Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan antara kita.
Apabila umur meningkat, penyakit ini mula menyerang, jika bernasib baik salah satu aje penyakit seperti darah tinggi.
Selain mendapatkan rawatan doktor, tidak salah kita mencuba petua untuk mengawal penyakit tiga serangkai ini.
Sebagaimana perkongsian wanita ini yang menggunakan petua yang didapatinya oleh seorang Dr daripada Thailand yang menggalakan amalan minum jus sayur.
Ads
Ikuti cara membuat jus sayur ini.
Ads
Sapa2 yang ada mak ayah adik beradik yang ada penyakit tiga serangkai WAJIB baca tau…sumber ilmu ni pun saya dpt dr seorang doc thailand yang mempunyai 6 penyakit iaitu darah tinggi, colesterol LDL tinggi, kencing manis, darah merah pekat,kegemukan dan buah pinggang rosak**kalau tahap smp kena cuci darah** sila rujuk doctor ya..dan beliau berjaya sembuh tanpa sebarang ubat..beliau hanya bergantung dengan benda natural je tau..ni salah satu tips beliau yang saya rasa mg berkesan iaitu bt jus sayur n buah minum sebelum makan..Dr Thailand Bagi Petua Buat Jus Sayur sebab apa kena minum sebelum makan..sebab usus boleh menyerap nutrien2 yang ada dalam sayur buah dengan lebih baik.. sayur apa nak guna?? jalan la tepi2 rumah tgk sayur apa yang ada apa yang korang suka makan..agak2 5 6jenis sayur yang korang suka..campak2 je dalam nisbah yang sama..yang bahagian sayur korang boleh tapis ambik air saja.. buah2 apa yang sesuai?? asalkan buah tu xmanis n xmasak ok..mcm epal hijau, kiwi, apricot,mulbery ke..jgn duk kisar buah nangka,mangga masak sudah..kencing manis nek nanya kawan satg..ikt selera tekak masing..bahagian buah korang JANGAN tapis ambik air plak..sbb buah2 ada kandungan gula..nant usus cepat serap gula tu..xbaik plak..doctor tu yang cakap.. ok tips lagi
Ads
.maybe korang xsuka kan bau2 sayur dan rasa dia..korang tambah garam sikit masa nak blend air tu..cek guna garam kasar..sbb rasa dia lebih berlemak..jangan buh banyak2 tau..pastu nak tambah selera lagi..perah la air lemon ka limau ka.. sayur yang korang duk makan masak bila terkena haba..panas2 nutrien dia almost hilang hbs cik oii..tu pn doc yang cakap tau..so nak makan mentah2 kunyah2 rasa xlalu kan..korang bt mcm ni lah.. yang syok xterhingga..anak cek minum telan sat ja habis..puas hati..xnak makan sayuq sangat..bik hang.. dah siap buat buh ka kat peti ais hangpa..minum sebelum nak makan nasi..nutrien kaw2 cik oii..yang penting..daging tu kurang2kanlah.. bt jus minum pagi2 pn lagi bagus kalau korang nak kurus.. terlebih terkurang pape..mohon maaf je..cuma nak berkongsi ilmu dengan kawan..selamat mencuba.
Penat, sakit dan sebagainya pasti akan dirasai oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak.
Di tambah pula dengan rasa tidak selesa dan rimas dengan keadaan tubuh. Ini menyebabkan wanita mahu segera untuk mandi dan membersihkan diri semahunya.
Soal mandi memang nampak mudah namun sebenarnya wanita bersalin juga kena tahu ilmu ini untuk diri sendiri. Jaga dalaman tubuh kita!
Menurut petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah, daripada Pewaris Perbidanan Melayu Asli, nak mandi juga kena ada caranya supaya badan kekal kuat dan hebat secara dalamannya. Mandi berlebihan pun kurang sesuai katanya.
“Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh. So, saya nak share cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.
1. Mandi waktu dhuha. Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit barulah mandi. Cuaca dah suam-suam. Kalau cara kak Ice, kalau masa tu memang musim hujan, sejuk memanjang, memang tak mandi la sepanjang hari tu. Key word dia, jangan lepas dah sedap mandi air suam… disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.
2. Mandi air suam-suam panas untuk badan. Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu.
cara mandi semasa pantang, cara mandi orang melayu semasa pantang, pantang selepas bersalin, pantang mandi semasa bersalin, tatacara mandi semasa berpantang
3. Untuk kepala…. WAJIB mandi air paip biasa. Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam.
4. Mandi jangan lama-lama. Paling lama 10 minit je.
5. Mandi orang pantang SATU baldi besar je. Bukan satu kolah. Satu gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas tu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup.
6. Mandi sehari sekali. Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus… tapi kulit tak anjal. Muka sembap.
cara mandi semasa pantang, cara mandi orang melayu semasa pantang, pantang selepas bersalin, pantang mandi semasa bersalin, tatacara mandi semasa berpantang
7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu. Dry cleaning. Ini kalau tak ikut pun tak apa. Anak no tiga, kak ice memang tak mandi masa minggu pertama bersalin. Rasa badan lagi selesa. Maksudnya fit. Tak mudah kena ketegur angin sejuk. Muka pun nampak firm cepat dari pantang anak pertama dan kedua.
So, inilah tip dan aturan mandi ibu dalam pantang. Cara bidan-bidan lama. Tak ikut tak dosa. Kalau ikut jadi lawa. Tepuk dada tanya jiwa. So bolehlah ibu-ibu dalam pantang berlawa sikit. Jangan lupa pakai pilis di dahi. Nampak manis keibuan giteww!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki peha yang besar merupakan antara ‘masalah’ utama bagi kebanyakan wanita. Mungkin atas faktor pemakanan yang tidak seimbang, rutin bekerja yang lebih banyak duduk, pengaruh hormon dan sebagainya.
Menerusi perkongsian oleh Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu, beliau berkongsi petua tradisional yang boleh diamalkan bagi menangani masalah peha besar ini hanya dengan jintan manis.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter Air
Cara membuat:
Rebus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
Info Ekstra!
1.Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan setiap hari, selama sebulan.
2.Ulang langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
3.Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.
4.Jangan lupa catat ukuran peha anda tu sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bukan itu sahaja, air rebusan jintan manis juga boleh membantu:
Buang angin dalam badan
Masalah mulut berbau
Kurangkan selera makan
Tingkatkan metobolisma badan
Cuci usus
Sakit-sakit sendi
Kurangkan Kolestrol
Tambah darah
Masalah Gemuk air
Banyakkan susu badan
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sakit kepala ini memang mudah sangat kita rasa, lagi-lagi bila berdepan dengan situasi stres. Tak disangka-sangka datanglah sakit kepala tu, terasa berat dan berpusing pandangan mata.
Meredakan kesakitan yang dirasa selain perlu mengambil ubat, sebenarnya anda boleh juga usahakan beberapa teknik ini yang dikongsikan oleh doktor untuk melegakan kesakitan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini dan bolehlah dicuba.
PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.
Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.