
Kadang kita tidak perasan kata-kata kita tanpa sedar memberi kesan pada anak yang masih kecil. Perkataan negatif seperti bodoh, lembap, lemah dan sebagainya sebaiknya dielakkan.
Ia membawa kesan negatif pada anak dan jika tidak dikawal sebaiknya, anak boleh terngiang-ngiang hingga dia membesar. Bahaya.
Perkongsian dari Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini mak ayah kena fahami.
Dengan anak, walau macam mana pun jangan sesekali panggil,
– bodoh
– lembab
– lemah
– lembik
– tak pandai
Dan yang seumpamanya.
Orang lain panggil tak apa, tapi ibu ayah tak boleh. Jangan sesekali. Kita ni “Significant Person” pada setiap anak-anak.
Sangat berpengaruh.
Sangat kuat ikatan.
Sangat dipercayai.
Sangat dihormati.
Sangat penting pada anak.
Setiap perkataan kita akan memberi kesan yang mendalam. Jika baik yang kita sebut, maka beri kebaikan la pada anak.
Jika buruk yang kita sebut, maka beri keburukan la pada anak.
Sekali dah terlepas perkataan perkataan begini, percayalah sampai ke cucu cicit perkataan ini terngiang-ngiang di kepada anak. Aduhai.
“Makan Apa Sahaja Demi Bayi Comel & Gebu.” Suka Minum Milo Ais Tabur Waktu Hamil, Fazura Kongsi Tip Turun Berat Badan!

Seringkali wanita khususnya ibu yang melahirkan sukar untuk mendapatkan kembali bentuk badan selepas bersalin, demikian yang dilalui selebriti terkenal, Fazura.
Jujur mengakui, proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu.
Ketika mengandungkan cahaya mata sulungnya, Nur Fazura Sharifuddin mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga 76 kilogram (kg).
Namun, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu tidak putus asa sebaliknya cuba mengamalkan rutin sihat demi memiliki tubuh sihat.
“Saya berusaha (menguruskan badan). Antara lain mungkin sebab sibuk kadang terlupa makan. Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu. Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja.
“Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya lagi.
Isteri kesayangan pelakon Fattah Amin ini juga sering menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung.
“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar akan makan buah sajalah.
“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg. Bila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad.
“Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.
“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Jika Mahu Kunyit & Halia Segar Sehingga Dua Bulan, Wajib Ikut Petua Ini

Halia, lengkuas, kunyit antara bahan masakan yang cukup penting dan mesti ada di dapur. Walaupun digunakan dalam kuantiti yang ssedikit, namun rasa makanan lebih enak dan lazat.
Penggunaannya yang sedikit dan bakinya disimpan di dalam peti sejuk. Namun, disebabkan bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tidak boleh digunakan lagi.
Apa kata cuba petua dan cara yang betul penyimpanannya. Bukan sahaja dapat memastikan kunyit, lengkuas, serai dan halia ini masih elok dan segar. Bahkan boleh bertahan sehingga dua bulan dan boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut.
Cara-caranya:
- Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
- Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
Selamat Mencuba!
Sumber: Petua Ibu
“Buat Demi Perjuangkan Perkahwinan & Hak Saya.” 4 Tahun Rumahtangga ‘Diganggu’, Puteri Sarah Nekad Saman!

Kemelut rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bagaikan tiada kesudahan.
Terbaru, ibu kepada sepasang cahaya mata ini nekad dengan memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama.
Tindakan tersebut di ambil ke atas wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangga dan kehidupannya selama ini.
Dalam satu temu bual bersama Harian Metro, isteri kepada Syamsul Yusof berkata tindakan tersebut adalah jalan terbaik selepas empat tahun rumah tangganya diganggu serta demi maruahnya yang telah tercalar.
“Benda ni takkan jadi kalau pihak ketiga tu tak cabar saya. Dia kata bila nak saman, suruh peguam kau buat kerja cepat sikit. Jadi kami failkan dua saman.
“Empat tahun saya berdiam diri untuk bagi dia peluang. Kalau boleh saya tak nak selesaikan masalah ini di mahkamah dan biarkan satu Malaysia tahu. Tapi, sudah sampai ke tahap ini, saya rasa ia biadap,” katanya.
Sarah berkata lagi, sebelum mengambil tindakan tersebut dia juga mengakui was-was apatah lagi selepas memikirkan mengenai perkahwinannya dan keluarga.
Masa itu, saya masih fikir apa akan jadi pada saya, keluarga dan perkahwinan kami. Masa itu, saya mungkin tidak matang juga dan tidak nampak hala tuju.
“Selepas buat solat istikarah dan balik daripada umrah, baru saya nampak jalan. Saya buat untuk diri Sarah, keluarga saya. Sampai bila nak kena pijak macam ni?” luahnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata dia sangat lega berbuat demikian serta berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata mereka di luar sana yang senasib dengannya.
“Untuk wanita yang mempunyai masalah seperti saya, saya dah buka jalan untuk korang. Lepas ini, sesiapa nak ambil orang punya, boleh fikir-fikirkan dahulu. Saya nak pesan juga, dah ambil orang punya duduk diam-diam. Jangan dah ambil orang punya dok canang sana sini, nak kacau. Jangan kacau orang,” katanya.
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club