“Alahai, malunya nak buat ujian pap smear ni, boleh tak tak yah buat? Lagi pun saya ok, tak ada sakit apa-apa pun. Lagi pun selepas kelahiran anak pertama dulu saya pernah buat sekali, ini anak dah masuk tiga, tak perlulah kot, sekali cukuplah ye….”
Mungkin ini antara alasan yang diberikan oleh ramai wanita bila diminta untuk melakukan ujian pap smear. Sedangkan ujian ini sangat penting untuk dilakukan, lebih-lebih lagi inilah salah satu cara untuk dapat mengesan kenser pangkal rahim diperingkat lebih awal lagi, jika ada.
Menurut perkongsian info yang diberikan oleh Dr. hawa Fatimah, My Health Clinic Pekan & Kuantan bahawa Di Malaysia, sebanyak 60% kes kanser pangkal rahim di kesan apabila penghidapnya sudah berada di tahap 3 dan 4. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan betapa kurangnya kadar keprihatinan rakyat Malaysia terhadap bahayanya kanser pangkal rahim.
Sangat dukacita jika kanser serviks dikesan terlalu lewat sedangkan terdapat kaedah saringan awal iaitu Pap smear. Pap Smear adalah proses pemeriksaan, pengesanan dan diagnosis awal tisu serviks yang diperlu dijalankan setiap tahun. Melalui pemeriksaan Pap smear, pengesanan awal kanser serviks bukan sahaja mudah, malah ia dapat cepat dan selamat.
Ads
Walaupun pemeriksaan Pap smear adalah mudah, selamat dan tidak menyakitkan, namun masih ramai antara masyarakat kita yang memanandang mudah perkara ini dan sering mengabaikannya. Bayangkan, statistik dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyatakan 11.9% wanita enggan melakukan pemeriksaan Pap smear kerana alasan takut dan 6.9% wanita pula memberi alasan malu untuk melakukan pemeriksaan tersebut.
Oleh kerana alasan-alasan tersebut hanya 2 daripada 5 orang wanita Malaysia melakukan Pap smear secara berkala. Pemeriksaan Pap smear disarankan pada wanita berusia 21 tahun ke atas yang aktif mengamalkan hubungan kelamin. Jika hasil pemeriksaan didapati normal, pemeriksaan Pap smear dapat diulang secara berkala setiap 3 tahun sekali sehingga monopause. Namun demikian, jika keputusan tidak normal, beberapa pemeriksaan lanjutan akan disarankan demi memastikan sama ada terdapat sel kanser ataupun hanya jangkitan kuman.
Ads
Jika anda merancang untuk melakukan pemeriksaan Pap smear, pastikan
Anda tidak sedang mengalami menstruasi
Elakkan penggunaan sebarang douche
Elakkan melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pemeriksaan Pap smear dijalankan.
Hadirlah untuk berbincang dengan doktor anda tentang sebarang masalah yang sedang anda hadapi ketika itu, contohnya seperti kehamilan, keputihan yang tidak normal, jangkitan kuman air kencing, penggunaan alat/ubat perancang keluarga atau apa sahaja masalah sakit puan yang dihadapi sebelum ini.
Keputusan pap smear boleh didapati dalam beberapa hari sahaja dan anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk penerangan lanjut. Jika negatif atau normal, ini bermaksud sel pangkal rahim anda berada dalam keadaan sihat dan tiada sel kanser dijumpai. Namun demikian, jika keputusannya adalah positif atau tidak normal, ini bererti terdapat kelainan pada sel pangkal rahim anda. Walaupun tidak normal, tidak bererti anda menghidap kanser pangkal rahim.
Jangkitan kuman pada pangkal rahim misalnya oleh chlamydia, candida ataupun gonorrhea, boleh menyebabkan sel pangkal rahim meradang dan memerlukan rawatan segera. Sesudah dirawat, sel pangkal rahim boleh kembali menjadi normal. Sesudah rawatan selesai, doktor anda akan menjadualulang pemeriksaan pap smear bagi memastikan sememangnya tiada sel-sel kanser pangkal rahim.Jika terdapat tanda-tanda kesihatan, segeralah bertemu dengan doktor anda bagi menjalankan pemeriksaan pap smear sebelum terlambat.
Ads
Ekstra Tips
Selain melakukan pap smear sebagai usaha menyaring kanser pangkal rahim, pengambilan vaksin HPV yang ditawarkan.
