Tidur tak nyenyak, bermain tak selesa, semuanya kerana gara-gara asma yang menyerang anak kecil kita. Malah ada diantara anak-anak kita yang terpaksa bergantung kepada pemakaian inhaler bagi melancarkan pernafasan mereka.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, menjaga pemakanan anak disamping meningkatkan imuniti tubuhnya dapat membantu anak sembuh dalam masa setahun.
Kuncinya adalah dengan mengelakkan beberapa perkara dan makanan-makanan tertentu. Jom ikuti panduan yang dikongsikan oleh beliau.
Tips anak sembuh asthma sepenuhnya dalam setahun.
Kalau buat semua tips ni, perubahan kita boleh nampak dalam masa sebulan je, insyaAllah. Anak saya hampir didiagnos asthma. Doktor pakar dah bagi inhaler untuk guna di rumah.
Saya strict dengan makanan anak dalam tempoh 6 bulan, untuk pastikan anak betul sembuh dari asthma. Dan masih teruskan dengan pemakanan macam ni sampai setahun.
Dah tak ada episod batuk malam lepas 1 bulan buat semua ni. Dah tak ada cerita batuk berpanjangan lebih seminggu. Dah tak ada kisah pergi klinik jam 3 pagi untuk neb. Dah tak ada drama tak tidur malam risau tengok anak dada berlekuk dan wheezing. Alhamdulillah, Allah lorongkan jalan dan izin menjadi.
Ads
Saya pulangkan inhaler pada doktor, sebab anak tak pernah guna sepanjang doktor prescribe. Nak anak sembuh sepenuhnya dari asthma, tak perlukan modal yang banyak pun sebenarnya. Cuma modal dari segi masa dan effort ibu ayah je, ini yang kena sangat-sangat tinggi.
Ada banyak kaedah rawatan untuk sembuh dari asthma. Yang saya share, ini yang saya buat. Dan alhamdulillah Allah izin menjadi untuk anak saya sembuh sepenuhnya dari asthma.
1. Stop terus semua makanan tinggi proses. Makanan dalam pek, dalam tin, yang tahan sampai 2 – 3 tahun, saya stop beli. Tinggi proses, tinggi pengawet dan aditif.
2. Banyak bagi real food. Stok buah sebagai snek kat rumah masa tu. Cari buah yang anak tak batuk bila makan. Makan nasi sebagai makanan utama.
Ads
Buah naga, epal, jambu, nasi, keledek, carrot, brokoli, ikan, ayam. Banyak je makanan anak boleh makan sebenarnya kan.
3. Tak ada roti dan susu di rumah. Saya pastikan tak ada langsung dua makanan favourite anak-anak yang ini. Tak akan sesekali beli roti di kedai, buat sendiri kat rumah pun tak.
Cekodok, cucur bilis, apa-apa yang perlu guna gandum, pun saya stop kejap dari anak. Mee, spageti, pasta, semua ada gandum, saya stop jugak bagi anak. Atau ganti versi gluten free.
4. Banyak masak sendiri di rumah. MSG tak dapat elak bila anak makan di luar. Bahan makanan yang trigger anak batuk, saya tak dapat kawal bila makan di luar. Jadi saya cuba masak setiap hari walau menu hanyalah ikan goreng dan sup sayur.
5. Tidur kualiti. Pastikan anak tidur sebelum 10 malam. Tidur bantu kuatkan sistem imun anak.
Ads
6. Grounding Setiap hari bawak anak keluar main di luar rumah. Jijak tanah atau rumput tanpa kasut.
7. Sunning Tak ada hari berlalu tanpa bawa anak keluar untuk rasa cahaya matahari. Sunning kuatkan imuniti, baiki emosi anak. Sangat penting bila anak kerap tak sihat.
8. Bagi supplement dalam bentuk real food. Saya banyak cari supplement dalam bentuk makanan, tanpa gula dan tidak toksik. Sihatnya tubuh badan anak, bermula dari usus yang sihat, jadi beri makanan yang baik-baik pada anak asthma.
