Kasihnya Ibu! Cari Komputer Riba Untuk Anak, Sanggup Gadai Gelang Emas Pemberian Suami Untuk Bayar

Share

Dah namanya ibu, cinta hati seorang anak sejak dari alam rahim hingga meningkat dewasa menjadi manusia. Insan ini yang tak senang duduk jika berlaku sesuatu pada anak-anak. Apatah lagi yang melibatkan masa depan mereka.

Itulah yang digambarkan buat pengorbanan seorang ibu ini yang sanggup menggadaikan gelang emas hadiah pemberian suami bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Kisah yang dikongsikan menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok itu dilihat seorang wanita memasuki ke sebuah kedai gajet lalu bertanya sama ada dirinya boleh membeli dan membayar komputer riba menerusi seutas gelang emas atau tidak.

Meskipun menangis teresak-esak kerana sayang untuk menggadaikan gelang emas pemberian suami, namun rela demi anaknya yang bakal menyambung pelajaran.

“Makcik nak cari komputer riba kat anak. Dah orang habaq (beritahu) ada jual kat sini, makcik mai (datang) lah kat kedai ni, nak tengok lagumana (bagaimana) bayaran dia.

“Kalau boleh tu, kalau cukup, nak beli cash (bayar secara tunai). Kita tengok dululah. Makcik kira nak bagi gelang sajalah kat cik (tuan kedai). Gelang ni, pakcik lah beli. Pakcik beli bersempena hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayanglah..

“Yang penting ni, dia nak belajar kan. Biarlah kita berkorban, nanti ada duit kita beli lain kan,”ujarnya dalam nada merintih sambil mengesat air mata.

Bagaimanapun, tuan kedai berkenaan menasihati wanita berkenaan untuk tidak menggadaikan gelang emas, sebaliknya memberi pilihan lain iaitu bayar secara bulanan menerusi permainan kutu.

“Kalau makcik nak tolak gelang, rasanya tak payah dululah makcik. Simpan, takut ada benda lagi penting nak beli. Saya rasa makcik join kutu.

“Kami ni, selain jual secara cash, kami buat kutu gajet juga. Kalau makcik nak bayar secara bulanan, bolehlah main kutu. Senang sikit nak bayar, tak payah keluarv duit seketul,”ujarnya.

@asiah1106 Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN
@asiah1106 Replying to @cikgu masni… PART 2 – Tak jadi tolak gelang sbb Sy ajak byr bulan bulan 😔 insyallah la nnti sya tolong bayarkan separuh dari harga asal niat sedekah utk dia terima kasih yg mana nak bantu 💓 #kutuasiah
#ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah #laptop #acer ♬ Seruling Sholawat Jibril – vmozjr

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ungkap rasa sebak dan tersentuh dengan pengorbanan ibu ini demi kelangsungan dan kesenangan buat si anak dalam menuntut ilmu. Malah menurut pemilik tiktok, ibu ini telah mendapat bantuan laptop dari seseorang.

Sumber: TikTok @asiah1106