Mengimbau saat dapat menggenggam segulung ijazah di majlis konvokesyen, tentu itu menjadi antara detik begitu membahagiakan dalam diri.
Saat itu juga, dirasakan cukup seronok bila orang-orang tersayang turut bersama-sama berada disisi.
Namun berbeza dengan apa yang dilalui oleh wanita ini dan ianya dikongsikan untuk dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Saya Nurhafisah Ismail, berumur 28 tahun. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media di Universiti Malaya. Saya mendapat ijazah ketika saya berumur 26 tahun dan selepas setahun pemergian ayah tercinta ke negeri abadi.
Tak terfikir langsung yang saya akan menamatkan pengajian tanpa ayah disisi. Memang perit untuk terima sebab ini impian ayah dan mak. Ayahlah orang paling gembira dan teruja bila dapat tahu saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Banyak pengorbanan ayah yang menjadikan saya seperti sekarang. Kami pasang impian sama-sama. Ayah dah pencen sewaktu saya mendapat tawaran ke UM. Mulanya saya tak nak sambung sebab tiada sumber kewangan yang cukup dan memikirkan keadaan ayah yang tidak sepatutnya bekerja lagi. Tetapi, impian ayah terlalu besar untuk melihat saya mendapatkan segulung ijazah. Katanya, kalau betul nak belajar, duit boleh cari.
Selepas pencen, ayah masih bekerja sebagai pemantau kebun sawit demi mencari duit untuk menanggung pengajian saya. Ayah gigih cari duit walaupun dirinya sudah tidak sihat dan mempunyai masalah jantung.
Ads
Setiap kali saya daftar semester baru, ayah akan hantar saya ke UM. Saya dah besar, saya boleh buat urusan pendaftaran sendiri, tapi ayah nak juga hantar. Alasannya, nak tengok bilik adik.
Ayah selalu cakap, “Nanti dah habis belajar, bolehlah jadi wartawan. Nanti ayah boleh tengok adik dalam TV.” Itu yang saya ingat sampai sekarang, tapi saya tak dapat tunaikan impiannya itu.
Ayah pergi sewaktu saya cuti semester sebelum memulakan tahun pengajian yang ketiga. Tahun terakhir pengajian, tahun yang sangat mencabar. Saya pernah ambil keputusan untuk berhenti sebab semangat saya dah tak ada. Tapi, keluarga nasihatkan supaya saya teruskan pengajian kerana ini impian ayah.
Saya usaha sehabis baik untuk tamatkan pengajian. Rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu terutama dalam menyiapkan tesis akhir. Keluarga banyak memberi sokongan supaya saya terus kuat.
Ads
Saya tahu ramai lagi yang mempunyai kisah hebat bersama ayah atau ibu. Saya cuma berkongsi rasa setelah ayah tiada dan bagaimana saya menghabiskan sisa pengajian. Kalau ikutkan hati, memang saya tak habis belajar. Tapi, memikirkan impian ayah untuk tengok saya naik pentas dan menerima scroll, saya kuatkan semangat dan teruskan sampai habis.
Sewaktu konvo, saya terlupa yang ayah dah tiada sampai saya tercari-cari ayah. Tunang saya datang, bawa gambar lukisan ayah, baru saya sedar. Saya hanya mampu menangis sambil bercakap dengan gambar, “Adik dah konvo. Adik dah capai impian ayah.” Perit untuk terima. Orang yang selalu teruja bila saya cerita perihal belajar, saya ceritakan apa yang saya buat, kongsi semuanya, tiba-tiba dah tak ada.
Terlalu banyak pengorbanan ayah sampai saya tak tahu macam mana nak cerita. Terlalu banyak kenangan sampai saya tak tahu untuk gambarkan. Semuanya tersimpan rapi dalam ingatan saya.
Ads
Its the day, Hero. My big day. Supposely, you were there beside me, holding a bouquet of flowers and hugging me, taking pictures together with mom. Supposely. Physically you was not there. But, with that painting, i feel you. Besides me, hugging and crying together with mom. You will say, “ini anak ayah, anak ayah dah besar, lepas ni boleh kahwin.” I miss that, Hero.
Ketika itu semua orang tengok saya bawa “ayah”. Sampai datang seorang pakcik ni tanya, “maaf pakcik tanya, siapa ni?” Adik jawab, “ini ayah saya, ayah dah tak ada, saya bawa gambar saja.” Pakcik tu cuma mampu angguk, mata mula merah tahan sebak mungkin.
Ayah, terima kasih sebab galas tanggungjawab didik dan besarkan sata sampai tahap sekarang, sama-sama dengan mak. Ayah orang paling excited bila tahu saya dapat sambung belajar dekat UM. Setiap sem ayah akan hantar saya untuk daftar, semua orang tengok bila ayah gigih panjat tangga semata-mata nak tengok bilik saya, walaupun bilik tu tetap sama kedudukannya dan lelaki tak dibenarkan masuk pun. Hehehe. Tetap nak hantar.
Banyak lagi saya nak tulis. Pengorbanan ayah, gigihnya ayah cari duit, banyak sangat. Adik simpan semua kenangan kita. Ayah tunggu saya dekat pintu syurga ya. Nanti panggil nama, takut tak perasan ayah sebab ayah mesti handsome sangat waktu tu.
Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu. Nak berubah tu mungkin mudah, tetapi nak istiqamah tu kadang ada yang gagal untuk kentalkan diri.
Penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani sememangnya memberi inspirasi pada orang ramai. Lebih-lebih lagi sekarang ini penampilannya yang menutup aurat dengan sempurna sememangnya menjadi ikutan orang ramai untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman Tiktok, @pendosahijrahhh berkongsi video Lisa berkongsi beberapa rahsia untuk kekal istiqamah dalam sebuah program temu bual.
Menurut pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ itu, seseorang perlu menjaga solat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk terus istiqamah demi menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan sunnah perlu dilakukan dan apa yang paling penting, persekitaran kita perlu dalam keadaan baik yang boleh membantu untuk berubah ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian dan nasihat yang diberikan yang telah memberikan semangat kepada insan yang mahu berubah. Malah, netizen terutamanya dalam kalangan wanita berharap agar perubahan yang dilakukan oleh mereka sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqamah sampai bila-bila.
Jika ingat, sebelum ini pernah tular video seorang wanita yang memandu menggunakan kaki sehingga membuatkan netizen kagum dengannya. Kisah Norfarrah Syahirah sentiasa menjadi perhatian ramai berikutan kecekalan dan semangatnya dalam menjalani kehidupan seharian sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
Baru-baru ini, wanita yang kudung kedua belah tangan sejak lahir atau nama penuhnya Norfarrah Syahirah Shaari selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka dikenali sebagai Zul Roy di kediamannya di Bagan Datuk, Perak.
Perkara ini dikongsikannya sendiri di laman Instagram miliknya dengan berkongsikan beberapa gambar sekitar majlis berlangsung dan sekaligus meluahkan kesyukuran semuanya berjalan lancar dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi.
“Alhamdulillah.. selesai majlis pertunangan,” tulisnya yang memuat naik foto memaparkan seorang wanita dipercayai bakal ibu mentuanya memakaikan gelang kaki sebagai simbolik sudah mengikat tali pertunangan.
Dalam perkongsian lain, wanita berumur 34 tahun ini terdapat juga foto Norfarrah Syahirah dan pasangan duduk di atas pelamin yang mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau lembut dengan kapsyen ‘One step closer’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah susulan berita gembira itu selain mendoakan dipermudahkan segala urusan untuk ke jenjang pelamin.
Menu ini popular di kebanyakan kafe hipster. Resipi yang dikatakan berasal dari Sepanyol ini merupakan kudapan ringan untuk minum petang atau waktu bersantai.
Sekali pandang ianya kelihatan seperti cakoi, tetapi ternyata ia tidak serupa. Ada juga menyamakan hidangan ini seperti cream puff kerana bahannya hampir sama tapi jika diperhatikan teknik menyediakannya sedikit berbeza. Jika cream puff dibakar, churros pula digoreng seperti donut.
Untuk ibu-ibu yang tak tahu nak masak apa minum petang nanti, jom cuba resipi ini. Jom semak resipi ini:
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan mentega
½ cawan tepung
¼ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk penaik
2 butir telur
CARA MEMBUAT:
Rebuskan ½ cawan air di dalam periuk kecil.
Masukkan mentega di dalam air mendidih.
Masukkan tepung ke dalam periuk dan gaul sehingga doh menjadi seperti bebola dan tidak melekat kepada tepi periuk.
Letakkan doh ke dalam mangkuk pemukul kek.
Biarkan doh sejuk seketika.
Masukkan garam dan serbuk penaik ke dalam doh dan pukul.
Masukkan telur, sebiji demi sebiji ke dalam doh. Pastikan doh dipukul setiap kali telur ditambahkan.
Masukkan pastri doh ke dalam bag piping.
Tekankan doh ke dalam minyak panas sepanjang 6 inci.
Goreng sehingga pastri berwarna keemasan.
Taburkan dengan gula sejurus keluar dari minyak.
Enak dinikmati dengan sos coklat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.