Dugaan penghujung Tahun 2021 benar-benar menyentap naluri kemanusiaan. Jerit pekik dan laungan orang meminta tolong hanya mampu didengari. Tak mampu berbuat apa-apa. Semuanya dilihat menerusi media sosial yang dimuatnaik mangsa Dan juga masyarakat sekeliling.
Semuanya berlaku pantas, banjir yang melanda berapa daerah Selangor benar-benar mengubah landskap naluri.
Salah seorang mangsa Roseanne Sein yang tular kisahnya berkongsi detik Cemas yang berlaku pada ahli keluarganya, terutama si ayah yang menghidap strok.
Ads
:: KASIH SAYANG ALLAH
Alhamdulillah syukur segala puji bg Allah. Maaf jika saya tak dpt reply angkat semua panggilan & msg. Saya rasa seperti ‘hidup’ kembali
Jam 3.40am xsalah kami diselamatkan oleh Bomba & pasukan penyelamat dengan menaiki bot. Kami di tempatkan di sekolah buat sementara waktu.
Sebak melihat ayah dan mak ketika air dah ke paras dagu. Tilam ayah dah terapung hanya tinggal kepala ayah kelihatan dari padangan saya. Sy terpaksa kuat dan terjengkit2 memeluk 2 anak saya ketika itu dan berdoa menanti bantuan dgn penuh sabar.
Ads
Hanya Allah saya yang tahu perasaan ketika itu. Adik2 dan anak saya dah menangis ketakutan dan terlampau sejuk sehingga saya terdiam kaku.
Hampir 5 jam juga terperangkap dalam banjir dan terkurung didalam rumah. Jika ajal menjemput ketika itu, saya redha asalkan ibu ayah dan anak2 dalam keadaan selamat. Saya masih lagi dalam keadaan trauma dan lesu. Kesemua barang2, kenderaan dn lain2 total lost namun kuasa Allah selamatkan kami kesemua.
Ads
Jutaan terima kasih buat rakyat malaysia atas doa, keprihatinan dan saluran bantuan utk membantu saya & keluarga semalam. Saya faham bantuan lambat sampai disebabkan halangan laluan ke lokasi. Terima kasih buat bomba, pasukan penyelamat dan NGO.
Once again, MUCH THANKS for everyone, semoga ALLAH merahmati & menjaga kita semua. Amminn Ya Rabbalalamin ❤
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Lazimnya tidak sampai setahun usia perkahwinan, si isteri sudah mengandung. Alhamdulillah, syukur begitu mudah untuk pasangan tersebut mendapat zuriat.
Pun begitu tidak kurang juga ada yang bertahun-tahun terpaksa menunggu dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan anak, namun masih belum direzekikan cahaya mata. Walaupun berat menerima ketentuan itu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan perlulah bersangka baik dengan ketentuanNya.
Begitulah buat pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.
Menurut laporan di dalam H.Metro, Arash bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.
“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.
“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.
“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.
“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.
Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama Scammer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.
“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.
“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.
Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.
“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.
11 Ekor Kucing Anggap Macam Anak
Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.
“Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah,” katanya.
Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.
“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang. Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.
“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.
“Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu. Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.
Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.
Ramai yang gemar hidangan kuetiau. Makan panas-panas bertambah sedap. Asyik beli dikedai tentu sekali sekala ingin mencuba memasak sendiri.
Namun, bila dah cuba tak menjadi pula! Kuetiau yang digoreng jadi lembik, kembang dan hancur.
Apa kata cuba cara memasak sebagaimana perkongsian Yurni Emilia ini. Hidangan pun menjadi, jom cuba!
Tip asas buat goreng kuetiau
Selalu nampak ramai yang ada masalah bila mengoreng kuetiau. Di sini saya kongsi tip asas menggoreng kuetiau supaya kejadian kuetiau lembik atau hancur tak berulang.
1. Kena tahu kuetiau tak serasi dengan air jadi;
Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ia ditos kering cepat-cepat. Basuh pakai air paip saja, bukan dgn air panas Ada sesetengah basuh ada juga yang tidak. Saya basuh untuk leraikan kuetiau yang melekat.
2. Bila mengoreng, kena letak minyak lebih sikit.
3. Jika nak buat Penang style letak sedikit minyak bijan. Sikit saja sebab minyak bijan baunya kuat.
4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh, sos tomato/cili. Jangan masukkan air.
5. Tambah air jika nak buat char kuetiau banjir.
6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering terlebih dahulu sebelum digaulkan atau di kacau dengan kuetiau yang sedang digoreng.
Rasa leceh nak sediakan bubur untuk anak kerana memasaknya akan mengambil masa yang lama? Tak sempat nak masak pagi-pagi, sebab banyak benda nak urus? Tak sanggup nak bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk memasak bubur.
Mungkin ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu berkerjaya bila menyentuh soal penyediaan bubur nasi untuk anak kecil. Atas sebab ini juga akhirnya ibu mengambil jalan mudah dengan memberi makanan alternatif lain untuk anak. Pun begitu alangkah sayangnya jika anak tidak diberikan sajian bubur nasi yang menyihatkan.
Sebenarnya jika ibu-ibu tahu trik memasak bubur, pasti ibu selepas ini akan sanggup menyediakan menu bubur ini setiap hari kepada anak sebagai mana yang dilakukan oleh Puan Rozlyn ini.
Nak tahu bagaimana? Ini dia caranya….
“Disebabkan kak kiah ada baby sekarang ni so memang hari-hari kena masak bubur. Dulu-dulu masa takda baby lagi memang takda la nak ambik tau cara masak bubur ni. Google resepi bubur terjumpa pulak cara mudah masak bubur ni. So kak kiah share kat sini bagi newbie mommy maacm kak kiah yang tak tau lagi.”-Rozlyn
Untuk itu, bagi ibu-ibu di luar sana yang kini mempunyai anak kecil bolehlah mencuba teknik untuk menyediakan bubur yang lebih cepat seperti yang dilakukan oleh Roslyn ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Beras
Cara Buat :
Basuh & toskan beras macam nak masak nasi biasa.
2. Lepas tu isikan beras yang dah dibasuh ke dalam bekas kecik (utk baby) atau mana2 bekas bertutup yang kedap udara. Gambar ni sy sediakan 3 bekas utk baby sy utk penggunaan selama 3 hari. 1 bekas boleh mkn 2 kali. Lepas isikan beras dlm bekas, mommy boleh isikan air ke dalam bekas beras tu sampai beras tu tenggelam sepenuhnya seperti dalam gambar.
3. Dh siap isi air, letak bekas beras tu dkt bahagian freezer utk dibekukan. Biasanya waktu hujung minggu atau malam sebelum nk masak tu sy akan prepare beras beku ni. Biarkan semalam sampai beras jadi beku.
4. Bila nak masak bubur ambik 1 bekas beras & keluarkan beras beku dari bekas tu. Haaa mcm ni lah rupa beras beku bila di keluarkan dari bekas tu.
5. Ambik periuk isi air secukup rasa utk masak bubur. Campak beras beku tadi ke dlm air periuk. Beras beku ni x perlu defrost ya. Lps keluarkan dari bekas terus je campak masuk dlm periuk berisi air ni. Pasang api dan Masak sampai beras tu jadi bubur. Sy ambik masa dlm 10 minit masak bubur ni. Lps 10 minit mmg jadi gebu gebas bubur sy masak tu. Jimat masa & gas. Hihihi
6. Ni lah rupa bubur yg sy masak tu. 10 minit je uolls. Baby sy x perlu nk tunggu lama2. Tiap2 hari boleh masak bubur yg fresh utk dia.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.