Amalkan gaya hidup yang sihat seperti menjauhi rokok, amalkan hubungan kelamin yang selamat, elakkan bertukar-tukar pasangan.
Amalkan pemakanan yang sihat.
Perlu bersenam.
Dapatkan berat badan yang ideal bagi mengurangkan risiko kanser.
Ingatlah bahawa didiagnosis sebagai penghidap kanser bukanlah hukuman mati. Dewasa ini, dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden mendapati berbagai-bagai cara dan usaha boleh diambil bagi mengawal dan merawat penyakit ini sehingga penghidap kanser masih mampu untuk hidup seperti biasa.
Oleh itu, saringan dan pengesanan awal kanser pangkal rahim sangat penting. Konsult doktor anda sekarang bagi maklumat yang lebih jelas tentang kanser servik dan bagaimana anda boleh mencegahnya.
sumber : DR HAWA FATIHAH, MY HEALTH CLINIC PEKAN & KUANTAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebanarnya terdapat pelbagai jenis emas yang dibeli untuk dijadikan perhiasan diri.
Umumnya emas yang paling popular kita dengar ialah emas 916 atau 22K.
K yang dimaksudkan itu adalah (KARAT) iaitu dikaitkan dengan ketulenan mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas tersebut.
Memahami lagi tentang serba sedikit jenis-jenis emas sebelum membeli, menurut perkongsian wanita ini selain hanya melihat pada rekaan dan harga emas ada bagusnya agar pembeli mengetahui serba sedikit makna tentang kod Karat emas tersebut.
Ini perkongsiannya.
Sekedar Tips ya kakak, jika mau beli emas, biasakan yang terpenting bukan modelnya tapi adalah KOD nya.
Misalkan emas 22 kodnya 700-750,
kalau tidak ada kod, jangan malu untuk bertanya. Tanyakan pada penjual, itu kadar berapa..?
Kod 375 di sebut mas 18karat (kadar mas nya cuma sedikit di bawah 50%).
Kod 420 di sebut mas 20karat tapi kadar nya lebih tinggi dari kod 375 (kadar mas nya di bawah 50%).
Kod 700 disebut mas 22karat (kadar mas 70%).
Kod 750 di sebut juga mas 22 karat tapi kadar lebih tinggi di yang berkod 700(kadar mas 75%).
Kode 916 itu disebut mas 23 (kadar mas nya di atas 75%)
Kode 99 itu disebut mas 24 karat (kadar mas nya 99%).
Perkahwinan ni ada fasanya. Lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.
Fasa pertama, masa beberapa tahun kita mendirikan rumahtangga. Ketika ini kita baru nak kenal siapa sebenarnya pasangan kita tu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, cara dia, tabiat dia dan paling penting lagi jika kewangan kita waktu tu “cukup-cukup makan”. Isteri yang bersusah payah dengan kita tu, yang pergi kerja naik motor, kena hujan basah sama-sama, yang tidur atas toto atas lantai mula-mula kahwin, yang sama-sama boleh makan maggi, kira duit syiling waktu tengah bulan dengan kita, itulah isteri dunia akhirat kita.
Hargai isteri yang sudi berkongsi hidup dengan anda. Pengorbanan dan kesetiaannya tiada bandingan malah mereka tidak pernah mengharap balasan. Sesekali memberikan hadiah sebagi tanda penghargaan tidak salah kan. Tapi hadiah bukan pengukur kasih sayang. Kena ingat tu. Bila last hadiahkan isteri barang kemas? Dulu masa mula-mula kahwin…Bila last beli baju baru, beg duit baru, kasut baru kat isteri? Raya tahun lepas…
Bila last bawa isteri jalan-jalan? Bila last bawa isteri keluar makan?
Tapi adakah semua tu penting untuk isteri? Orang pompuan ni, perkara yang paling penting bagi dia hanyalah untuk kita menjadi seorang suami yang baik, yang menunaikan nafkah, yang menyediakan makan minum secukupnya, yang tahu memahami dan menghargai untuk apa yang dia dah buat kepada kita…walaupun sekadar kata-kata sahaja…
Tak bagi barang kemas, tak beli baju baru, beg baru, tak bawa bercuti…tak apa, as long as jadi suami yang baik, tak curang, tak main pompuan lain, boleh buat keputusan untuk keluarga sendiri tanpa perlu mendengar kata-kata orang lain. Kalau tiap2-tiap bulan bagi barang kemas, tapi curang, kalau tiap-tiap minggu beli baju baru, tapi hala tuju keluarga semua orang lain yang tentukan, maka tak guna…harta benda tu takkan dapat mengubati apa yang dia rasa dan lalui sebagai seorang isteri…
Tak perlu jadi kaya untuk buat isteri bahagia, cukup dengan tahu apa yang sepatutnya seorang suami buat dalam rumahtangga…itu dah cukup untuk dia.
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.
Seorang lelaki bernama Syuhaib Mun telah berkongsi kisah isterinya yang diserang strok sehingga hilang ingatan.
Aku bekerja sebagai service technician yang miliki segalanya, ada seorang isteri yang baik dan dua orang anak yang menghiasi hari-hari kami. Bagi aku, hidup sederhanaku ini lebih dari cukup, aku bersyukur. Isteriku juga bekerja, Munirah namanya, dia merupakan sales associate.
Gambar : Syuhaib Mun
Aku melihat dia tersenyum tapi senget sebelah kiri
Hari itu tidak seperti selalu, masih aku ingat, mustahil untuk aku lupa. 12 Januari 2019, ketika itu waktu Isyak, Munirah masuk hendak pergi ke bilik air, tapi ketika sampai di pintu, dia jeda. Hanya diam tak berkutik sedikit pun, hanya berdiri di situ. Aku memandangnya, aneh melihat perilakunya.
“Aku melihat dia seolah-olah tersenyum tapi senget ke sebelah kiri. Aku penasaran, apa yang lawaknya? Kenapa dia tiba-tiba senyum sebegitu?”
Aku yang waktu itu sedang melayan kerenah anak-anak terus menerus bertanyanya. Munirah melangkah ke arahku, tepat ke arah sofa tempat aku duduk. Aku tak putus asa, pelik melihat gelagat dia yang tersenyum kidum. Aku memandangnya, tapi kali ini aku terkejut, aku lihat air liurnya sudah mengalir jatuh ke bawah. Aku terkejut!
Aku lantas menghubungi ambulans dan dibawak ke Hospital Bukit Mertajam. Saat berada dalam ambulans, isteriku seolah-olah tidak mengenal diriku. Aku risau, benar-benar gundah. Setahu aku sebelum ini Munirah tidak pernah ada masalah darah tinggi atau kolestrol. Malah, beliau juga takda komplikasi sewaktu bersalin.
Gambar : Syuhaib Mun
Tak sanggup lihat isteri kesayangan bersedih
Memang Allah sahaja tempat aku mengadu, waktu keputusan MRI keluar, doktor maklumkan bahawa main arteri Munirah tersumbat. Hampir aku terduduk, doktor kata:
“Muscles untuk pembuangan air kecil tak berfungsi, tangan , kaki tak boleh bergerak, malah keadaan (penyakit) ini turut memberi kesan kepada memori dan kemahirannya untuk menulis, membaca dan bercakap.”
Ya Allah, Puas aku usaha dan tawakal kepadamu. Aku cuba buat apa yang termampu. Sekarang dia hanya mampu untuk mumbling atau humming sahaja. Aku sendiri tak sanggup melihat isteri kesayanganku bersedih.
Pernah satu haritu dia mintak aku lepaskan dia, mengucap panjang aku!
Bayangkan dia seorang wanita yang cekal dan kuat, tetapi setelah diduga begini, dia seakan-akan putus asa. Aku pandang dia, aku cakap,
“Kau isteri aku, tanggungjawab aku, aku kawin dengan kau sebab Allah, selagi aku bernafas, Insyallah sampai ke akhir nyawa aku pun, aku akan tetap jaga kau
Cuba ingat, belajar huruf ABC dan 123.
Lepas je aku cakap macam tu, alhamdulillah dia langsung tak pernah sebut dah pasal benda tu. Aku nampak dia makin bersemangat, fizikal dia pun semakin lama makin sihat. Cuma sekarang dia cuba mengingati, belajar huruf ABC dan Nombor 123.
Gambar : Syuhaib Mun
Syukur dikelilingi orang yang membantu
Tapi macam aku bersyukur, cukup bersyukur dikelilingi orang yang membantu, memberi sokongan dan Allah sentiasa persmudahkan urusan aku. Syarikat Munirah beri dia cuti, cuma tanpa gaji. Mereka masih beri peluang untuk isteri aku pulih macam dulu.
Aku mintak, bulan-bulan puasa ni orang ramai doakan kemudahkan urusan aku. Moga kita semua dalam lindunganp-Nya.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.