Antara yang saya pernah guna; – Minyak zaitun tinggi antioksida – Minyak kelapa bersifat antiradang – Air kelapa air detox sihat untuk anak – Baobab powder sumber vitamin C – Habbatussauda’ ibu kepada semua ubat – Almanna baiki usus – Madu bersifat antiradang – Magnesium flakes untuk imuniti – Essential oils yang support paru-paru
Kalau buat semua ni ubat kena makan ke?
Saya cadangkan, korang terus je rawatan dengan doktor yang merawat seperti biasa. Cuma, tambah 7 tips yang saya share, supaya anak bukan je terkawal dengan asthma, tapi terus sembuh sepenuhnya, tak perlu bergantung lagi dengan inhaler, insyaAllah.
Korang boleh try k, kalau dah buntu sangat macam mana nak urus anak asthma.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jangan buat main serangan gout ni. Rasa perit pada bahagian berkenaan membuatkan pesakit tidak dapat bergerak aktif segingga rassa berdenyut hilang.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi perkongsiannya menerusi facebook miliknya, beliau menjelaskan mereka yang pernah diserang gout, faham apa yang dikatakan gout. Rasa bengkakan pada sendi dihujung jari kaki. Berdenyut-denyut. Rasa sakit tak payah cerita lah. Sampai tak boleh tidur.
Gout adalah masalah keradangan pada bahagian sendi. Ia juga sebagai arthritis. Keradangan sendi ini disebabkan oleh tahap asid urik yang tinggi di dalam darah. Kebanyakannya melibatkan masalah sendi kecil seperti sendi jari kaki.
Asid urik terhasil dari metabolisma molekul purin dalam badan. Purin pula terhasil metabolisma amino asid iaitu daging yang kita ambil dalam pemakanan kita. Ini bermakna semakin banyak daging (yang mengandungi purin) yang kita makan, semakin tinggi tinggi asid urik kita.
Tetapi itu tidak menjadi masalah.
Asid urik selalunya dikeluar dari tubih kita melalui air kencing. Semakin banyak air kencing yang dikeluarkan (dengan meminum air kosong secukupnya), semakin banyak asid urik yang dikeluarkan. Kegagalan ginjal untuk mengeluarkan asid urik dalam air kencing menyebabkan pengumpulan asid urik dalam tubuh.
Jadi asid urik yang tinggi dapat diturunkan bila kita minum air secukupnya, dan mengambil makanan yang kurang purin.
Namun begitu, ada beberapa kes di mana pesakit mengalami serangan gout walaupun tahap bacaan asid urik normal. Ini kerana terdapat faktor keradangan (chronic inflammation) yang berada dalam tubuh.
Untuk pesakit gout, bukan saja saya mencadangkan untuk mengelakkan makanan tertentu, tetapi juga untuk melakukan beberapa perkara berikut.
MESTI AMALKAN
Menurunkan berat badan. Ini kerana pesakit yang obes selalu mengalami keradangan dalam tubuh. Faktor keradangan ini yang menyebabkan asid urik membentuk kristal. Sebab itu pesakit yang obes lebih mudah mendapat serangan gout walaupun tahap urik asid mereka normal.
Minum air secukupnya. Ini membantu lebih banyak asid urik dikeluarkan melalui air kencing.
Memilih makanan yang mrmpunyai karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar dan bijirin penuh.
Sayur-sayuran seperti ayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
Makanan dan minuman manis bergula yang juga mempunyai GI tinggi seperti kuih muih manis, roti dan kek juga harus dielakkan kerana ia meningkatkan tahap asid urik dalam darah.
Elakkan pengambilan lemak trans, seperti makanan bergoreng, marjerin, makanan berproses yang dijual dalam plastik dan tin. Elakkan lemak tepu seperti – daging merah, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak. Banyakkan pengambilan minyak sihat seperti minyak zaitun.
Pilih protein sihat iaitu daging haiwan tanpa lemak, telur dan kekacang.
Vitamin C dan vitamin E bukan saja membantu menurunkan paras asid urik tetapi juga mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh.
Kopi kosong tanpa gula dan susu sejat juga membantu mengurangkan risiko mendapat serangan gout.
Secara spesifiknya, bagi pesakit gout, saya cadangkan elakkan beberapa jenis makanan. Antaranya:
Organ dalaman haiwan seperti hati, paru, perut, jantung dan lain-lain. Ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
Daging merah: kurangkan pengambilan daging lembu, kambing dan haiwan berkaki empat yang lain.
Makanan laut: Tidak semua makanan laut dan ikan tidak sesuai untuk pesakit gout. Ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi. Ambillah ikan secara sederhana.
Kesimpulannya, sekali lagi dua faktor yang dapat menurunkan risiko mendapat serangan gout iaitu minum air kosong secukupnya dan ambil makanan yang mengandungi tahap purin yang rendah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: DrZubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendapatkan bentuk badan yang langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bimbang tersalah memilih produk pelangsingan, apa kata anda cuba resipi yang menggunakan air rebusan epal ini.
Selain bermanfaat untuk mengeluarkan angin dalam badan, mengurangkan kolesterol, ia juga membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan. Wow! Terbaik khasiat air rebusan ni.
Resipi air rebusan ini dikongsikan oleh Suttarat Wan Hanifah yang diperoleh daripada tukang urut yang kerap ditemuinya di salah sebuah resort di Satun, Thailand.
Jadi, untuk ibu-ibu yang nak kekal langsing dan sihat dengan cara tradsional, boleh la amalkan air rebusan epal ni.
Bahan-Bahan
5 batang serai diketuk
3 biji buah epal hijau dan dibelah dua
1 ke 1.5 Liter air
Cara-Cara
Masukkan semua bahan. Rebus sehingga epal menjadi lembik.
Seeloknya minum ketika suam.
Kebaikan
Keluarkan angin dalam badan.
Kempiskan perut.
Menurunkan berat badan.
Cepat kenyang
Awet muda
Kulit cerah
Mengurangkan kolestrol
Menhilangkan sakit badan/sakit urat
Sesuai untuk orang sakit lutut (amat disyorkan)
Menghilangkan sakit tumit.
Meringankan tubuh badan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila sakit kepala menyerang, semua kerja jadi tertangguh. Sakit yang tiba-tiba menyerang buat kita hilang fokus pada kerja-kerja kita. Kalau di rumah pasti ada bekalan ubat yang tersimpan kemas di dalam peti ais untuk meredakan
sakit.
Kalau berada di dalam kereta atau di pejabat pasti gelabah juga dibuatnya. Maklumlah ubat tidak ada, sakit pula makin berdenyut-denyut.
Jika tiba-tiba diserang sakit kepala, anda boleh ke kafe atau minta rakan belikan minuman jenis ini untuk meredakan sakit kepala anda. Kenali 5 jenis minuman ini yang bertindak meredakan masalah sakit kepala anda.
Kopi
Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Kafein yang terkandung di dalam kopi inilah yang bertindak sebagai bahan utama untuk meredakan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan tubuh.
Air Halia
Air halia atau teh halia mungkin membantu anda meredakan sakit. Halia bertindak membuang angin sekaligus meredakan masalah angin yang menyerang kepala. Jika anda muntah, sakit pasti kembali reda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress, penyebab kepada masalah sakit kepala ini. Minumlah secawan teh hijau panas. Sangat membantu!
Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dalam teh hitam ini mampu meredakan sakit. Tambahkan kepekatannya dan minumlah tanpa ragu-ragu. Angin juga akan dapat dikeluarkan dengan mudah.
Susu Halia
Secawan susu halia yang panas sangat membantu untuk meredakan sakit malah membuang angin dengan pantas. Sifat susu yang mengenyangkan juga buat sakit makin tenang dan terkawal. Jika terasa hendak muntah, itulah langkah sebaiknya untuk meredakan sakit kepala.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...