
Anak-anak penyeri kehidupan suami isteri, walaupun karenah masing-masing boleh buat pening kepala, tetapi ia juga boleh menghilangkan segala rasa penat, duka dan masalah yang ada.
Melihatkan kebahagiaan keluarga kecil penyanyi Tomok ini membuatkan ramai yang kagum. Lebih-lebih pasangan ini memiliki anak-anak yang comel dan cerdik. Ada-ada sahaja perkongsian dari Tomok mahupun isteri yang membuatkan ramai kagum dan tak kurang yang terhibur.
Terbaru, Tomok berkongsi satu video bersama anak-anaknya. Dalam video tersebut kelihatan dua anak lelaki Tomok, iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman sedang membelek-belek jambang yang tumbuh di wajah Tomok.
Apa yang melucukan adalah, wajah mereka cukup teruja apabila menjumpai sehelai bulu jambang yang berwarna ala-ala keemasan.
Masing-masing menjerit kegembiraan kononnya si ayah kaya kerana memiliki bulu jambang berwarna gold itu.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur. Malah ada yang bergurau mengatakan selepas ini Tomok boleh jual bulu jambang emas itu.

Sumber: tomokofficial
“Saya Tak Malu Mengaku Tak Pernah Masak.” Liza Abdullah Pernah Belajar Buat Puding Karamel & Rojak Buah Demi Anak!

Liza Abdullah antara aktres hebat 80-an yang terkenal dengan bakat lakonannya yang sering kali meninggalkan kesan buat penggemar drama bersiri tempatan.
Mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan pada 1985.
Hampir empat dekad bergelar pelakon, pemilik nama sebenar, Norliza Abdullah tidak menyangka, pada usia ‘senja’, dirinya masih diterima peminat serta menjadi pilihan pengarah dan penerbit untuk berkarya.
Kerja keras demi membesarkan anak
Dia mengaku tidak pernah mengejar anugerah, sebaliknya memberi prestasi terbaik dalam setiap kerja dilakukan.
“Dengan bakat kurniaan Tuhan ini, saya beroleh rezeki. Tidak pernah terfikir mengenai anugerah.
“Saya ikhlas dan bekerja keras demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak.
“Saya percaya kalau ikhlas dan buat yang terbaik, orang akan cari kita. Biar nama kita meniti di bibir orang. Akhirnya, hasil kerja kita yang berbicara, bukan populariti yang datang dan pergi.
Ikhlas cari rezeki, glamour datang kemudian
Bukan soal bayaran sahaja, sebaliknya pelakon terkenal dengan watak Mak Leha ini tidak gemar berkongsi di media sosial.
“Saya berpegang pada prinsip tak perlu kongsi, tak kisah benda betul. Kalau rasa dikhianti, kena tipu dan sebagainya.
“Saya tak pernah break dalam bidang seni, mungkin kerana saya sentiasa buat yang terbaik dan juga berkat keluarga , orang ramai nakkan saya dalam bidang ini. pernah juga saya pernah cari kerja lain tetapi perancangan Allah lebih baik. Syukur kerana saya masih relevan kerana apa yang saya buat ikhlas kerana nak cari rezeki. soal glamour itu datang kemudian kalau kita buat yang terbaik.
“Ini rezeki Allah, sebab itu saya sentiasa all out dan tak ada istilah cincai dalam setiap watak yang saya terima tak kira kecil mahupun besar. Kita kena ada prinsip hidup, bila kita buat yang terbaik Insyaallah itu yang bantu kita kekal relevan.
“Alhamdulillah, sekali kita dah ambik atau terima bayaran saya takkan komplen dan anggap itu rezeki. walaupun sikit tetapi berkat. Kalau dapat sikit, jangan merungut tetapi usah war-war kerana itu melibatkan ‘maruah’ kita.
Syawal meriah dengan cucu sulung
Bercakap sambutan raya, akui Liza sekarang bertambah meriah dengan kehadiran cucu sulung.’
‘Kami sekeluarga ambil keputusan untuk beraya di Kuala Lumpur secara sederhana. saya sejak dahulu keutamaan adalah anak-anak. tidak kisah bab ganti baju kerana yang penting anak-anak. untuk diri saya sepasang jubah atau baju kurung sudah memadai.
Tak malu mengaku tak masak
Ditanya soal menu raya, sejujurnya Liza Abdullah tak malu mengaku tidak pernah masak untuk keluarga dan anak-anak.
“Baik ketika raya mahupun hari biasa. tetapi rezeki Allah, bekas suami saya keterer. Sekarang lagi mudah kerana boleh order secara online. secara tak langsung ini boleh membantu kawan-kawan lain yang berbisnes.
‘Cuma saya tahu, kalau masak mesti sedap. saya juga seorang yang mengikut sukatan sejak dahulu lagi. Tak pandai untuk agak-agak seperti orang lain. Waktu anak masih kecil, air tangan ibu ditagih. tetapi sejujurnya sebelum kahwin pun arwah ibu tak benarkan untuk saya masuk dapur.
Belajar buat puding karamel dengan arwah zaibo
“Tetapi saya pernah buatkan menu puding karamel jadi saya sempat belajar dengan arwah Zaibo. Selain itu, saya juga belajar buat rojak buah, anak-anak pun dah faham bahkan kalau saya masak maggi pun mereka sudah beria memuji sedap.
“Begitu juga ketika bersahur, saya bersyukur dapat anak-anak yang baik kerana kami bangun makan buah kurma sahaja kerana saya tak memasak.
“Lagipun waktu sahur saya tak praktikkan memasak. manakala untuk berbuka, kalau dapat teh tarik dan murtabak pun memadai. Cuma moreh, ada juga saya makan lebih.
Cara bawa diri dalam bidang seni.
Berbeza dengan zaman dahulu, kena faham tujuan masuk dalam bidang seni.Namun sekarang cukup mudah untuk dikenali tetapi tak bertahan lama.
“Saya jenis orang yang buat kerja bersungguh-sunguh. Saya buat kerja kerana duit. soal pencapaian atau anugerah itu saya tak pernah terfikir tetapi kalau dapat syukur. Kena ingat zaman sekarang nak jadi artis mudah sangat tetapi nak bertahan lama itu susah.
“Sebab itu kalau kita buat ikhlas, kerana nak cari rezeki dan memanfaatkan orang lain insyaAllah takkan ada masalah untuk bertahan lama,”tegas Liza Abdullah lagi.
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Padah Terlalu Tegas Dengan Anak, Anak Jadi Keras Hati. Perkongsian Bapa Ini Sungguh Bermanfat

Hakikatnya setiap ibu bapa ingin memberi didikan yang terbaik buat anak. Malah ada yang terlalu tegas dengan harapan agar anak mendengar cakap. Namun hakikatnya untuk jangka masa yang panjang, ia memberi kesan negatif kepada anak itu.Perkongsian, Mohd Fhais boleh jadikan iktibar bersama. Moga anak menjadi seorang yang mendengar cakap kedua ibu bapa.

