Antara doa yang paling diangkat oleh Allah SWT adalah kata-kata daripada seorang wanita yang bergelar ibu. Setiap doa itu juga akan memberikan kesan kepada anak-anak sama ada baik atau buruk.

Dalam musim perayaan sekarang, pasti ramai akan dengar ayat seperti ‘anak saya ni nakal sikit’. Situasi begini selalu terjadi apabila tetamu yang datang bertandang bersama anak-anak kecil mereka.

Untuk pengetahuan para ibu, ayat yang digunakan tersebut kepada anak-anak akan mendatangkan kesan yang negatif kepada mereka tanpa sedar. Seperti yang dikongsikan oleh founder pakaian wanita, Umirah Taib, para ibu perlu menjaga kata-kata terutama terhadap anak.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan Umirah di laman Instagram miliknya, kata-kata seorang ibu adalah doa yang paling mustajab dan perlu berhati-hati terutama dalam menegur kesalahan anak.

“Kita kalau boleh mak-mak yang ada doa mustajab ke atas anak-anak ni janganlah kita biasakan sebut ‘oh anak aku ni nakal’, ‘anak aku ni degil’ atau ‘anak aku ni dia jahat sikit’,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa sebab yang perlu para ibu perlu sedar dan ambil secara serius.

Ads

 “Sebab kata-kata ibu itu adalah doa yang sangat mustajab dan apa yang kita sebut selalunya bakal terjadi.

“Yang kedua adalah jangan sebut perkataan tak baik kepada anak-anak sebab mereka akan paling percaya kepada ibu bapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Umirah atau lebih mesra dipanggil bonda Umirah itu juga memberi nasihat kepada para ibu bapa di luar sana agar sentiasa menjaga kata-kata yang dilemparkan kepada anak-anak.

Ads

“Jadi apa ibu bapa cakap tentang mereka itulah perkara yang benar bagi mereka. Jagalah kata-kata kita kepada mereka melalui orang lain, cakap yang baik-baik,” katanya lagi.

Sementara itu, Umirah sempat berkongsi cara yang sesuai untuk menjadikan teguran lebih positif.

“Cakap je tak payah buat tu, Fatimah ni budak baik kan?, Imah tak nak buat macam tu eh, okay good girl! give me 5.

Ads

“Haa tak perlu nak cakap ‘oh nakal degil’, tak perlu,” tambahnya lagi.

“Kata-Kata Ibu Doa Mustajab” Bonda Umirah Taib Seru Para Ibu Elak Perkataan Nakal, Degil Pada Anak

Sebelum ini Umirah yang merupakan isteri kepada salah seorang cikgu di MCPLUS yang pernah viral di suatu ketika dahulu juga sentiasa berkongsi pelbagai tips dan ilmu keibubapaan di media sosial.

Sumber: Instagram Bonda Umirah Taib

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI