Kaunselor Ini Kongsi Tip Cara Nak Tegur Anak. Bukannya Membebel Atau Menjerit!

Share

Menjadi ibu bapa yang hebat, bukan suatu yang mudah. Jika tersalah mendidik anak-anak akan memberi kesan yang negatif kepada hidupnya. Dalam pada itu, ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak menjadi seorang yang hebat.

Melalui perkongsian oleh kaunselor Puan Farhan yang menjelaskan bahawa setiap ibu bapa harus bertindak untuk  memastikan anak-anak mengikut nasihatnya, bukannya hanya bercakap sahaja. Dalam istilah keibubapaan, ia dikenali sebagai konsep ‘kaki dulu, baru mulut.’ Ikuti penyelasannya mengenai konsep ini.

Kaki dulu, baru mulut.

Saya suka dengan satu konsep yang saya baca dalam sebuah buku parenting. Konsepnya adalah kaki dulu baru mulut.

Ha, mesti anda tertanya tanya kan. Konsep apa ni.

Sebenarnya, dalam menguruskan anak anak kita ni suka sangat menggunakan mulut kita sebagai senjata untuk memberi arahan kepada anak anak.

Tetapi masalahnya bila kita guna mulut kita sahaja kita akan cenderung untuk untuk menjerit, menjerkah dan berteriak saat bercakap dengan anak anak.

Katakan kita suruh anak pergi solat.

“Abang, pergi solat. Dah lewat ni, asyik je dengan televison tu”

Anak yang dengar tu sekadar berkata

“Kejap la buuuu….”

“Abang, pergi solat!!”

“Kejap la bu……”

Akhirnya….

Elak membebel

Anda membebel tanpa henti dan kemarahan anda pun meluap luap.

Tapi, anak anda masih tidak berganjak. Paling tidak pun dia lari masuk bilik sebab bosan kena bebel kan.

Jadi, sebab itulah pentingnya konsep kaki dulu baru mulut tau.

Maksudnya, sebelum kita nak tegur atau suruh apa apa kita pergi dekat dengan anak.

 

Dari menjerit dan jerkah anak anak, lebih baik anda pergi dekat dengan anak dan barulah anda beritahu apa yang dia perlu lakukan.

Kalau anak tengah main , selesaikan permainan dia dahulu. Kemas apa yang patut.

Kalau anak tengah tengok tv, tutup dahulu television dan barulah anda beritahu apa yang perlu dia lakukan.

Kalau bab solat, pergi dekat anak untuk ajak mereka solat bersama sama.

Gerakkan kaki anda dulu ya.
Kaki yang bergerak dekat dengan anak anak itu akan membantu setiap mesej di terima dengan lebih baik.

Itu juga jadi contoh kepada anak anak tau.

Bayangkan kalau kita terbiasa menjerit kepada anak anak bila nak suruh sesuatu, mereka juga akan terbiasa bercakap begitu dengan anda.

Bayangkan akan menjerit minta nasi

“Ibu!!!!!! Nak nasii, lapar!”

Sedap tak dengar anak cakap begitu?

Tak kan?…

Jadi, bila mahu bercakap dengan anak anak,anda pergi dulu dekat mereka insyaAllah mereka juga akan amalkan begitu.

Semoga menjadi panduan bersama dan menjadi ibu bapa yang hebat!