Sesekali sediakan hidangan istimewa dan cukup lengkap untuk keluarga anda dengan menyajikan menu Rendang Hati & Pedal Ayam Kacang Panjang. Istimewanya tentang juadah ini, ia merupakan hidangan seakan dua dalam satu. Boleh dijadikan menu utama ketika dimakan bersama nasi dan dalam masa yang sama sebagai hidangan sayur yang cukup berkhasiat.
RENDANG HATI DAN PEDAL AYAM KACANG PANJANG
Bahan – bahannya :
300 gm kacang panjang dipotong 2 inci
400 gm hati dan pedal ayam
2 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
500 gm santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar/ditumbuk :
20 biji cili api
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan hati dan pedal dengan mencampurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perapkan seketika.
- Setelah itu rebus hingga empuk dan dipotong kiub atau memanjang.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar/ditumbuk tadi beserta serai yang dititik sehingga garing.
- Apabila garing masukkan hati dan pedal ayam. Selepas itu, masukkan santan dan asam keping.
- Apabila hampir kering dan terbit minyak masukkan kacang panjang serta garam secukup rasa
- Siap untuk dihidangkan.
Kreadit : Resipi dibawakan khas dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar
Bila Peranakan Jatuh, Isteri Jangan Buat Main-Main, 5 Kesan Buruk Patut Wanita Tahu!
Proses berpantang selalu dipandang mudah oleh sesetengah wanita terutama wanita muda dan moden. Biarlah cara hidup kita moden asalkan rutin yang satu ini dijaga. Bukan itu siapa, tapi untuk diri kita sendiri terutama pada masa hadapan.
Wanita disarankan untuk berpantang sehingga enam bulan bagi memastikan mereka benar-benar cukup kuat dalaman dan luaran. Mungkin sesetengah wanita merasakan tempoh berpantang selama 44 hari itu sudah mencukupi.
Luka mungkin telah sembuh namun yang perlu anda tahu, kekuatan lama terutama kesihatan rahim dan sebagainya mengambil masa untuk dipulihkan.
Apa yang perlu anda tahu, peranakan yang tidak sihat, jatuh dan sebagainya mengundang banyak risiko dan kesihatan pada diri. Disebabkan itulah semua wanita perlu ambil tahu dan menjaga kesihatan diri sendiri.
Berikut merupakan kesan buruk akibat peranakan jatuh. Anda perlu tahu apabila mengalami masalah ini.
Gangguan Kencing
Wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse selalunya berdepan dengan masalah kencing yang pelbagai. Ada sesetengah kes yang kerap kencing tetapi ada juga yang sukar untuk kencing. Namun kes yang seringkali terjadi bilamana wanita gagal mengawal kencing terutama ketika batuk, bersih atau ketawa. Ini serius!
Gangguan Hubungan Intim
Apabila peranakan jatuh, faraj akan mengalami kelonggaran dan otot di sekelilingnya akan turut terjejas. Hal ini mengakibatkan kenikmatan hubungan intim menjadi terganggu.
Sakit Pinggang
Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seluruh kawasan pada bahagian bawah merasa sakit terutama selepas berjalan atau berdiri terlalu lama. Malah kesan daripada itu juga akan membuatkan sakit di bahagian pinggang.
Rahim Terkeluar
Untuk kes yang teruk, ada segelintir wanita yang rahimnya telah terkeluar dan ini menyebabkan kesakitan yang serius. Selain rasa sakit dan tidak selesa, ada juga kes yang terkeluar hingga terkena pada permukaan seluar dalam dan ini pastinya menyakitkan.
Jangkitan Virus
Bukan itu sahaja malah jika rahim terkeluar, mereka cenderung dijangkiti kuman di kawasan ini dan mengakibatkan berlakunya keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. Ini sudah semestinya buat wanita rasa tidak selesa dan terdedah kepada risiko
jangkitan lain.
Petua Elak Rahim Jatuh
* Kena berpantang dengan betul dan jangan sekali meninggalkan rutin berpantang seperti bertungku, berbengkung dan menjaga pemakanan
dengan tepat.
* Bertungku juga kena ada cara yang tepat supaya rahim cepat kecut dan pulih dengan segera.
* Harus berpantang makan dan elakkan daripada mengambil makanan yang dilarang. Ini sangat penting untuk segera sembuh dan menjaga
setiap urat.
* Ketika berpantang dan selepas tempoh berpantang (sekurangnya enam bulan), elakkan sama sekali mengangkat barang yang berat.
* Ambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dalaman tubuh disamping membekalkan susu yang lebih hebat buat bayi.
* Pastikan set ubat-ubatan untuk dalaman wanita diambil setiap hari sehingga tempoh berpantang tamat. Mengambilnya untuk tempoh
yang lama selepas itu amat digalakkan.
* Senaman kegel jangan diabaikan kerana ia mampu melatih otot-otot pelvik dan kawasan sekitarnya.
“Kita Tidak Tahu Kekuatan Sebenar Selagi Tidak Diuji.” Sebak Baca Perkongsian Nora Ariffin Ni!
Setiap insan tak lepas daripada diduga, namun ujian yang diberikan berbezza-beza mengikut kemampuan.
Penyanyi Nora Ariffin dalam perkongsiannya dilaman instagram telah memuat naik kata-kata nasihat mengenai ujian hidup.
Kata-kata nasihat yang menurut penyanyi Di Persimpanan Dilema ini adalah petikan yang diberikan diberikan oleh pakar motivasi terkenal, Prof Muhaya.
Menurut prof Muhaya, setiap ujian dan dugaan yang berlaku adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan dalam diri seseorang.
Beautiful reminder from bonda kita Dato Prof Muhaya.
Moga kita semua sentiasa husnudzan pada Allah swt.
Serta sentiasa istiqamah dalam ibadah kita pada maha pencipta.
Nora sebelum ini diuji dengan dugaan berat apabila kehilangan suami tersayang yang juga merupakan komposer terkenal Johan Nawawi. Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya.
Belum pun reda kesedihan kehilangan suami tersayang, Nora diduga lagi sekali bila mana anak keduanya, Aliff meninggal dunia pada 14 Disember 2019 lalu.
Perkongsian Nora itu mengundang sebak, malah ada antara warganet yang bersetuju dengan apa yang dimuat naik penyanyi ini.
Sumber: itsnoraariffin
Rehatkan seketika minda, jom cuci mata di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Diuji Dengan Kanser Prostat, Keluarga Kunci Kekuatan Dato’ Sri Nazir Razak Untuk Bangkit!
Bila sebut sahaja tentang penyakit kanser tentu bukan semua antara kita mampu menerima kenyataan andai disahkan diri mengidap kanser.
Apatah lagi penyakit kanser ini semua maklum sebagai penyakit yang merbahaya dan sering dikaitkan penghujungnya akan membawa penyebab kematian kepada pesakit.
Pun begitu, perlu difahami andai kanser ini dapat dikesan diperingkat awal, seseorang itu masih ada banyak peluang untuk pulih dan akhirnya bebas sepenuhnya daripada penyakit kanser tersebut.
Ini sebagaimana perkongsian eksklusif daripada Dato’ Sri Nazir Razak yang kini disahkan telah bebas daripada kanser prostat.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bertuah kerana kanser prostat saya dikesan pada peringkat awal sekitar bulan Oktober 2018. Saya tidak mengalami sebarang gejala.
“Kanser ini dikesan ketika saya menjalani pemeriksaan prostat sebagai syarat awal pembelian insurans. Saya menjalankan ujian di London dan memberitahu doktor saya ketika itu untuk menjadualkan pembedahan saya selepas saya pulang dari bercuti.
“Betapa sihatlah saya rasa pada masa itu sehingga boleh bercuti dengan keluarga!
Menceritakan lanjut pengalaman ini, nyata semangat Dato’ Sri Nazir untuk kekal positif dan tabah menghadapi ujian banyak didorong oleh keluarga tercinta.
“Apabila saya mendapat tahu yang saya menghidap kanser prostat, saya serta keluarga risau kerana ia diketahui bahawa kanser mampu meragut nyawa pada bila-bila masa, dah saya juga khuatir jika sesuatu tidak baik berlaku semasa prosedur pembedahan.
“Tetapi keluarga saya memberi semangat, terutamanya isteri dan anak-anak saya yang meyakinkan saya bahawa prosedur tersebut akan berjalan lancar dan saya akan cepat sembuh.
“Saya kekal positif sepanjang proses pemulihan dan mengikuti nasihat doktor seperti berhenti merokok, jaga makan minum, serta mendapat rehat yang secukupnya.
“Kanser ini telah memberi impak yang positif kepada gaya hidup saya sekarang.
“Sebelum ini, saya terlalu fokus dengan kerjaya saya di CIMB sehingga mengabaikan kesihatan diri.
“Kini, saya lebih memandang serius tentang kesihatan saya. Saya mengambil keputusan untuk berhenti merokok dan lebih kerap bersenam.
“Saya juga meluangkan lebih banyak masa bersama mereka yang tersayang dan menyedari betapa pentingnya orang di sekeliling saya seperti keluarga dan juga kawan-kawan rapat.”
Kaedah Rawatan
“Saya melakukan ujian ‘prostate specific antigen’ ataupun ujian PSA yang boleh dilakukan dengan ujian darah. Dari ujian itu didapati bahawa tahap PSA saya tinggi dan disyorkan menjalani MRI yang kemudian mengesahkan bahawa terdapat ketumbuhan di prostat.
“Selepas itu, saya menjalani prosedur biopsi yang mengesahkan bahawa ketumbuhan tersebut sudah tahap kanser.
“Hasil biopsi tersebut menunjukkan bahawa skor Gleason saya tinggi dan saya disyorkan untuk menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Oleh kerana saya melalui pemeriksaan awal, kanser tersebut masih dalam keadaan terkawal dan masih terhad pada kawasan prostat jadi barah tersebut dapat dikeluarkan. Dalam masa beberapa bulan, saya telah pulih dengan sepenuhnya.”
Lawan Kanser Dengan Gaya Hidup Sihat
“Saya cuba memakan makanan yang lebih berkhasiat dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi. Saya juga bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, tidak kira di rumah ataupun dengan di luar apabila bermain golf.
“Pada masa kini, tiada satu strategi yang dibuktikan berkesan untuk mengelak kanser prostat.
“Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kanser prostat, kita perlu mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat. Makanan seperti tomato, brokoli dan ikan adalah sangat penting untuk meningkatkan kesihatan prostat.”
Nasihat Dato’ Sri Nazir kepada golongan lelaki bagi mencegah kanser prostat.
1. Jangan melengahkan masa lagi. Jika anda mempunyai gejala seperti kerap membuang air kecil, sukar untuk membuang air kecil ataupun mempunyai nafsu berahi (libido) yang rendah, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
2. Walaupun anda tidak mengalami apa-apa gejala, anda harus menjalani pemeriksaan prostat yang berkala selepas umur 50 tahun dan ke atas.
3. Selain itu, jika anda mempunyai sejarah kanser prostat dalam keluarga terdekat, anda adalah dalam golongan yang berisiko tinggi dan wajar menjalani pemeriksaan prostat yang berkala dengan doktor anda.
4. Di Amerika Syarikat di mana ujian prostat kerap dilakukan, kemungkinan golongan lelaki mendapat kanser prostat adalah 10%. Ingat, hanya lelaki berisiko mendapat kanser prostate, dan mampu diselamatkan jika dikesan dan dirawat dengan awal.
Jangan lupa juga untuk saksikan Power Talk Fight Against Cancer pada 18 Nov 2020 secara live di fb Mingguan Wanita.