Kebaikan Air Rebusan Sireh Bagi Wanita Beranak Ramai. Si Dara Pun Boleh Cuba!

Share

Daun sireh memang banyak kegunaannya dalam kehidupan kita. Jika dahulu sireh hanya dimakan oleh nenek-nenek kita sambil duduk bersantai, tanpa kita tahu akan kelebihannya.

Jangan menidakkan kelebihan petua tradisional dalam kehidupan harian kita. Sepuluh masalah ini boleh diredakan dengan hanya air rebusan sireh ini.

Banyak manfaatnya buat tubuh kita semua. Lebih-lebih lagi bagi wanita. Wanita beranak ramai sangat disyorkan.

1. Bantu Masalah Wanita


Ambil daun sirih secukupnya dan rebus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat basuhan atau membersihkan alat sulit. Pastikan masih suam.

2. Ubati Keputihan
Ambil lima helai daun sirih bersama tiga kuntum bunga cengkih. Didihkan bersama tiga gelas air. Biarkan mendidih hingga menjadi sedikit pekat. Amalkan minum ketika masih suam.

3. Segar & Cegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya dan buat mandian. Pastikan ia masih suam.

4. Tangas Sirih
Tangas memang hebat kesannya bagi wanita beranak ramai. Rebus daun sirih bersama asam gelugor, garam dan manjakani. Ketika mendidih, angkat dan jadikan tangas. Buat langkah ini dengan kerap.

5. Cegah Bau Ketiak
Rendam 2 hingga 3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.

6. Pulihkan Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

7. Pencuci Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.

 

8. Kegatalan V

agina

Rebus daun sireh bersama asam keping dan ketika airnya suam, buatkan basuhan pada kawasan sulit. Lakukan beberapa kali sehingga pulih. Masalah bau pun hilang.

9. Sakit Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

10. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.