Kalau sebut mengenai daun sireh ramai yang mengaitkannya dengan sireh yang dimakan mentah oleh nenek-nenek kita atau juga untuk dibuat sireh junjung ketika kenduri kendara.
Daun sireh sebenarnya lebih besar kegunaannya pada tubuh kita. Jangan menidakkan kelebihan petua tradisional dalam kehidupan harian kita. Sepuluh masalah ini boleh diredakan dengan hanya air rebusan sireh ini.
Banyak manfaatnya buat tubuh kita semua. Lebih-lebih lagi bagi wanita. Wanita beranak ramai sangat disyorkan.
1. Bantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan rebus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat basuhan atau membersihkan alat sulit. Pastikan masih suam.
2. Ubati Keputihan
Ambil lima helai daun sirih bersama tiga kuntum bunga cengkih. Didihkan bersama tiga gelas air. Biarkan mendidih hingga menjadi sedikit pekat. Amalkan minum ketika masih suam.
3. Segar & Cegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya dan buat mandian. Pastikan ia masih suam.
Ads
4. Tangas Sirih
Tangas memang hebat kesannya bagi wanita beranak ramai. Rebus daun sirih bersama asam gelugor, garam dan manjakani. Ketika mendidih, angkat dan jadikan tangas. Buat langkah ini dengan kerap.
5. Cegah Bau Ketiak
Rendam 2 hingga 3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
Ads
6. Pulihkan Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.
7. Pencuci Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.
Ads
8. Kegatalan Vagina
Rebus daun sireh bersama asam keping dan ketika airnya suam, buatkan basuhan pada kawasan sulit. Lakukan beberapa kali sehingga pulih. Masalah bau pun hilang.
9. Sakit Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
10. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang tak tau rupanya khasiat halba bukan untuk dimakan sahaja. Halba juga baik untuk kecantikan kulit tau.
Seperti yang dijanjikan, kali ni ciksu nak share satu petua awet muda. Petua ni ciksu dapat dari Pak Arab yang jual makanan sunnah. Kalau kat negara belah-belah Arab, diorang dah biasa guna serbuk halba ni untuk penjagaan diri dan kecantikan.
Seriusly, dah hampir 3 bulan ciksu amal petua ni. Kesannya puas hati sangat. Jerawat kat muka pun takut-takut nak muncul tau. Kulit rasa smooth sangat bila sentuh.
Bahan-bahan dapat kat dapur je.
1- Halba
2- Putih telur
Cara-cara :
1- Kisar halba sehingga menjadi serbuk.
2- Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur.
3- Kacau rata.
4- Sapu kat muka atau tangan.
5- Biarkan kering.
6- Bilas dengan air suam.
Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ. Trust me.
Untuk penggunaan harian, Ciksu amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam. Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak.
Khasiat halba untuk kulit.
Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.
Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.
Cuba la. Tak payah lagi dah beli produk memahal. Itu pun belum tentu bebas bahan chemical yang merbahaya.
Sumber: Sumaiyah Abdullah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat rambut semakin hari semakin menipis, wanita mana yang tidak risau? Silap-silap ada yang berasa murung dengan masalah serius keguguran rambut yang dihadapinya itu.
Tidak mahu terus dibelenggu dengan masalah keguguran rambut berpanjangan, segera atasi dengan menyediakan minyak yang berfungsi melebatkan rambut ini dengan menggunakan bahan alami.
Bagaimana hendak buat dan apa ramuannya, jom semak perkongsian di bawah.
Jadi hari ni, cikgu kongsi minyak yang boleh bantu selesaikan masalah kulit kepala . Manfaat minyak ini adalah :-
– Lebatkan rambut
– Atasi masalah rambut gugur
– Redakan masalah kegatalan kulit kepala
– Redakan masalah kelemumur
– Menghitamkan rambut
– Sihatkan rambut dari masalah kering dan bercabang
Ramai orang terutamanya wanita yang selalu alami masalah keguguran rambut dan masalah kelemumur sekali gus membuatkan kulit kepala sangat gatal dan tidak selesa.
Jadi minyak ini di formulasi khas untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Pakailah minyak ini setiap malam sebelum tidur sambil mengurut perlahan lahan kepala itu untuk melancarkan peredaran darah. Esok cucilah.
Namun, ada baiknya anda amalkan dulu langkah penjagaan kulit kepala yang cikgu share sebelum ini sebelum memakai minyak ini untuk kesan yang lebih efektif.
Gabungan bahan bahan sangat bagus dalam menghambat bakteria dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, dan perempuan .
Untuk lebatkan rambut baby juga boleh di sapu sedikit setiap hari. Kesan ketara apabila baby membesar dan rambutnya juga lebat dan hitam pekat.
Bahan yang digunakan sangat mudah di dapati. Cikgu ambil di belakang rumah jer.
Anda pun boleh tanam dalam pasu .
Ni resipi nya
RESIPI MINYAK RAMBUT LEBAT
Segenggam daun kari
Segenggam daun inai
2 ulas bawang putih
1/2 biji limau purut
250 ml minyak kelapa
Cara cara
1. 100ml minyak kelapa di blend bersama daun kari, daun inai , bawang putih dan limau purut sehingga sebati
2. Bahan blend tadi di masak di atas double boiler bersama 150 ml lagi minyak kelapa.
3. Sekiranya tiada double boiler boleh panaskan bahan di dalam bekas kaca tebal di atas periuk yang di isi air.
4. Kacau kawan jam sambil niat baik baik selama 30 minit.
5. Tutup api. Biarkan suam dan tapis ambil minyak dan simpan dalam bekas.
Alhamdulillah. Dah siap.
Selamat mencuba!
Nota kaki:Minyak ini boleh tahan dalam 6 bulan. Namun ada baiknya buat untuk keperluan. Tidak perlu buat banyak banyak.
[su_quote]Sebenarnya, tidak ada yang luar biasa atau mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan bentuk badannya selepas berkahwin. Hanya disiplin dan sabar menjadi kunci utama untuk memastikan bentuk badan kembali seperti anak dara.[/su_quote]
Pun begitu, tidak dinafikan ramai juga antara ibu-ibu mengalami perubahan bentuk badan selepas bersalinn. Lebih-lebih lagi setelah beranak ramai. Untuk itu apa kata anda cuba patuh dan ikut cara sebagaimana yang diamalkan oleh Zaza Zaura ini yang jika dilihat sekali pandang memang orang tidak percaya sudah punya anak empat.
Ikuti perkongsiannya.
Saya amal,saya kongsi #carasaya jaga badan terutama bila dalam pantang/selepas bersalin walaupun dah nak masuk anak ke 4.
Okey jom start :
1 – Amal herba/jamu Sejak beranak 1 lagi saya dah diajar makan jamu oleh mak saya lepas je 20 hari dalam pantang saya mula makan jamu. Sementara tunggu nifas kering,saya ambil makanan sunnah seperti kurma,kismis. Sekarang banyak produk berasaskan sunnah. Kalau dulu saya start dengan air rebusan akar kayu pure tok saya bekalkan. Best minum air akar kayu ni,memula tak perasan dah seminggu nampak pipi dah pink-pink. Sebab sihat dalaman,darah “berjalan”. Alhamdulillah anak sulong saya tak kene demam kuning so saya amalkan herba-herba dengan cepat. Selain minum herba,mandian herba juga tak ketinggalan.Keluar je hospital terus mak saya rebus daun-daun serum untuk saya mandi.
2 – Berurut Part ni memang saya paling suka boleh dikatakan sebulan sekali saya akan panggil makcik urut dalam berurut saya.Jangan tak tahu berurut bagus bukan setakat buang angin tapi bagus untuk bentukkan balik pinggul, breast kita ke bentuk asal. Betulkan urat-urat yang tersimpul baru lah rasa ringan aje badan.
3 – Kurang pengambilan air masak ketika pantang Yang ni mungkin ramai rasa agak mengarut tapi ntahlah,saya memang dah diajar dari dalam pantang kurangkan minum air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang. Air kayu ni mak saya akan siapkan letak tepi katil.”Kalau haus,minum ni…” kata mak saya sampai sekarang walaupon pantang sendiri saya still ingat dan amalkan. Kayu sepang ni boleh beli dikedai ubat cina. Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.
4 – Bertungku
Ramai yang malas bab ni kan? Tapi saya tak!! Saya ada 3 jenis tungku dan paling saya suka tungku jenis besi bulat size kecil. Saya akan tungku 2-3kali sehari biasanya waktu subuh..selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan. Tungku bukan setakat kat perut,pinggul + betis + celah kangkang. Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin. Bersalin no 2 saya kana rengat teruk so dengan bertungku la dapat legakan rengat.
5 – Berbengkung Yang ni pun part paling saya disiplin,saya pakai bengkung 44hari, buka hanya time mandi/buang air. Yang ni la kunci paling utama untuk perut kekal tak buncit. Saya akan pakai bengkung selepas bertungku dan sebelum makan.Kenapa? bila makan dalam berbengkung diperut,saya akan makan sikit. Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit-sikit tapi kerap,itu pesan orang lama-lama dan saya ambil pakai. Alhamdulillah..memang berhasil dan saya bersalin normal,sapu kapur + limau nipis..Ampun,seksa.Tapi sekarang dah guna krim-krim barut + losen panas so senang. Saya bengkung ikat dari peha sampai atas. Untuk saya kecilkan balik peha that why saya bengkung dari peha.Time ni la jalan terkepit-kepit.
6 – Jaga makan Ada kala terbabas juga lagi-lagi bila tengok menu pantang sekarang rasa macam pelik-pelik. Suka saya kongsi yang saya memang tak makan lauk bergoreng dalam pantang sebab minyak. Minyak ni la yang buatkan kita lambat nak slim. Apa2 punca pon sy percaya dari pemakanan dan perut kita so saya elakkan bende2 makanan yang sejuk,santan,berminyak dan bergoreng. Saya tak diet tapi saya amalkan makan cukup masa,nasi separuh tapi kerap.Faham kan…Ayam daging saya lambatkan makan biasanya masuk hari ke 20 dalam pantang baru start makan. Awa-awal makan ikan selar aje, ikan kering tak sentuh kadang makan ikan bilis pun tak boleh boleh buatkan “tut” gatal and berbau.
7 – Berstokin
Angin mudah masuk melalui kaki so pakai stokin sangat perlu even tak dalam pantang sekalipun. Saya berstokin dalam pantang part jari ibu kaki la paling takut tersepak takut tumpah darah pesan orang tua-tua so jangan malas pakai stokin
8 – Aircon Saya cuba elakkan aircon cuma kadang bila bersalin dalam bilik hospital 2-3 hari yang dah ada aircon so tidak dapat nak dielakkan tapi berpantang memang tak duduk dalam aircon. Saya tak boleh sejuk dan tak tahan sejuk.
9 -Pantang bersama suami 100 hari sebolehnya tapi 60hari pun paling awal so cuba la elak. Even dalam pantang cuba la jangan cuba-cuba untuk berasa berahi kerana urat boleh kembang.
10 -Elak angkat bende berat/ senaman berat Awal-awal say amemang tak berani angkat barang berat, kadang-kadang dukung anak 2 tahun pun tak berani takut peranakan turun apatah lagi senaman berat. Silap haribulan boleh buasir or tombong. Basuh baju/basuh pinggan paling saya pantang sebab terkena air,saya cuba elakkan dari banyak kena air. Nak berpeluh cara melayu..paling saya suka BERSALAI,bertangas..Ya ampun best sangat.Peluh keluar tik tik macam mandi.
11 – Last,saya sememangnya akan pantang keluar umah
Nak keluar duduk depan umah pun dia tak kasi.Takdek nak melawa-lawa, tak da nak make up, pantang time raya pon,just kain batik je. Time ni saya “busuk2 aje”..Tapi bila abis je dah “pelepas” pantang,terus start melawa. Haaa time tu la bagaikan dihidupkan semula.
Lepas bersalin urat kita kembang,bukan kembang kita gemok sebab tu tak guna time ni kita mekap2,kita kene sihatkan dulu dalaman. Percaya la,tak rugi dan tak menyesal cuma perlu bersabar.
Sumber : Zaza Zaura
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.