Apabila anak jatuh sakit hatta demam ringan sekali pun, kita sebagai ibu dan ayahlah orang yang paling bimbang. Pasti segera akan dirawat agar anak-anak kembali sembuh seperti sedia kala. Ini apatah pula bila berdepan dengan situasi anak alami kemalangan serius.
Benar, cukup hebat dugaan ini dan pastinya tidak tergambar betapa besarnya ujian yang ditanggung oleh keluarga Mohd Bukhari Zainal Anuar apabila berdepan dengan situasi cemas saat anak mereka dihempap peti sejuk. Dan kisahnya mendapat simpati daripada seluruh warganet. Segunung harapan, usaha dan doa dititipkan, agar keluarga dan anak kecil itu terus tabah.
Melihat posting terkini daripada ayahnya, sedikit sebanyak melegakan hati ramai pihak yang mengikuti perkembangan adik Fawwaz.
Syukur Alhamdulillah..Setelah hampir 3 minggu Muhammad Fawwaz Adli mendapat rawatan di Hospital, harini Fawwaz dah bule discaj..Terima Kasih Kepada ahli keluarga,sahabat-sahabat,jiran tertangga serta seluruh rakyat malaysia yg tak putus-putus berdoa dan memberi sumbangan kepada anak kami..Semoga Allah merahmati hidup kalian smua..Aminn.
Ads
Terdahulu kami ada berkongsi kisah tentang adik Muhammad Fawwaz Adli yang parah dihempap peti sejuk di rumah keluarganya yang terletak di Taman Cempaka, Nilai.
Perkembangan terbaharu adik Fawwaz yang dimuat naik di dalam perkongsian fb milik ayahnya, Mohd Bukhari Zainal Annuar. Ada dimaklumkan bahawa anaknya telah dibenarkan keluar wad setelah tiga minggu di rawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Ads
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur. Ini adalah kesan kecederaan dialami di bahagian kepala dan keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.
Ads
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
Dalam usaha mencegah dan mengekang wabak koronavirus (Covid-19) dari tersebar pihak berkuasa telah memutuskan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac yang lalu sehingga 31 Mac ini.
Kerajaan menyeru orang ramai supaya duduk di rumah dan mengelak dari keluar semasa pelaksanaan perintah itu untuk membendung penyebaran COVID-19 di negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan ini antara lain membabitkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang menyediakan perkhidmatan penting serta penutupan rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar basah, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual keperluan harian.
Turut terlibat adalah penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
Ekoran daripada itu, ada sesetengah pelajar mengambil keputusan pulang ke kampung, manakala sebahagian lagi tinggal di kampus.
Difahamkan, pelajar-pelajar juga turut disediakan bantuan makanan secara percuma oleh pihak universiti yang dihantar terus kepada pelajar agar mereka boleh kekal berada di kolej kediaman bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.
Bukan itu sahaja, menurut Berita Harian, mereka turut diberi barang keperluan diri, juga secara percuma termasuk dengan bantuan hasil daripada sumbangan para Alumni dan pihak luar di Cafe Kolej Canselor UPM.
Dalam hal yang berkaitan juga satu perkongsian di muat naik di Twitter yang mana para pelajar di Universiti Putra Malaysia dikatakan menerima sumbangan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin. tweet yang dibuat oleh @MzFiqa itu, dia turut memuat naik beberapa keping gambar.
Dalam tweet yang dibuat oleh @MzFiqa itu, dia turut memuat naik beberapa keping gambar barangan yang disumbangkan oleh YB KJ. Antaranya termasuklah makanan serta barangan keperluan asas untuk para pelajar.
Namun apa yang lebih menjadi tumpuan adalah sumbangan pad atau tuala wanita oleh Abah KJ ini membuatkan ramai teruja.
Selain KJ, Saudara Syed Azmi bersama team turut menyumbangkan barangan keperluan buat pelajar. Jika aada yang nak menyumbang:
PERSATUAN UNTUK ANAK KITA
MAYBANK ACC:
514271633539
Email puakpayong@gmail.com
Ref: StuCovid
Harap menjadi inspirasi untuk anda buat yang terbaik di tempat masing-masing!
“Niat asal memasuki Mentor Milenia 2019, saya nak bawa ibu bapa, isteri, dan ibu mentua mengerjakan umrah. Saya juga ada perancangan untuk buat majlis makan bersama peminat di Terengganu sebagai tanda terima kasih,” katanya. “Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan," ujar juara Mentor Milenia 2019, Apex Tadjudin atau nama penuhnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23.
Apex ketika ditemui berkata, dia memang sudah lama menyimpan niat itu dan bersyukur rezeki berpihak kepadanya untuk membawa trofi juara program berkenaan.
Menurut Apex lagi, dia berazam mengotakan janjinya membawa orang tersayang mengerjakan umrah selepas memperoleh wang kemenangan sebanyak RM100,000. “Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki ini. Saya berbesar hati kerana sebelum ini tidak pernah memasuki mana-mana program realiti dan apabila sampai ke tahap ini, saya sangat berbangga.
Apex juga berazam untuk mengubah nasib keluarganya dan mengembangkan perniagaan nasi lemak yang diusahakan isterinya di kampung halaman.
“Pertamanya, saya akan mencari rumah sendiri memandangkan sekarang masih tinggal bersama mentua. Saya juga mahu membuka kedai untuk isteri saya mengembangkan jualan nasi lemaknya yang sekarang cuma dijalankan di gerai depan rumah saja,” katanya. Malam tadi, Apex melakar kejayaan manis apabila muncul sebagai juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Apex yang juga protege kepada mentor, Hazama, meraih RM100,000 tunai berserta trofi, dan dua buah motosikal Benelli RFS 150i. Selain itu, dia juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir berserta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000, dan dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.
Apex menewaskan tiga protege lain iaitu Daus Husny selaku naib juara, Aedy Kama (ketiga), dan Rika Riana (keempat).
Sudah tentu setiap ibu bapa inginkan mempunyai anak yang mendengar cakap. Dan sudah tentu bukan mudah untuk memastikan anak-anak menjadi seorang yang baik.
Hakikatnya, cara didikan ibu ayah yang menyebabkan anak memberi respon sebaliknya. Nyata, anak bukanlah nakal secara semulajadi. Ikuti perkongsian oleh Taufiq Razif moga menjadi iktibar bersama.
.
Tiada anak yang semulajadi nakal
Fitrah anak itu bersih Hati mereka asalnya putih
Sehinggalah cara kita respon pada mereka Membuatkan mereka tersentak dan menyerapnya!
Cara kita REACT dengan kemahuan mereka Cara kita RESPON dengan tangisan mereka Cara kita MELAYAN karenah mereka Cara kita MELAYAN ibunya Cara kita MELAYAN bapanya Cara kita MELAYAN adik beradiknya Cara kita MELAYAN orang di sekelilingnya
Semua itu diserap dan direkod sempurna!
Sampai masanya nanti semuanya akan dihambur dan dipraktikkan pula Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala
Tanpa kita muhasabah pada diri kita Tanpa kita selidik kesalahan kita Tanpa kita perhati GAYA PARENTING kita Tanpa kita terima ianya datang daripada diri kita!
Mulai saat ini..
Jom tilik hati Jom tilik diri sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.