Dah namanya ibu, cinta hati seorang anak sejak dari alam rahim hingga meningkat dewasa menjadi manusia. Insan ini yang tak senang duduk jika berlaku sesuatu pada anak-anak. Apatah lagi yang melibatkan masa depan mereka.
Itulah yang digambarkan buat pengorbanan seorang ibu ini yang sanggup menggadaikan gelang emas hadiah pemberian suami bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Kisah yang dikongsikan menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok itu dilihat seorang wanita memasuki ke sebuah kedai gajet lalu bertanya sama ada dirinya boleh membeli dan membayar komputer riba menerusi seutas gelang emas atau tidak.
Meskipun menangis teresak-esak kerana sayang untuk menggadaikan gelang emas pemberian suami, namun rela demi anaknya yang bakal menyambung pelajaran.
“Makcik nak cari komputer riba kat anak. Dah orang habaq (beritahu) ada jual kat sini, makcik mai (datang) lah kat kedai ni, nak tengok lagumana (bagaimana) bayaran dia.
Ads
“Kalau boleh tu, kalau cukup, nak beli cash (bayar secara tunai). Kita tengok dululah. Makcik kira nak bagi gelang sajalah kat cik (tuan kedai). Gelang ni, pakcik lah beli. Pakcik beli bersempena hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayanglah..
“Yang penting ni, dia nak belajar kan. Biarlah kita berkorban, nanti ada duit kita beli lain kan,”ujarnya dalam nada merintih sambil mengesat air mata.
Ads
Bagaimanapun, tuan kedai berkenaan menasihati wanita berkenaan untuk tidak menggadaikan gelang emas, sebaliknya memberi pilihan lain iaitu bayar secara bulanan menerusi permainan kutu.
“Kalau makcik nak tolak gelang, rasanya tak payah dululah makcik. Simpan, takut ada benda lagi penting nak beli. Saya rasa makcik join kutu.
Ads
“Kami ni, selain jual secara cash, kami buat kutu gajet juga. Kalau makcik nak bayar secara bulanan, bolehlah main kutu. Senang sikit nak bayar, tak payah keluarv duit seketul,”ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ungkap rasa sebak dan tersentuh dengan pengorbanan ibu ini demi kelangsungan dan kesenangan buat si anak dalam menuntut ilmu. Malah menurut pemilik tiktok, ibu ini telah mendapat bantuan laptop dari seseorang.
Buta sebelah mata dibaling mainan, pemuda 29 tahun kini OKU penglihatan. Harith Luqman Ismail dilahirkan sebagai individu normal, namun satu insiden tragis sembilan tahun lalu mengubah segalanya. Insiden tersebut berlaku apabila sebuah objek keras dilemparkan ke arah beliau, menyebabkan mata kirinya kehilangan fungsi penglihatan sehingga ke hari ini.
Buta Sebelah Mata Dibaling Mainan, Pemuda 29 Tahun Kini OKU Penglihatan
Sejak kejadian itu, Harith Luqman, 29, memulakan kehidupan baharu sebagai individu orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dan menerima takdir yang telah ditentukan untuknya.
Namun, Harith Luqman tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya. Beliau bangkit dan kini aktif menjalankan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis makanan di sebuah gerai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Mengimbau Detik Hitam
Mengimbau kembali kejadian tersebut, Harith Luqman menceritakan bahawa ia berlaku ketika beliau sedang pulang ke rumah selepas tamat semester pengajian di kampus.
“Waktu itu, seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membaling mainan kecil yang keras ke arah mata saya. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mendapati saraf di belakang mata kiri tidak lagi berfungsi. Pada mulanya, saya sangat sedih kerana mata adalah bahagian penting untuk berinteraksi dengan orang lain. Saya mula merasa malu dan hilang keyakinan diri,” katanya.
Kejadian itu turut memberi kesan kepada penglihatan mata kanannya yang menjadi silau. Akibatnya, beliau kerap mengalami sakit kepala, sukar memberi tumpuan dalam pelajaran, dan terpaksa berhenti daripada menyertai sukan, walaupun sebelum itu beliau sangat aktif.
Doktor turut memberi pilihan untuk membuang bola mata yang rosak atau mengekalkannya.
“Saya memilih untuk mengekalkannya, tetapi doktor mencadangkan penggunaan mata palsu. Lama-kelamaan, saya menerima takdir ini dengan reda dan bersyukur kerana mata kanan saya masih dapat digunakan untuk melihat,” ujarnya lagi.
Sokongan Keluarga dan Kejayaan Berniaga
Harith Luqman bersyukur kerana keluarga, termasuk ibu bapa, adik-beradik, dan rakan-rakan rapat, sentiasa memberikan sokongan moral kepadanya. Beliau juga berterima kasih kerana tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kekurangan dirinya diperlekehkan.
Kehidupan hariannya kini dihabiskan dengan sibuk berniaga di gerai. Walaupun pernah menganggur selepas tamat pengajian, beliau akhirnya menemui minat dalam perniagaan apabila ahli keluarga mengajaknya menjual minuman boba di tepi jalan.
“Dari situ, minat untuk berniaga mula timbul. Saya belajar dengan memerhatikan cara peniaga lain menjaga kualiti dan kuantiti produk mereka. Daripada pemerhatian itu, saya cuba mengusahakan perniagaan sendiri dengan menjual nasi ayam kunyit, daging kunyit, ayam ‘black mamba’ (nama ciptaan sendiri), dan daging dendeng. Alhamdulillah, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan sejak awal sehingga kini,” jelas Harith Luqman.
Inspirasi Untuk Orang Lain
Sebagai seorang OKU, Harith Luqman lebih suka berdikari dan tidak mahu menjadikan kekurangannya sebagai alasan untuk menagih simpati.
“Saya sebenarnya enggan berkongsi cerita ini, tetapi ramai yang bertanya bagaimana saya menjadi OKU. Disebabkan gambar saya sebelum dan selepas kejadian tular di media sosial, saya rasa sudah tiba masanya untuk bercerita agar dapat memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
Beliau juga bersyukur dengan sokongan positif yang diterima daripada orang ramai, termasuk mereka yang berkongsi pengalaman hidup masing-masing. Harith Luqman kini menyimpan impian untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan individu yang berguna kepada masyarakat.
“Apa yang saya harapkan hanyalah doa dan sokongan. Saya ingin terus maju dan mencapai cita-cita saya,” katanya mengakhiri cerita.
Kalau hendak dilihat zaman sekarang ini memang sangat mudah untuk kita membeli sesuatu berangan.
Tanpa perlu bersusah-susah untuk ke kedai membuat pilihan, kita juga boleh membuat perbandingan harga dan kualiti barangan yang dihajati.
Andai jika telah berkenan namun belum pasti untuk membelinya, kita siap-siap letak dalam Shopping cart. Beli masa untuk membayarnya kita putuskan kemudian setelah semuanya puas hati. Senang cakap memang mudah untuk berbelanja pada zaman sekarang ni, semuanya di hujung jari!
Begitulah yang dipraktikkan oleh seroang ibu di New Jersey Amerika Syarikat ini. Dia telah melihat perabot-perabot di laman web Walmart dan letakkan barang-barang yang dia berkenan ke dalam cart. Hasratnya untuk memiliki barangan tersebut bila tiba masanya.
Pun begitu, tanpa disangka-sangka ibu ini yang Bernama Madhu Kumar ni keliru dan terkejut apabila tiba-tiba satu per satu kotak yang berisi barangan sampai depan rumahnya.
Berdepan dengan situasi itu, wanita ini bertanya kepada suaminya dan dua anaknya yang lebih dewasa sama ada mereka ada membuat pembelian online bagi mengenal pasti siapa empunya barangan tersebut.
Namun apa yang lebih mengelirukan, tiada seorang pun mengaku ada membuat pembelian barangan tersebut.
Ini sekali gus mereka dapat meneka pasti anak bongsu mereka yang membuat pembelian tanpa sengaja kesemua barangan tersebut saat bermain telefon.
“Macam tak percaya dia buat ni, tapi ini apa yang berlaku.”
Keluarga ini telah menerima beberapa kotak barangan sejak beberapa hari, antaranya kerusi, tempat letak bunga dan barang-barang lain yang berjumlah lebih RM8,000.
“Disebabkan dia kecil, kami rasa dia comel dan kami hanya ketawa bila dapat tahu dia pesan semua benda ni.”
Menurut keluarga ini, mereka akan simpan beberapa pakej dan pulangkan yang lain supaya boleh dapat balik wang yang telah dibelanjakan.
Suami Madhu, Pramod Kumar mengatakan selepas ini dorang akan pastikan telefon dorang dikunci dan akan letakkan kata laluan yang susah supaya perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.
Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa lalu.
Dia yang kini berusia 44 tahun meluahkan rasa syukur dan terharunya atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
“Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang dan kakak.
“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun,” kongsinya.
Poyeng juga turut memohon doa dari semua agar cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sentiasa dilindungi malah dipermudahkan jalan hidupnya untuk membesarkan buah hati tersayangnya itu.
“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, Aamin,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan-rakan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan agar bayi kesayangan itu sentiasa dilindungi malah membesar dengan sihat.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.