dan malu jika tetamu bertandang ke rumah melihat lantai seperti kotor tidak di mop.
Menurut Roz_8492, cara yang dipraktikkan untuk mendapatkan lantai bersih dan berkilat, malah tak melekit dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Roz_8492 telah menunjukkan cara dengan memuatnaik video di laman sosialnya.
Melalui video yang dimuat naik, terdapat tiga bahan dimasukkan ke dalam baldi berisi air panas. 1. Cecair pencuci lantai 2. Cuka 3. Soda bikarbonat
Cara-cara :
1. Panaskan air dan tuang ke dalam baldi.
2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (elak berbau masam) dan soda bikarbonat.
3. Basahkan mop dan perah, kemudian anda boleh terus mop lantai seperti biasa sehingga nampak bersih dan berkilat.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.