Curang dalam rumahtangga adalah satu ujian. Namun bagi penyanyi, Alyah, dia menyerahkan segala urusan rumah tangganya kepada Allah dan memohon agar hubungan mereka terpelihara.
Bahkan kata Alyah lagi, sepanjang lebih 10 tahun berkahwin dengan suaminya, Datuk Ramli MS, dia tidak pernah membuka dan memeriksa telefon bimbit suaminya.
Bagi Alyah, semuanya diserahkan kepada Allah SWT selain tidak pernah putus doa mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan rumahtangganya.
Ads
“Saya tak boleh nak jangka masa depan saya. Apa yang boleh dikatakan, saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal dia (suami) pun, kalau ada tetap ada,” katanya berkongsi.
Amalkan surah Al-Fatihah & Ayat Kursi
Tidak hanya berserah, namun kata pelantun lagi Kisah Hati ini lagi, dia turut mengamalkan ayat Kursi dan al-Fatihah sebelum mereka keluar bekerja.
Ads
“Jadi, saya selalu kalau suami keluar atau saya keluar (bekerja) saya memang tinggalkan Al-Fatihah serta ayat Kursi untuk dia.
“Itu saja dan yang ke depan-depannya, saya tak tahu. Itulah yang saya buat dan tanyakan pada emak saya.
Ads
“Saya juga memang tak pernah buka telefon suami dan saya pun tak pernah terfikir nak buka atau periksa sebab yakin Allah Maha Tahu,” ujarnya.
Meskipun suaminya sering bekerjasama dengan kebanyakan penyanyi wanita, Alyah percaya doa dan amalan serta aturan Allah adalah yang terbaik malah amat bersyukur rumah tangganya tidak berdepan dengan masalah.
Semalam tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai bekas suami penyanyi dangdut popular bertindak kejam apabila membelasah seorang wanita dipercayai isteri baharunya.
Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular semalam.
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.
Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.
Sementara itu, individu yang memuat naik video berkenaan berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.
“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.
“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.
“Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil,” katanya.
Risaukan apabila anak demam lebih tiga hari. Apabila bagi ubat demam, masih tidak kebah demamnya. Jangan ambil mudah mengenai ini, hanya dengan memberi ubat demam sahaja. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak–anak terutamanya kesihatan mereka. Jalan terbaik adalah segera membawa anaka berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
KENAPA PESAKIT PERLU BERJUMPA DOKTOR?
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.
Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini. Jom!
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Minta maaf jika soalan anda tidak berjawab di ruangan mesej. Anda boleh terus tulis pada ruangan setiap artikel. Saya akan jawab mana yang boleh.
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Fenomena filem Mael Totey The Movie (MTTM) masih lagi menjadi perbualan hangat di kalangan peminat filem melayu. Malah kini filem arahan personaliti media sosial, Syahmi Sazli telah mencapai kutipan paling tinggi kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari. Lebih membanggakan, apabila kos pembikinan MTTM yang menelan RM400,000 menggunakan kos sepenuhnya yang ditanggung sendiri.
Untuk makluman, jumlah itu mendahului kutipan nombor 1 Astro First yang dahulunya didominasi filem Polis Evo pada tahun 2015 dan diikuti filem Hantu Kak Limah (2018).
Biarpun telah menempa kejayaan yang menakjubkan, pengarah filem ini masih kelihatan dengan gaya yang sempoi dan bersahaja. Pakai T-shirt serta bertopi santai. Begitu juga dengan pasangannya, Anissa Faizul masih gaya yang sama, manis bertudung bawal tanpa solekan yang tebal tetap manis di padang mata.
Jelas perwatakan mereka dilihat menerusi perkongsian isteri, Syahmi Sazli yang membuat kejutan memberi hadiah papan tanda di premis perniagaan mereka.
Ikuti perkongsian pasangan sweet ini.
Favorite song with favorite person
Perempuan dengan suprise tak leh berpisahkan? Walau bukan dia penerima suprise tapi akan ada je suprise yang perempuan akan buat.
So, tadaaa~ Suprise new led box untuk bosmi. Sebenarnya Nissa nak buat signboard, lepastu bila fikir balik tak selesa pulak kalau Nissa je yang baru sebab bosmi nak guna signboard yang lama je. Then, bincang punya bincang dengan @uvprintstation, akhirnya keluarlah idea nak buat suprise led box Syahmi Sazli Production ni.
Boleh doh baba mung belajar wak suprise sekali ko bini mung ni
Dua tahun kami berkongsi office yang kecil & sekarang alhamdulillah masih berkongsi lagi tapi dengan lebih selesa.
Terima kasih suamiku menjadi tulang belakangku, sentiasa support apa yang bini buat walaupun tahun lepas ke laut cina selatan tapi tetap hadooo.
Kejutan buat suami
Terkejut dengan hadiah isteri.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat menyukai gaya pasangan yang kelihatan santai walaupun sudah bergelar jutawan dengan kejayaan filem pertama mereka.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.