Padah terlalu tegas dengan anak, anak jadi keras hati. Selalunya rania takut kalau kena denda tidur kat luar rumah tapi kali ni dia jadi berani pula.
Siap minta bantal dan selimut sekali seolah-olah memang dah redha nak tidur di luar rumah.
Kisahnya begini,
Soal belajar saya memang tegas. Kalau tak dapat buat memang kena marah. Jika masih berulang tak dapat buat akan kena denda baca di luar rumah, tidur di luar pun selalu juga cakap tapi tak pernah lagi di laksanakan.
Kali ni respon rania sangat berbeza. Seolah-olah dia melawan dalam diam.
Bila di suruh baca dia diam sahaja. Suruh macam mana pun dia tetap berdiam diri.
Berulang kali juga mata dia menjeling. Muka memang serius teruk. Mata tak berkelip langsung. Kita pula yang takut.
Papa dia ni pun tak mahu kalah. Tetap berkeras.
“Pergi tidur luar”
Dengan muka selamba, rania ambil bantal dan selimut dia baring dekat luar rumah. Tak berbunyi langsung.
2-3 minit lepas tu tak sampai hati tengok anak terbaring kat luar rumah. Di panggil masuk tidur dalam bilik.
Terkedek-kedek dia bawa bantal dengan selimut naik katil tidurnya. Masa panjat katil tu sempat juga toleh cakap, “nak susu”..
Pergilah kita buatkan susu dia, tak cakap apa-apa bagi susu lepas tu cium dahi dia.
Tiba-tiba terdengar rania menangis.
Ingatkan apa rupanya dia menangis kesedihan.
“Papa, rania minta maaf.”, Rania cakap sambil teresak-esak air mata meleleh.
Dengan tak semena-mena suasana tegang tadi dalam sekelip mata jadi sedih. Hanya dengan satu ciuman je, semua berubah.
Betullah apa yang Dr. Taufiq Razif duk ajar dalam ebook dia. Anak ni kalau kerap di marah, di teriak dan di terjah boleh berlaku gejala 3F.
✔️ Flight ( penakut )
✔️ Freeze ( kaku )
✔️ Fight ( melawan )
Depan mata tengok anak yang baru 5 tahun dah boleh melawan dalam diam. Ini adalah “defense mechanism” otak dia. Lain orang mungkin lain defense mechanism dia.
Daripada kejadian ini saya belajar bahawa anak saya ni perlukan lebih sentuhan, ciuman dan pelukan untuk didikan itu masuk ke hati dia.
Didikan guna kekerasan dan hukuman dapat juga beri kesan tapi didikan tu hanya berkerak di luar hati. Lama kelamaan hati boleh jadi keras.
Mohd Fhais
Taubat! Nak anak lembut hati ayah dulu kena lembut hati.
p/s : Kisah sebeginilah saya suka kongsikan dalam telegram saya supaya kita semua boleh belajar jadi ibu bapa yang lebih baik demi anak-anak.
Join je sini ? t.me/CoretanFhais
Suami! Nak Panjang Umur Kena Peluk Dan Cium Isteri Selalu. Tak Percaya, Jom Baca Ni!

Inilah petua paling mudah untuk sang suami nak panjang umur. Menurut satu kajian, peluakn boleh membuatkan seseorang itu panjang umur. Jadi, untuk anda bernama suami, jangan stres. Peluk isteri untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap hari mungkin membantu anda panjang umurnya sehingga lima tahun.
Fakta tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungkait antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Kajian mendapati, seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Oleh itu suami yang ingin isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
Hubungan seks dengan penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk kekal awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Fadhilat mencium suami
Apabila isteri bersalaman dan mencium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga jika dia kucup dahi isteri. Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami atau dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Fadhilat mencium isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Selain itu, anda juga boleh praktik tip ini jika mahu pasangan anda bahagia:
- Jangan kedekut untuk luahkan rasa sayang anda pada isteri. Lihat lah nanti betapa berserinya wajah mereka bila anda mengucapkan ‘terima kasih syaang’ atau ‘saya sayang awak’. lagi bagus kalau anda ucapakan ‘I Love U’. Perghhhh sampai ke telinga senyuman sang isteri!
- Penat macam mana sekali pun, jangan lupa untuk bergurau senda dengan pasangan anda. Mereka juga penat, jadi hilangkan rasa penat dengan mengusik pasangan baik dengan ayat power anda. Asah semula bakat mat romeo anda tu, mesti isteri suka!
- Usah malu untuk menzahirkan rasa sayang anda pada pasangan dengan pelukan dan ciuman. Jangan jadikan faktor usia untuk menghalang anda berbuat demikian, lagi tua lagi la anda patut tunjuk contoh betapa sayangnya anda pada pasangan. Sekali gus memotivasikan anak-anak dan menantu. Cuma janganlah melebih-lebih pula, karang ada aksi 18SX yang tak sesuai ditonton1