Kaum Hawa Tengah Berehat Pun Otak ‘Ligat’, Perbezaan Otak Lelaki & Perempuan Ketika Berehat

Share

Kaum hawa memang terkenal dengan sifat multitasking berbanding lelaki. Otak mereka itu sentiasa ligat berfikir serentak dengan pergerakan. Ye la, waktu masak la nak jaga anak, fikir baju dalam mesin basuh tak sidai lagi, kiranya memang kena lah orang panggil super mom!

Tapi, sedar tak mak mak semua, bukan takat waktu sibuk je otak ligat fikir untuk buat itu ini, rupanya waktu berehat pun otak kita ni aktif juga tau!

Pernah hadapi situasi bila suami isteri duduk berehat tengok tv, si suami diam je menonton, tapi si isteri time tu la scroll cari barang online, tengok resipi itu ini, siap sempat panggil anak nak tanya itu ini. Sampai suami buka mulut, ‘nak tengok tv ke nak sembang?’ Opps!

Nak tahu apa perbezaan otak lelaki dan wanita ketika berehat? Jom ikuti perkongsian dari Dr Taufiq Razif di laman Facebook miliknya ini.

Cuba tengok perbezaan gambar otak lelaki dan otak wanita semasa mereka sedang BEREHAT.

Otak laki ni kalau tengah rehat, memang dia rehat habis. Kalau otak perempuan, kalau tengah rehat pun dia akan aktif.

Sebab tu wanita ni kalau tengah stress atau tengah penat, mulut akan makin laju bercakap. Kadang makin dia penat makin dia banyak menyembang.

Laki pulak annoying. “Eh awak bukan kata nak rehat ke? ” terpinga pinga si isteri sebab memang itulah cara KEBANYAKAN WANITA berehat. Kebanyakan tau, bukan semua.

So jangan marah isteri kita kalau lepas dia dah urus anak anak atau baru habis mengemas dapur tu dia duduk sebelah kita, dia bukak handphone sambil scroll Shopee tapi mulutnya terkumat kamit cerita bab zaman silam, zaman lampau, isu semasa, cerita muda mudi, cerita jiran sebelah dan bermacam lagi cerita.

Sebagai lelaki dan suami mithali, buat buatlah dengar sekalipun tak masuk otak pun apa yang dia sembangkan. Bagilah walau anggukan kecil sekalipuan tanda kita menghargai luahan hati si dia. Sesungguhnya ianya akan sangat membantu si dia untuk berehat dan ‘release tension’ dia kerana mendengarkan perbualan dan luahan hati pasangan adalah sejenis Listening Therapy.

Taufiq Razif
Suami bertelinga besi dan waja