“Keadilan Itu Mahal Jika Kau Miskin.” Sampai Bila Yang Lemah Sentiasa Ditindas. Telemovie DANIA Penuh Pengajaran.

Share

Sejak tayangan Telefilem DANIA di TV3, ramai penonton yang memberikan respon di media sosial sehingga menarik lebih ramai yang menontonnya.

Seharusnya telemovie yang penuh dengan pengajaran ini ditonton lebih ramai orang kerana ianya menyentuh pelbagai institusi kekeluargaan, pendidikan, media, perundangan dan juga sikap sterotaip di kalangan masyarakat.

Sedar tak? Dalam kehidupan seharian, kadang kala kita yang selalu memberi penekanan. Tapi kita tak sedar semua itu kerana sentiasa mahukan yang terbaik.

Antara pengajaran yang dapat kita ambil ialah :

  1. Sebagai ibu bapa kadakalanya kena dengar cakap anak.
  2. Jangan terlalu memaksa jika anak kurang berminat. Mungkin minat anak pada yang lain.
  3. Jangan cepat terpengaruh cerita orang tanpa selidik.
  4. Ibu bapa seharusnya positif dengan setiap kritikan terhadap anak dan berusaha memperbaikinya.
  5. Berhenti salahkan anak dalam setiap perkara terutamanya kegagalan rumahtangga.
  6. Dengar setiap luahan anak, fahami anak, dengar masalah anak. /mereka masih belum matang. Setiap persoalan yang mereka fikirkan akan menjadi beban untuk mereka.
  7. Anak inginkan perhatian dari ibu bapa, bagi pasangan yang sudah bercerai harus tahu tanggungjawab sendiri agar anak anak tidak terabai.

Sebagai masyarakat pula, janganlah terlalu sterotaip. Contoh bila seseorang itu berpangkat, ada pengaruh, terus letakkan dia sebagai ‘orang baik’ dan begitu pula sebaliknya. Masyarakat tidak seharusnya hanya menilai dari luaran dan tidak menyiasat mengenai perkara sebenar.

Zaman sekarang ini, ramai yang menggunakan agama untuk mengaburi mata masyarakat. Ini sedang berleluasa.

Seharusnya kita memberi sokongan, bukannya menyisihkan, blame dan memalukan mereka lagi. Perli-memerli ini adalah aktiviti yang tidak sihat dan boleh menimbulkan rasa dendam. Jadi sama-samalah kita jadi masyarakat yang prihatin.

Masyarakat selalu memberi tekanan menyebabkan banyak orang tanpa disedari mengalami sakit mental. Jika masyarakat lebih terbuka, banyak masalah boleh diselesaikan.

Peranan guru juga penting dalam mengendalikan pelajar terutamanya yang mengalami trauma. Bukan menyisihkan dek kerana tekanan dari ramai pihak. Guru seharusnya peka dengan keadaan ini dah menjadi orang tengah untuk menaturalkan kembali keadaan.  Bukan berpihak pada sesiapa.

Satu lagi adalah peranan peguam. Seperti yang terpahat di minda, peguam akan membantu menegakkan kebenaran namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ianya bukan terjadi dalam telefilem ini sahaja. Tetapi dalam realitinya pun juga begitu.

Masyarakat yang miskin semakin ditindas. Orang yang berpangkat, berpengaruh selalu dipandang tinggi walaupun banyak keburukan / kesalahan yang mereka lakukan.

Sampai bila nak masyarakat terpaksa gunakan media sosial untuk menuntut keadilan sedangkan kita semua tahu medium yang betul adalah kepada pihak yang berkuasa tapi kepercayaan itu telah terhakis kerana segelintir yang mengkhianatinya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI