“Katil Terapung Hanya Nampak Kepala Ayah, Anak Menangis Takut & Sejuk.”  Ibarat ‘Hidup’ Semula, Wanita Ni Kongsi Detik Cemas Terperangkap Banjir

Share

Dugaan penghujung Tahun 2021 benar-benar menyentap naluri kemanusiaan. Jerit pekik dan laungan orang meminta tolong hanya mampu didengari. Tak mampu berbuat apa-apa. Semuanya dilihat menerusi media sosial yang dimuatnaik mangsa Dan juga masyarakat sekeliling.

Semuanya berlaku pantas, banjir yang melanda berapa daerah Selangor benar-benar mengubah landskap naluri.

Salah seorang mangsa Roseanne Sein yang tular kisahnya berkongsi detik Cemas yang berlaku pada ahli keluarganya, terutama si ayah yang menghidap strok.

 

:: KASIH SAYANG ALLAH

Alhamdulillah syukur segala puji bg Allah. Maaf jika saya tak dpt reply angkat semua panggilan & msg. Saya rasa seperti ‘hidup’ kembali

Jam 3.40am xsalah kami diselamatkan oleh Bomba & pasukan penyelamat dengan menaiki bot. Kami di tempatkan di sekolah buat sementara waktu.

Sebak melihat ayah dan mak ketika air dah ke paras dagu. Tilam ayah dah terapung hanya tinggal kepala ayah kelihatan dari padangan saya. Sy terpaksa kuat dan terjengkit2 memeluk 2 anak saya ketika itu dan berdoa menanti bantuan dgn penuh sabar.

Hanya Allah saya yang tahu perasaan ketika itu. Adik2 dan anak saya dah menangis ketakutan dan terlampau sejuk sehingga saya terdiam kaku.

Hampir 5 jam juga terperangkap dalam banjir dan terkurung didalam rumah. Jika ajal menjemput ketika itu, saya redha asalkan ibu ayah dan anak2 dalam keadaan selamat. Saya masih lagi dalam keadaan trauma dan lesu. Kesemua barang2, kenderaan dn lain2 total lost namun kuasa Allah selamatkan kami kesemua.

Jutaan terima kasih buat rakyat malaysia atas doa, keprihatinan dan saluran bantuan utk membantu saya & keluarga semalam. Saya faham bantuan lambat sampai disebabkan halangan laluan ke lokasi. Terima kasih buat bomba, pasukan penyelamat dan NGO.

Once again, MUCH THANKS for everyone, semoga ALLAH merahmati & menjaga kita semua. Amminn Ya Rabbalalamin ❤

Love,
🌹ROSE ANNE
(Ayah, mak, izzati, nizam, addila, azizul, aryann & ayeesha)