Kata-Kata Isteri Itu Adalah Doa. Cakap Baik-Baik Untuk Suami, Maka Rezeki Itu Melimpah Ruah!

Share

Sesungguhnya perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki. Maka apabila ikatan perkahwinan berlangsung sudah tentu keserasian itu makin utuh. Malah, setiap percakapan yang diluahkan oleh isteri itu sudah tentu kata-kata doa buat suami. Oleh setiap itu, perlu cakap baik-baik untuk suami.

Sebagaimana layanan yang baik oleh suami kepada isteri, akan memberi kebahagian tiada penghujung dan rezeki yang deras mengalir. Begitu juga dengan cakap-cakap isteri.

Perkongsian oleh Mohd Fhais ini ada benarnya, apabila beliau mengakui bahawa isteri harus berbercakap perkara yang positif supaya aura itu akan mengalir dalam keluarga misalnya rezeki makin bertambah. Ikuti perkongsiannya.

Semalam isteri cakap banyaknya duit abg

Ya la, mana dia tak rasa “macam” banyak kalau kad kredit dia rm2xxx saya bayarkan, bercuti di legoland hari tu habis rm1xxx saya support semua, satu sen pun tak minta duit dia.

“Alhamdulillah, rezeki syg”, ni kata saya pada dia.

Saya kata kat dia lagi.

“Semakin syg rasa abg banyak duit, semakin banyak la duit abg”

“Semakin syg rasa abg kaya semakin kaya la abg, insyaallah”

Biar pun dalam dompet ada rm1 dalam 5 keping, rm10 dalam 10 keping, asalkan isteri rasa kita kaya maka rezeki akan datang bergolek.

Percaya atau tidak, memang benar rezeki datang bergolek.

Isteri nak makan durian. Sejak dari mula raya lagi dia duk sebut sebut nak makan durian. Asal nak pergi cari je ada sahaja halangan.

Hah! Hari ni tup tup dapat durian 3 biji sekali. Percuma pula pemberian dari sepupu.

Rezeki nak datang, sekejap je.

Satu lagi rezeki dapat hadiah tunai dari AIA RM1000 kerana lepas target bulan mei. Ni tak termasuk elaun, gaji dan bonus lagi.

Bukan tu sahaja. Sedar tak sedar case yang saya dah buat untuk 3 bulan ni melayakkan saya pergi chiang mai, thailand, dream cruise ke hanoi dan ada beberapa lagi bonus akan datang.

Allahu, terlalu banyak rezeki melimpah ruah dapat lepas raya ni.

Berkat isteri rasa kita kaya, betul-betul Allah bagi kita rasa kaya. Wallahu A’lam,

Belanja isteri macam orang kaya, jangan terkejut orang lain lepas raya pokai kita rasa kaya raya.

Dengan itu, suami harus menghargai isteri dan isteri pula harus sentiasa cakap-cakap baik untuk memastikan rezeki mengalir tanpa rintangan. Inilah kunci kebahagian suami isteri kena alert.