Sesiapa yang biasa menaiki bas ekspres tentu sudah maklum bahawa perjalanan bas ini turut mempunyai jadual dan waktu perjalanan yang telah ditetapkan. Lantaran itu, penumpang biasanya akan datang awal untuk menaiki bas tersebut.

Pun begitu tidak dinafikan, dalam ramai-ramai penumpang tentu ada mengalami nyaris-nyaris tertinggal bas gara-gara lewat tiba di lokasi yang ditetapkan. Andai bas tersebut telah bergerak, lazimnya kita terpaksa membeli tiket baharu untuk menaiki bas yang berikutnya ke lokasi yang ingin dituju.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Namun berbeza pula keputusan yang diambil oleh bapa kepada seorang pelajar Pusat Asasi UIAM Gambang, Pahang ini .

Kasihnya Ibu Ayah Sanggup ‘Kejar’ Bas Hingga Ke Karak, Gara-gara Lewat Seminit!

Ads

“Salah kami mak ayah yang lambat sebab pagi tu ada tugasan kerja. Angkut anak dah awal-awal pagi dengan beg dia ikut pergi bertugas..tapi lalai terlajak masa,” ujar Puan Nerfetiti Ahmad Nordin bila ramai yang bertanya bagaimana boleh berlaku kejadian tertinggal bas tersebut.

Difahamkan menerusi perkongsian Puan Nerfetiti Ahmad Nordin di akaun TikToknya, bahawa pasangan suami isteri ini mengambil kesempatan membawa seisi keluarga di kawasan Bangi Lama , ‘bekerja sambil bercuti’.

Kasihnya Ibu Ayah Sanggup ‘Kejar’ Bas Hingga Ke Karak, Gara-gara Lewat Seminit!

Pun begitu perancangan untuk menghantar anak perempuannya menaiki bas dari TBS ke Pahang terlepas dek kerana terlewat seminit daripada waktu bas bergerak. Disebabkan hal itu,  Anuar Ibrahim Arope nekad mengejar bas tersebut hingga ke lebuhraya Karak.

“Akak google cari no tel HQ bas Bulan Restu bagi plate no bas untuk call driver minta tolong berhenti kejap ambil anak yang tertinggal bas tadi..

Ads

“Kami kalau kejar bas sampai terlepas exit genting sempah tu memang plan terus jelah hantar anak ke UIAM Gambang,’ jelasnya lagi.

Kasihnya Ibu Ayah Sanggup ‘Kejar’ Bas Hingga Ke Karak, Gara-gara Lewat Seminit!

Berkongsi lanjut situasi kalut tersebut yang akhirnya dapat mengejar bas dan menaiki bas tersebut di tepi lebuh raya sebelum hentian R&R Genting Sempah.  Setelah semuanya selesai, keluarga ini alang-alang lokasi berdekatan dengan Janda Baik, terus singgah di sana untuk menghilangkan penat semasa aksi kejar-mengejar  bas yang disifatkan seperti filem aksi SPEED oleh keluarga ini.

Aktiviti Fast & Furios Kami Harini – Fuhh !!

  1. Breakfast bersama group TRRA, Branch Leader belanja. Pulut kuning, keropok lekor, nasi dagang, nasi minyak dan mcm2 ado
  2. Briefing & Site Viewing Tanah Lot Banglo Bangi Lama yg terhangat dipasaran! – Freehold, dari rm170k, individu title, basic infra ready, lokasi 6 min dari Bangi Wonderland
  3. Kejar ke TBS nak hantar anak balik ke UIAM Gambang macam Fast & Furios!!
  4. Terlambat seminit bas dah jalan..acara kejar mengejar bas dari TBS ke Karak Hiway..macam citer SPEED!
  5. Alhamdulillah dpt kejar bas..naikkan anak tepi hiway sebelum Genting Sempah nasib baik tak terlepas exit, kalau tak sampai ke Gambang la kiter harini.
  6. Naik bukit Janda Baik kejap utk hilangkan lelah acara kejar mengejar sambil hirup udara segar atas bukit
  7. Sambil2 recce port camping utk hujung tahun nanti for Family Camping.
  8. Enjoy lunch Patin Tempoyak Riverside
  9. Harung jem sebelum tol Gombak dengan hujan lebat sepanjang otw back
  10. Selamat sampai rumah lepas Isyak..alhamdulillah.
  11. Ghisaauu… bila dapat tau ibunda admitted malam tadi diHPPUPM. Nasib ada abang dan adik yang bantu uruskan ibu dan abah yang kurang upaya dan kurang sihat.
@kaktaty Kes tertinggal bas..! #demimuanak ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy – Kelud Music

Meninjau di ruangan komen menerusi video yang dikongsikan ini, rata-rata warganet terharu dengan usaha seorang ayah yang sanggup lakukan apa sahaja untuk anaknya dapat menaiki bas tersebut. Bahkan tidak kurang juga, berkongsi momen pernah tertinggal bas seperti keluarga ini dan sekali gus mengimbau kenangan dan rasa rindu pada susuk tubuh insan bergelar ayah.

Ads

Tidak dengan itu, ramai juga yang memuji tindakan pemandu bas tersebut yang baik hati mahu memberhentikan bas tersebut.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Kasihnya Ibu Ayah Sanggup ‘Kejar’ Bas Hingga Ke Karak, Gara-gara Lewat Seminit!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI