Apabila usia sudah menjejaki 30 an, kaum wanita haruslah berusaha untuk menjaga kecantikan kulit agar tidak tua sebelum waktunya. Di waktu ini, tidak dinafikan ramai wanita sudah kurang menjaga penampilan dan kulit kerana sibuk dengan kerjaya dan juga keluarga.
Namun harus diingat, tindakan anda itu akan menjadikan anda menyesal di kemudian hari. Mungkin anda akan terlihat lebih tua dari usia jika tidak bertindak dengan lebih awal.
Wanita ini berkongsikan petuanya menjaga penampilan diri dan kulit agar nampak sentiasa gebu.
Jika berbicara soal perasaan, rasa gembira itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat-sangat bersyukur apabila dinobatkan sebagai juara.
Sejujurnya saya memang berharap untuk menang kerana sewaktu menyertai Nona Manis, saya terpaksa berbahagi masa disebabkan ketika itu saya menduduki peperiksaan akhir di universiti.
Jadi, kalau saya tak menang waktu itu maka usaha dan peng0rb4nan yang dilakukan memang tak berbaloi! Alhamdulillah, apabila kemenangan berada dalam genggaman, ia membuahkan hasil yang cukup membahagiakan.
Kehidupan saya berubah 360 darjah kerana saya memilih untuk mendalami bidang penyiaran dan bukannya lapangan undang-undang yang ditekuni kala di universiti.
Tidak kak. Peluang ini saya rebut memandangkan ada kekosongan. Saya juga perlu melalui tempoh percubaan selama tiga bulan bermula awal tahun ini. Alhamdulillah rezeki saya sudah ditentukan di sini dan saya dapat meneruskan tugas untuk tempoh setahun lagi.
Ya, saya cukup menghargai peluang yang diberi dan cuba untuk menikmatinya setiap saat. Walaupun tugas ini memenatkan sementelahan kerja tidak mengikut masa, masuk 9.00 pagi dan pulang sekitar jam 10.00 atau 11.00 malam (bergantung pada kerja yang perlu dilunaskan), namun saya puas. Saya berpeluang mempelajari pelbagai aspek penyiaran seperti suntingan, menyediakan skrip dan mengendalikan sebuah rancangan yang menjadi tumpuan sebahagian besar wanita di Malaysia.
Daripada segi pengacaraan, sudah tentu saya enjoy! Dan saya percaya jika ada minat, kita mampu memperbaiki kehidupan kita ke tahap yang boleh dibanggakan. Untuk terus berjaya dalam bidang ini, saya hanya mampu tawarkan kecintaan dan kemampuan saya sahaja, yang lain terserah kepada Allah SWT.
Masih muda dan memiliki kulit mulus dan cerah. Adakah anda berusaha keras untuk itu?
Saya tidak perlu bersusah-payah untuk memiliki kulit anjal dan gebu memandangkan usia masih muda remaja, hahaha… Sebenarnya tidak juga kak sebab kulit saya sering berdepan dengan masalah jerawat.
Apabila mengendalikan rancangan, bermekap itu wajib bagi saya. Jadi, kulit saya perlu dibiasakan dengan penggunaan mekap saban hari. Walau gebu dan cerah, namun saya perlu menjaganya sejak usia muda.
Apa petua kecantikan yang diamalkan? Mungkin ada petua yang diturunkan oleh ahli keluarga misalnya?
Saya memiliki kulit sensitif maka penjagaannya juga memerlukan kesungguhan. Saya lebih suka menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memelihara kesihatan kulit saya. Kalau boleh buat sendiri, saya buat misalnya pupur muka yang dihasilkan daripada madu. Produk cantik yang digunakan perlulah sesuai dengan jenis kulit saya dan masalah kulit yang mahu diatasi.
Selain itu, saya amalkan pengambilan jus tomato yang dikisar bersama buah-buahan seperti epal atau sayuran seperti lobak. Petua ini saya dapat daripada kakak saya, Umairah. Kulit dia memang cantik, macam kulit bayi.
Kini saya amalkan pengambilan jus ini sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Saya minum jus tomato sebelum ke tempat kerja. Ia bagus untuk detoks sekali gus mencantikkan kulit kita.
Bagaimana dengan penjagaan kulit?
Bagi memastikan kulit pada tahap terbaik, saya sentiasa pastikan solekan dibersihkan sebelum masuk tidur. Penat macam mana sekalipun, utin membersihkan sisa solekan perlu dilakukan.
Memandangkan kulit saya jenis bermasalah maka saya perlu menggunakan makeup remover daripada jenis berminyak kerana ia cukup efisien untuk menanggalkan solekan, kemudian barulah saya cuci muka menggunakan facial foam, lalu dioleskan dengan penyegar dan pelembap. Selain itu, saya tidak pernah lupa menyapukan krim tabir suria sebelum keluar rumah.
Bagaimana dengan penjagaan rambut memandangkan berhijab?
Walau berhijab, rambut tetap saya jaga biar berbau harum dan terurus. Saya cuci rambut selang dua hari sekali, itu pun paling lama ya! Saya juga amalkan mencuci rambut pada waktu petang atau malam (sekitar jam 6.00 petang dan ke atas). Ini kerana jika saya cuci pada waktu tengah hari misalnya, rambut saya jadi kering dan mengerbang.
Saya tak sukalah! Saya juga elakkan menyikat rambut ketika mahu mengeringkannya kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan kutikel pecah seterusnya membuat rambut rosak.
Saya turut menyapukan minyak Argan tulen pada helaian rambut bagi memastikan kelembapan dapat dikekalkan. Jika ada masa, saya buat sendiri masker rambut daripada campuran mayonis dan madu sementelah saya bukan jenis yang pergi ke salun.
Cantik itu seharusnya. Cantik secara keseluruhan iaitu luaran dan dalaman. Definisi cantik yang kita faham adalah cantik luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagi saya, cantik merangkumi ciri dalaman misalnya cara kita bercakap dengan orang dan bagaimana kita membawa diri.
Sumber: myinfomaya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI