Sebagai ibu sememangnya kita begitu mengambil berat bagi memastikan anak-anak ke sekolah di dalam keadaan kemas, bersih dan selesa. Pun begitu, ketika musim hujan seperti masa ini, bab mencuci kasut sekolah pada hujung minggu tentunya membuatkan ibu berada dalam serba salah.
Jika tidak dicuci, kasut anak yang putih kelihatan kelabu asap. Jika dicuci bimbang pula tidak kering sebab cuaca sekarang tidak menentu. Jika ditepek lagi dengan kapur, makin terasa tebal pula.
Jadi bagaimana dan apa cara anda untuk pastikan kasut anak anda putih bersih dan selesa dipakai pada minggu hadapan. Ikuti perkongsian bermanfaat ini!
“Nak share tips bersihkan kasut putih/sekolah (yang tidak perlu kapur) dan tanpa perlu basahkan kasut. Sesuai sangat untuk hari lembap dan hujan ketika ini.”-Farah
Menariknya juga menurut Puan Farah, melalui cara ini anda tidak perlu jemur , tidak perlu rendam kasut seharian degan clorox dan tidak perlu sental kuat-kuat sekali pun. Namun hasilnya cukup hebat, putih bersih!
Menarik bunyinya bukan? Jadi jangan susah hati kalau hari minggu ni cuaca mendung atau hujan. Kita cuba cara ini ya. Jom semak!
Bahan-bahan:
sebatang berus gigi lama
ubat gigi (x kisah jenama apa)
tisu basah atau kain lembap
Ekstra Tip :
Ubat gigi ini juga boleh diletakkan pada bahagian baju sekolah anak yang kotorannya agak degil. Caranya mudah, letak ubat gigi di bahagian yang kotor, sental sikit degan berus gigi dan barulah masukkan baju tersebut ke dalam mesin basuh dan cuci seperti biasa.
sumber : Farah Ieyra