Anak pulang dengan kasut kotor dan berlumpur memang buat ibu pening kepala melihatnya. Lebih-lebih lagi kalau musim hujan. Makin susah kasut hendak dikeringkan.
Bagi mengelakkan masalah itu, ibu-ibu harus lebih bersedia dengan petua dan ilmu untuk memantapkan diri. Selain mencari pencuci yang lebih power sekelip mata, ibu juga kena usaha lebih untuk menyental kasut yang kotor.
Kalau nak mudah, lagi jimat, ibu-ibu wajar mengikuti cara Rushima Yunus, yang berkongsi petuanya di facebook. Dia yang hanya menggunakan pencuci pinggan mangkuk sebagai alat pencuci terkejut dengan hasilnya. Jom ikut caranya.
Caranya:
1. Rendam kasut putih dengan air yang panas terlebih dahulu.
2. Biarkan direndam sekejap.
3. Masukkan pencuci pinggan mangkuk. Kocak dan biarkan ia berbuih.
4. Biarkan direndam semalaman.
5. Hasilnya kasut kembali putih dan tak perlu disental dengan ekstrem.
Hanya dalam masa lima minit, memberus secara konsisten, kotoran mula hilang!
Semoga panduan ini dapat menyelesaikan masalah untuk memastikan kasut sekolah anak-anak bersih dan nampak cantik tatkala digayakan ke sekolah.
Jenis fabrik kasut turut memainkan peranan untuk mengembalikan keputihan kasut tetapi tidak salah jika berkongsi panduan yang boleh mendatangkan manfaat bersama.
Selamat mencuba!