Tidak dinafikan, keseronokkan anak-anak bila dapat berendam dalam kolam mandi memang cukup luar biasa.

Berjam-jam berendam pun tidak menjadi hal bagi mereka, malah jika disyaratkan bermain air hanya boleh sekejap sahaja pasti mereka tidak puas hati. Merajuk pun boleh, begitulah ragam anak-anak kita.

Namun dalam tempoh PKP ini apa cara  kita untuk menggembirakan anak-anak dengan memberi peluang mereka mandi manda di dalam kolam air ya?

Kadang kala kasihan juga melihat mereka, hanya bermain di dalam rumah dengan aktiviti yang sama semenjak PKP dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu hingga kini.

Jadi apa kata, anda bina kolam mandi sepertimana yang direalisasikan oleh Zul Mus, ayah kepada 4 orang anak ini.

Melihat perkongsiannya itu, tidaklah sukar untuk dibuat dan sesuai sangat  jika anda sekeluarga tinggal di rumah teres.


Tutdia… Siap dh… PKP lajak lagi 2 mingu punya pasai abah hampa diy kolam bagi kat hampa mandi..Maaf na Iwan Watie saya tiru idea tuan …

Ads

Kasihan Tengok Anak Bosan, Ayah Ni Buatkan Kolam Mandi DIY. Memang Awesome!

Nie utk saiz kolam 8kaki x 6kaki x 1.2kaki…

Kelengkapan yang diperlukan 

20mm PVC pipe class 7 =4btg
20mm PVC tee =36biji
20mm PVC elbow =8biji
canvas 12ft X 10ft
gam pipe PVC
cable tie
alatan tangan

Ads

Kos keseluruhan rm130 – rm160…Harga ikut hardware tempat masing²...

Kalau kat penang hardware buka setiap Isnin & Khamis… Kalau kat tempat len tak pasti la plak…

Langkah DIY kolam mandi

Step 1 : Sediakan 20mm PVC pipe class 7 =4btg, 20mm PVC tee =36biji dan 20mm PVC elbow =8biji

Kasihan Tengok Anak Bosan, Ayah Ni Buatkan Kolam Mandi DIY. Memang Awesome!

Ads

Step 2 : Bina kerangka kolam berukuran  8kaki x 6kaki x 1.2kaki menggunakan PVC pipe. Gamkan antara sambungan pipe dengan gam pipe PVC.

Kasihan Tengok Anak Bosan, Ayah Ni Buatkan Kolam Mandi DIY. Memang Awesome!

Step 3 : Letakkan canvas berukuran 12ft X 10ft dan ikat kemas setiap bahagian tepi canvas dengan cable tie. Siap dan kemudian isi air sehingga penuh. 

Kasihan Tengok Anak Bosan, Ayah Ni Buatkan Kolam Mandi DIY. Memang Awesome!

sumber : Zul Mus

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI