Duduk rumah sepanjang hari, tidak dinafikan perut kita anak beranak mudah sangat terasa lapar. Hendak dijamu nasi sepanjang waktu takut berlaku perubahan saiz badan pula kita sekeluarga, dari saiz s boleh jadi saiz xl pula.
Jadi kita sebagai ibu kenalah kreatif menyediakan pelbagai jenis menu yang mengenyangkan. Umpamanya Kebab Daging Roti Pita ini. Membuatnya juga tidaklah susah, beberapa minit sahaja menu yang menyelerakan dapat dihidangkan.
Ini sebagiamana resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazirah Ngaimin. Bahkan ujarnya kebab yang dimasak olehnya itu mendapat pujian daripada anak-anaknya.
“Sedap mama, pandai mama masak!” Itu ayat pertama anak, lebih kurang lepas 2-3 kunyahan kebab miliknya. Berbunga hati oi, bila anak puji begitu. Budak-budak kan tak pandai menipu. Hahaha…”ujarnya berkongsi kisah.
“Ok, disebabkan pujian melambung dari anak tu, jom kita share lah resepi kebab daging roti pita. Silalah cuba buat, mana tahu anak-anak korang juga suka kan? Lepas tu nanti bahagia dilambung pujian anak-anak,” tambahnya lagi.
KEBAB DAGING ROTI PITA Bahan-bahan diperlukan:
Roti pita 3 keping (kerat 2 menjadi 6 keping).
Daging kisar 250g.
3-4 ulas bawang putih – dikisar kasar.
1 ulas bawang merah – dikisar kasar.
1 biji tomato – dipotong dadu.
1/2 biji bawang holland – dipotong dadu.
1 sudu serbuk kasar lada hitam.
2 sudu sos black pepper.
2 sudu sos tiram.
2 sudu sos cili.
Cara nak membuatnya,
1. Tumis bawang putih & bawang merah
2. Masukkan daging kisar.
Ads
3. Masukkan black pepper
4. Masukkan tomato
5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos black pepper.
Sesiapa yang ada menanam belimbing buluh pasti tahu pokok ini berbuah dengan sangat lebat sehingga tak termakan. Selain itu, rasanya yang masam juga sukar untuk dimakan begitu saja.
Tapi, sekarang tak perlu bimbang kerana dengan resipi yang dikongsikan oleh Nanie Rosnani ini semestinya membuatkan anda berselera. Sambal bilis belimbing buluh ini sangat mudah dan sedap lagi-lagi apabila dimakan bersama nasi panas.
Sambal Bilis Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
Ikan bilis
Cili merah & cili padi – ejas la nk pedas cmner
Bawang merah
Belacan (optional)
Cara-Cara:
– Tumbuk belacan ikut suka nk kasar atau halus.
– Belimbing buluh hiris bulat-bulat, kalau suka masam boleh lebihkn.
– Petai hiris-hiris je (optional)
– Tumis bahan tumbuk, campak belimbing dan petai.
– Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan garam dan gula, siap!
Secara fitrahnya, semua manusia dilahirkan dalam keadaan baik dan bersih. Namun setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Bagaimanapun mereka berhak diberi peluang ke dua dalam hidup termasuk cemerlang dalam akademik Perkongsian facebook rasmi, Sekolah Henry Gurney Melaka membuktikan setiap insan itu boleh berubah amenjadi baik untuk cemerlang dalam hidupnya.
Difahamkan pelajar sekolah berkenaan meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini.
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang.”
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.
“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.
“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.”
Nyata, ini membuktikan biarpun pelajar-pelajar ini dulunya nakal dan jauh tersimpang dalam landasan hidup yang betul, hasil didikan guru, mereka boleh berubah menjadi lebih baik.
Keputusan cemerlang SPM itu menjelaskan bahawa jika seseorang itu berusaha untuk berubah pastinya akan berjaya.
Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, sebagai ibu ayah yang masih mempunyai anak yang belum baligh, kita juga mahu mendidik anak-anak ini untuk meraikan bulan Ramadan dengan sama-sama melakukan ibadah puasa.
Pun begitu, bagaimana cara yang sewajarnya untuk kita biasakan anak-anak berpuasa mengikut keupayaannya?
Ini memandangkan bagi kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari itu belum diwajibkan ke atas mereka.
Tidak pasti caranya, jom kita baca perkongsian cara mendidik anak berpuasa bersama ustazah Asma’ Harun.
UMI & ABI, BOLEH AJARKAN SAYA PUASA?
Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai puasa bagi anak kecil. Pada umur berapakah sepatutnya anak-anak mula berpuasa? Dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka berpuasa?
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, terima kasih atas soalan yang baik ini. Ibu ayah yang sentiasa mementingkan didikan agama kepada anak-anak pastinya tertanya-tanya jawapan bagi persoalan ini.
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari, No. Hadis 1385)
Perkataan fitrah di dalam hadis ini bermaksud anak-anak dilahirkan dalam keadaan Muslim. Berdasarkan pada hadis ini jelaslah bahawa secara fitrahnya anak-anak dilahirkan Muslim, tetapi yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani ialah ibu bapa.
Dalam perkara berkaitan puasa, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif (kewajipan) dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.”
(HR Abu Daud, No. Hadis 4402, taraf hadis: Sahih)
Namun, bilakah waktu yang sesuai seorang kanak-kanak itu perlu dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ yang bermaksud:
“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia tujuh tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”
Maksud tujuh tahun ialah setelah sempurna usia tujuh dan memasuki usia lapan. Juga setelah sempurna usia sepuluh tahun dan memasuki usia sebelas tahun.
Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).”
[HR Abu Daud, No. Hadis 494]
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah menilai sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa serta memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA?
Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendidik anak-anak berpuasa ialah:
1. Menjadi role model bagi anak-anak.
• Ibu bapa adalah watak utama dalam menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Jadi, pamerkanlah akhlak yang baik dengan mempraktikkan ibadah-ibadah semasa Ramadan seperti tadarus Al-Quran, berterawih dan amalan bersedekah.
• Sekiranya ibu itu tidak berpuasa (uzur syarie) elakkan makan di hadapan anak-anak.
2. Berbicara mengenai puasa.
• Menjelaskan kepada anak-anak mengenai puasa secara santai seperti berkongsi kisah nabi-nabi, cara puasa Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kisah-kisah teladan.
• Mengajar anak-anak cara membaca niat puasa, memberitahu syarat wajib dan syarat sah puasa, rukun puasa, ganjaran bagi orang yang berpuasa dan keistimewaan berpuasa Ramadan.
• Mengucapkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya timbulnya perasaan teruja menunggu kehadiran Ramadan.
3. Mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat mengikut waktu solat.
• Fasa pertama : Puasa hingga waktu Dhuha
• Fasa kedua : Puasa hingga waktu Zohor
• Fasa ketiga : Puasa hingga waktu Asar
• Fasa terakhir : Puasa hingga waktu Maghrib
Fasa begini dilakukan supaya tubuh serta minda anak-anak bersedia dan mereka tidak rasa terbeban jika terpaksa untuk terus berpuasa sepenuh hari.
4. Memberi ganjaran kepada anak.
• Berilah dakapan dan pujian atas kejayaan usaha mereka melaksanakan puasa tanpa mengambil kira mereka berjaya berpuasa penuh atau tidak.
• Menyediakan makanan kegemaran anak-anak untuk berbuka.
• Jika perlu, berikan hadiah supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kefahaman agama kepadanya dan ajarkannya takwil (tafsir al-Quran).
[HR Ahmad]
RUMUSAN:
• Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, digalakkan untuk melatih mereka berpuasa sedari umur sempurna 7 tahun mengikut pendekatan-pendekatan yang dikongsikan di atas.
• Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui tahap kemampuan anak-anak supaya sebarang kemudaratan tidak berlaku.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk menyediakan diri dengan ilmu yang mantap mengenai puasa Ramadan supaya ia dapat diwariskan pada anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.