Bab penjagaan kesihatan jangan ambil mudah, contohnya jika mengalami bengkak atau benjolan di bahagian leher. Walau pun ada sesetengahnya tidak merasa sakit, namun perlu dapatkan rawatan doktor.
Difahamkan ramai sebenarnya yang pernah mengalami bengkak di bahagian leher ini apabila kita mengalami sakit tekak atau gejala yang seumpamanya. Kanak-kanak kebiasaannya akan lebih kerap mengalami simptom ini tetapi bonjolan tersebut adalah lebih kecil di bahagian leher dan tengkuk.
Apabila leher kita ada benjolan. Wajar kita rasa risau. Bahkan menurut Dr Ezairy M.Sallih yang merupakan doktor pakar bedah telinga, Hidung & tekak, doktor juga bimbang bila melihat pesakitnya ada benjolan di bahagian sama ada depan, tepi leher atau bawah telinga.
Kenapa?
Untuk lebih detail, jom baca perkongsian daripadanya.
1. Benjolan pada leher boleh disebabkan oleh tanda jangkitan pada tekak dan dalam mulut atau telinga. Ubat antibiotik selalunya diperlukan.
2. Cystic lesion. Ini selalunya lembut dan tidak keras. Selalunya perlu kepada pembedahan untuk membuang kantung cyst tersebut.
3. Tuberculosis. Penyakit TB boleh berlaku dengan benjolan pada kawasan leher juga. Ujian cytology dan beberapa lagi siri ujian diperlukan untuk mengesahkan diagnosis. Setelah disahkan, ubat antiTB akan diberi untuk beberapa bulan.
4. Kanser. Ini yang kita paling risaukan. Kanser seperti lymphoma boleh datang dengan biji pada leher dan tempat lain. Kanser nasopharynx pula boleh datang dengan gejala tersumbat atau berdarah hidung bersama benjolan pada leher. Rawatan setiap jenis kanser tidak sama, sama ada pembedahan, radioterapi atau chemotherapy.
Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru untuk anda.
Sumber : Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club