Sungguh hidup ini penuh dengan ujiannya dan dalam mencari kekuatan diri untuk bangkit melalui detik-detik sukar, percayalah hanya padaNya jua untuk kita serahkan kembali urusan hidup ini. Sesungguhnya pengharapan dan pergantungan kepada Allah adalah satu cara untuk mencapai ketenangan dan reda dengan apa yang terjadi.
Inilah yang dilakukan oleh wanita ini, apabila semakin dekat dengan Allah dengan setiap malam bertahajjud, semua kesediahan, derita dan kesusahan hidup dapat diatasi malah hidupnya kini lebih bahagia.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya tentang keajaiban Tahajjud dan turut dikongsikan olehnya tip yang diamalkan untuk dapat bagun awal setiap malam. Semoga kisah ini dapat menyuntuk inspirasi.
Bukan mudah untuk bangun jam 4 pagi dan bertahajjud pada setiap hari. Namun ketika saya mula-mula “kenal” dengan Tahajjud ni, saya dalam keadaan yang amat perit, sakit, sedih, susah, menderita, sering menangis, sesak, difitnah dan entah apa lagi.
Ketika itu saya sudah berusia 41 tahun. Tak pernah sekali pun baca atau pelajari dengan bersungguh tentang Tahajjud sebelum tu. Ye lah, kita ni…bila tak terdesak, tak akan nampak. Begitulah…
Tahu tentang solat Tahajjud… tapi tak berapa nak ambil kisah (biarlah saya jujur, saya tidak malu).
Tak pernah terfikir pada usia macam tu kena halau keluar rumah. Rumahtangga yang dibina atas dasar suka sama suka akan runtuh. Kena cari kerja semula. Kena menjual di tepi jalan. Sesak sampai kena kutip duit syiling untuk beli susu anak yang masih kecil.
Sungguh ketika itu saya amat terdesak dan memerlukan. Susah nak tulis dengan kata-kata…
Jadi itulah kekuatan pertama saya untuk bangun malam. Kesusahan saya, adalah kekuatan saya.
“Doa di saat tahajud bagaikan anak panah yang melekat tepat mengenai sasaran.”
(Imam Syafi’i)
Bila terhaca ini buat pertama kali, saya yakin seratus peratus, itulah caranya untuk saya keluar dari keperitan.
Doa pertama
Doa pertama dalam Tahajjud pertama saya hampir tidak masuk akal.
Masa tu saya tak ada wang.Tak ada pekerjaan.Kena halau rumah sebab tak mampu bayar sewa. Pendek kata tak punya apa.
Tapi saya berdoa dalam Tahajjud saya untuk,
Ads
– Diberikan peluang untuk bersujud di hadapan Kaabah. Kerana berasa teramat sedih dan tidak ada seorang pun yang akan faham kedukaan hati saya waktu itu.
– Diberikan pekerjaan yang baik dan cukup untuk menanggung anak 5 orang.
– Diberikan jalan yang mudah untuk pindah rumah.
Diringkaskan cerita, dengan izin dan kekuasaan Allah yang Maha Mendengar, Maha Pemurah dan Maha Penyayang, segala yang saya hajatkan itu telah Allah berikan dengan mudah dan hampir sekali gus!
Anda pasti sudah membaca kisah bagaimana saya telah mendapat pekerjaan yang sangat baik dengan jawatan dan gaji yang baik juga. Dapat pindah rumah dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Dapat makanan dan keperluan rumah melalui seorang kiriman Tuhan. Bahkan telah dapat pergi ke Mekah dan bersujud di hadapan Kaabah!
Bukan sekali, tetapi berkali-kali…
Padahal ketika saya berdoa dalam Tahajjud pertama saya itu, saya tidak punya apa-apa. Segalanya Allah berikan dalam masa 3 bulan sahaja.
Allahu, mahu apa lagi?
Ads
Apabila kita sangat berhajatkan akan sesuatu lalu Allah beri, perasaan tu… Nak tulis macamana pun saya tak reti.
Namun oleh kerana semua itulah rasa mengantuk saya hilang di setiap pagi. Selimut dan bantal sudah tidak berasa empuk lagi. Biarpun dalam dingin dan hujan lebat serta enak tidur, saya tetap bangun malam.
– Saya rasa kuat hati.
– Rasa yakin.
– Sedih berkurang.
– Yakin bahawa cukup hanya Allah.
– Tidak meletakkan bahagia pada genggaman orang.
– Tidak berharap lagi kepada orang.
– Jiwa semakin tenang.
– Dada lapang.
– Lebih redha.
-. Lebih ikhlas.
– Lebih bahagia.
Bila orang sering tanya saya, inilah jawapannya. Makin kita buat, makin terima, makin banyak akan kita merasakan nikmatnya.
Kalau tak buat, kita tak akan tahu…
Tak nampak.
Tak rasa.
Tak yakin untuk berdoa kerana akal kita terbatas.
Sungguh sangatlah banyak keajaiban yang telah dan sedang berlaku dalam hidup saya.
Dan saya nak pesan satu perkara….
Ketika berdoa, doalah dengan sangat ikhlas. Berdoa dengan suatu keyakinan yang mutlak dan langsung tidak ada rasa berbelah bahagi dalam hati…. Bahawa jika Allah ingin memberi, segalanya adalah mudah bagi Allah. Bahkan untuk perkara yang tak dapat kita fikirkan caranya sekalipun!
Ads
Doa, kemudian “lepaskanlah….”. Lupakan ia. Tak ada mengeluh. Tak ada rasa resah. Tak ternanti-nanti “Bila aku nak dapat semua ini…”.
Tip Mudah Bangun Untuk Tahajjud
Dan saya juga nak kongsikan di sini, cara untuk memudahkan kita bangun solat malam:
1. Sebelum masuk tidur, berniatlah dengan bersungguh yang kita ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
Ada banyak kisah lain lagi yang nak saya kongsikan.
Tentang Miracle Tahajjud ini.
Sekali minta, berkali Allah bawa.
sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penanaman pokok herba dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan di laman rumah tentu biasa kita lakukan. Tujuannya satu, agar dapat dituai dan sekali gus memudahkan untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk keluarga. Kelazimannya, pokok serai, kunyit dan cili antara tamanan asas yang perlu ada di rumah.
Dan untuk menambah lebih info tentang tanaman cili, apa kata kita baca perkongsian saudara Izham Alias dan Saudara Kayrol Azriey ini. Jom semak.
Ini pokok cili kulai F2. Asalnya benih daripada buah cili kulai F1 dalam air beras yang saya buang dalam pasu.
Sedar tak sedar sudah tinggi dalam 10 cm. Alang alang saya ada polibeg saiz 18×20 inci, maka saya pun pindahkan. Saya guna tanah campur (ramuan 3:2:1, tanah, cocopeat, pasir).
Di awal pertumbuhan pokok cili ni memang saya sembur macam-macam. Baja foliar seaweed la. Baja belacan. You name it.
Lepas tu sembur racun organik minyak mambu (neem oil). Semua saya buat dalam 2-3 kali seminggu. Alhamdulillah ada bunga. Seterusnya ada buah.
Lepas dah tuai 2-3 buah, malas pula. Haha. Dah tak terjaga pokok ni.
Saya letak baja pun seminggu sekali. Kadang 2 minggu sekali. Ikut mood. Tapi kan, pokok ni selepas saya tak jaga masih boleh bertahan. Banyak pula buahnya.
Dari situ saya dapati, pokok cili di awal pertumbuhan memang perlu jaga betul. Kalau dah berbunga dan tiada serangga menyerang, akan senang jaga.
Ha, moga perkongsian ni membantu ahli KBJTS yang lain untuk mula berkebun cili di rumah.
Menakala meninjau satu lagi perkongsian di facebook, Kayrol Azriey turut berkongsi tip menanam cili. Ini caranya:-
Assalammualaikum, di sini saya akan berbagi tip …untuk tanaman saya …cara saya tanam cili padi atau cabai burung
Dari umur semaian 3 minggu …Saya taburkan baja organik taik kambing …..yang halus-halus.
Seminggu selepas itu …saya bancuh ajinomoto setengah sudu campur dengan 2 litter air biasa.
Selepas 2 mingu …akan ulang perkara yang sama. Bila anak pokok dah membesar, saya tambah sedikit ajinomoto dan baja taik kambing. Ajinomoto saya dah tak bancuh tetapi saya tanam di dalam tanah …….begitu lah berikutnya setiap 2 minggu atau lebih
Waktu pembungaan saya tak bubuh baja or aji …..biarkan berbuah …..selepas berbuah ..baru saya ulangi pembajaan ……
Ekstra tip : Bagi kawalan hama, saya cuma basmi apabila sudah nampak tanda-tanda ….jika masih cantik …saya tak basmi …….bila sudah terkena …setiap 5 atau 6 hari saya cuma spray dengan air bawang putih ……campur air sahaja …tak cmpur dengan sabun
Penyiraman : Sehari 2 kali atau sehari sekali mengikut kondisi tanah. Pada waktu berbunga, siram bahagian pangkal sahaja.
Harimau mati meninggalkan belalang, manusia mati meninggalkan nama. Ungkapan ini cukup sesuai untuk menggambarkan sisi seorang dermawan bernama Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Dalam satu perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Farhan Che Hassan, anak muda ini bercerita kisah betapa dermawannya pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Ini. Beliau telah mewakafkan sebahagian besar hartanya untuk kepentingan Islam dan umatnya demi mencari redha Allah.
Tan Sri Rashid Hussain
Ini termasuklah pembinaan Masjid Sri Sendayan, Seremban yang mula dibuka baru-baru ini, yang merupakan antara beberapa masjid yang diwakafkan oleh jutawan Muslim itu.
Masjid yang boleh menampung kira-kira 5,000 jemaah itu dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar telah dibeli dan diwakafkan oleh Abd. Rashid untuk kegunaan umat Islam. Dua lagi masjid yang dibina beliau adalah Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain 2 di Seremban.
Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat
Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD. Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.
Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara. Haa masjid ni beliau yang sumbangkan.
Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.
Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”. Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.
Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba2 nya☝🏻
Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang dtg beribadat pada beliau dan ramai org dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini.
Kita yang tak kaya dunia ni tak nk usaha kaya akhirat ?
Sembahyang pun malas malas …. Saya lah ni.(Amar Sufi Ali)
P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.
Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang datang beribadat pada beliau dan ramai orang dapat manfaat dari Rumah-Rumah Allah di dunia ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bersempena ulang tahun kali ke-38, Datuk Lee Chong Wei menitipkan hajat agar semua rakyat Malaysia bersatu hati menentang pandemik COVID-19 serta senario politik Malaysia beransur stabil.
“Hajat hari jadi Chong Wei tahun ni, semoga semua kawan-kawan sihat sejahtera, bersabar dan berhappy-happy, bersama-sama kita kasi tewaskan COVID. Biar tamak sikit tahun special ni, semoga perkhimatan bekalan air negara ditingkatkan, dan kestabilan politik negara.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran,” ujarnya lagi.
Tambah istimewa apabila majlis diraikan dengan sebuah kek istimewa replika dirinya, isteri dan dua anak lelakinya.
Menerusi laman sosial Facebook, Chong Wei berkongsi beberapa keping foto sambutan ulang tahunnya bersama isteri, Datin Wong Mew Choo serta dua orang anaknya, Kingston dan Terrance Lee.
“Birthday tahun ni agak special. Covid datang lagi. Travelling tak dapat. Badminton tak jadi. Party tak lepas. Air paip kering!
“Tapi mungkin sebab itulah minda tenang, dapat saya betul-betul ambil masa menghargai suara anak-anak ketawa. Senyuman isteri. Sembang nakal dengan Mak. Kebahagiaan hidup simple sebenarnya, kan?” tulis Chong Wei menerusi ruangan kapsyen.
Hati mana yang tidak meruntun jiwa apabila kehilangan insan yang dikasihi pergi secara mendadak. Begitulah yang dirasai kini buat usahawan dan pempengaruh media sosial,...