“Kebaikan Pasti Pernah Dibuat, Jangan Nafikan” Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Kes Najib

Share

Minggu ini kecoh di Malaysia tentang kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dek kerana ramai yang memberikan kata-kata buruk tentang beliau, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur orang ramai yang gembira’ sehingga mengeluarkan kata-kata hina kepada individu tersebut.

Menurut ustazah, dia terkilan melihat orang Islam khususnya menghina sesama sendiri di media sosial dengan perkataan yang kasar dan tidak sopan.

“Ramai yang bergembira semalam, cukup mengeluarkan kalimah syukur tanpa menghina individu terbabit. Undang-undang telah tertegak, apa keburukan berlaku pada dia kita tak boleh rasa gembira dengan ayat seperti padan muka, rasakan.

“Kebaikan pastinya pernah dibuat, jangan dinafikan perkara ini mustahil semuanya jahat dan keburukan,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram Anne Ngasri.

Tambah Asma’, umat Islam di Malaysia tidak perlu mengagungkan politik sehingga saling bermusuhan sesama saudara seagama.

 

“Tak perlu kita timbulkan fitnah lain kerana ketidakpuasan hati kita, musuh Islam tepuk tangan lihat kita bergaduh sesama sendiri dan orang bukan Islam pula mengeratkan hubungan mereka.

“Sebagai orang beriman kita tak boleh menghina atau kita tak boleh bergembira di atas kecelakaan orang lain lebih-lebih lagi saudara sesama Islam kita, tak kira siapa, bahkan orang itu pernah menghina dan fitnah kita,” pesannya.

Sehubungan itu, Asma’ mengajak orang ramai untuk mendoakan Najib agar beliau dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik.

Terdahulu, Najib gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Sumber : Instagram @annengasri_official

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini