Penyanyi terkenal Aina Abdul mendedahkan pernah melalui zaman sukar apabila berdepan masalah kulit wajah sejak zaman sekolah menengah lagi.
Malah disebabkan masalah jerawat ini juga menyebabkan proses untuk menyolek wajahnya perlu ambil masa lama.
Menurut pemilik nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, dia mengalami masalah kulit wajah berjerawat sehingga menyebabkan dirinya hilang keyakinan.
“Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain.
“Jadi, saya ok saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah. Dalam masa sama saya mendapatkan khidmat nasihat doktor.
“Disebabkan masalah kulit memang susah nak mekap. Apatah lagi boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap.
“Kadang kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama. Jadi, apabila saya berjaya atasi masalah ini, saya nak didik pengguna atau mereka yang ada masalah sama macam saya untuk percaya yang setiap perkara itu perlu melalui proses,” katanya pada Harian Metro.
Dan kini siapa pun tidak menduga, penyanyi yang baru saja menang vokal terbaik di AJL 36 lalu teruja apabila wajahnya kini terpampang di papan iklan (bilboard) di beberapa lokasi di Malaysia.
Ads
Menurut Aina dia sangat teruja kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana dirima memang pengguna produk Truskin.
“Bagi saya produk ini bukan saja berkuaiti, malah pihak mereka juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masakah kulit muka zaman remaja mendapat peluang untuk muncul di billboard besar serata negara.
“Masalah kulit wajah saya juga semakin dapat diatasi dengan pengunaan produk ini dan apa yang penting saya kembali dapat semula keyakinan diri.
“Sementelah komitmen saya juga yang perlu bertemu ramai orang dan membuât persembahan atas pentas,” kata pelantun lagu sumpah dan Sepi ini di Media Hiburan.
Ads
Aina sebelum ini telah dilantik menjadi sebagai wajah kempen produk Truskin dan telah menggunakan produk ini selama 2 tahun.
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Namun jika minum air secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan hal ini.
Bahaya minum air terlalu banyak
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah kita minum air 5L sehari. Saya ingin mengurangkan rasa lapar. Hopefully dapat menurunkan berat badan saya. Terima kasih.”
Walaikumusalam.
Kita minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.
Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi. Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain.
Kesan minum air berlebihan
Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita. Minum terlalu banyak air kosong bukanlah cara yg betul menurunkan berat badan.
Minum air kosong membantu kita mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.
Walaupun saya sering mencadangkan pengambilan air kosong setiap hari, ini tidak bermakna kita boleh minum air secara berlebihan.
Pengambilan air berlebihan melebihi 3L sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.
Pernah ada satu kes di mana seorang gadis minum 5 liter air sehari, untuk menjadi kurus, mengalami sawan.
Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak, dan mengalami sawan.
Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh. Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot.
Oleh itu minum air pada kadar sepatutnya.
Jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah minum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.
Jadi bersederhanalah. Minum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup minum air pun bahaya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida teruja apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus selamat bergelar suami kepada wanita pilihan dikenali Haniz Zahira, 28.
Majlis akad nikah yang serba sederhana itu diadakan di sebuah masjid di ibu kota yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.
Danial yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band sebelum ini melangsungkan majlis pertunangan dengan Haniz yang juga Pegawai Pemasaran pada 22 Jun yang lalu. Selain Danial, Umie Aida juga memiliki dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 26, dan Aisyah Humaira yang kini berusia setahun.
Tahniah diucapkan buat Umie Aida dan suami. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Setiap kali ramadan datang, pengakhirannya yang ditunggu bukan sahaja meraikan hari raya tetapi mencari malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh istimewa yang mana manusia tidak tahu secara tepat waktunya cuma dikatakan pada malam-malam ganjil 10 akhir ramadan.
Pendapat masyhur mengatakan malam yang paling diharapkan adalah malam 21 dan malam 23, kemudian malam 27. Ketika 10 malam terakhir ini disunatkan mengimarahkannya bersungguh-bersungguh mencarinya dalam beribadah dan berdoa. Serta disunatkan sehingga terbit fajar. Malah sunat juga beribadah sungguh-sungguh di siang hari sebagaimana ibadah waktu malam.
Dalam kesungguhan kita mencari Lailatul Qadar, antara sebab disembunyi malam itu adalah supaya manusia bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar setiap tahun.
Menerusi facebook seorang ustazah,Aminah Mat Yusoff Yusoff berkongsi amalan arwah ayahnya dalam mencari malam Lailatul Qadar.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Misteri Lailatul Qadar, apa yang patut kita lakukan?
Pernah suatu ketika dahulu..Amalan yang Almarhum ayahanda wajibkan.
1. Qiamullail
Di kampung saya setiap kali Ramadan mesti ada Qiamullail berjamaah. Jam 3 pagi terdengar alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an, kejutkan orang yang sedang tidur.
Berduyun-duyun jamaah datang, kecik besar tua muda. Masa tu semangatnya luar biasa kerana jamaah ramai dan suasana meriah.
Mulai dengan solat sunat taubat, tahajjud, tasbih, hajat dan diakhiri witir.
Betul kata kebanyakan ulama’ orang yang sering melaksanakan solat malam akan miliki hati yang kuat, fikiran yang cerdas dan mempunyai jasad yang sihat serta bertenaga. Sepanjag hari kehidupannya sangat tenang dan terarah, tidak serabut. Satu lagi kelebihannya yang paling penting ialah menerangi kubur saat kita mati nanti.
2. Surah wajib
Al-mulk, al-waqiah dan As-Sajdah.
Selesai sahur jangan tidur, ambil Al-Qur’an dan baca. Percayalah.. akan hilang rasa mengantuk dan pening. Sepanjang hari tu kita rasa berkat, segala kerja buat kita jadi hebat.
3. Doa
Part niey macam2 versi doa yang kita dengar.
Semuanya bagus dan baik untuk kita. Doa yang paling terkesan ialah apa yang kita nak sangat minta dengan Allah. Paling penting sebutkan nama Allah semasa kita mohon doa daripada – NYA.
Ya Allahu Ya Bariii’.. Aku berserah kepadaMU Susun dan aturkan kehidupanku dengan sebaik-baiknya.
Ya Allahu ya Haafiiz..Jagalah diriku daripada sebarang penyakit, dari segala bahaya dan kejahatan makhlukMU, dari segala hasad dengki dan iri hati, dari segala rasa sombong dan tinggi diri.
Ya Allahu Ya Quddus.. Bersihkan segala kotoran dari tubuh badanku, bersihkan segala ketumbuhan yang ada dalam jasadku, bersihkan segala sihir dan fitnah yang boleh merosakkan hidupku, bersihkan segala racun yang boleh mendatangkan mudarat kepadaku untuk kekal kuat beribadah kepadaMU
Wirid ya Allah 100 kali
Lailahaillallah 300 kali
Salawat 100 kali
Istighfar 100 kali
Basic
Yg lain tambah
Lahawlawala quwwata illa billah 100 kali…Jika tidak mampu amalkan 10 kali pagi 10 kali petangpun boleh. ( Bilangannya saya ambil dari amalan Almarhum Tuan guru Ismail Kamus sebab saya tak pernah tanya bilangan yang tepat semasa ayahanda masih ada)
Zikir ini penenang hati. Jika hati kita berat nak ibadah, berat nak bersedekah, berat juga nak bangkit Qiamullail.. Amalkan zikir ya Allah banyak-banyak. In sha Allah.. Jika Allah yang diseru segala kebaikan akan singgah dalam hidup kita.
5. Bukan sekadar mencari
Ada kiraan bagi menentukan malam Al-Qadar. Antaranya ada disebut tentang jumlah lafaz yang ada dalam surah al-Qadr. Jumlah lafaznya adalah 30. Manakala lafaz hiya dalam ayat yang terakhir merujuk kepada Lailatul Qadar. Lafaz ini adalah lafaz yang ke 27, maka dihukum bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.
Dalam kiraan yang lain, disebut bahawa lafaz Lailatul Qadar dalam tulisan Arab terdiri daripada sembilan huruf. Lafaz Lailatul Qadar disebut sebanyak tiga kali dalam surah al-Qadr, maka sembilan darab tiga menjadi 27. Maka hukumnya Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.
Kesemua pendapat ini hasil ijtihad para ulama. Untuk melengkap lagi kefahaman tentang Lailatul Qadar, ada beberapa hadis sebagai pedoman. Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya:
“Maka carilah Lailatul Qadar pada sembilan, tujuh dan lima.” (riwayat al-Bukhari).
Menurut satu tafsiran hadis, sembilan, tujuh dan lima merujuk kepada 29, 27 dan 25 Ramadan.
Kesemua pendapat ini adalah baik bagi menerangkan hakikat malam Lailatul Qadar. Bagi sesetengah kelompok masyarakat pula, Lailatul Qadar tetap pada satu malam sahaja iaitu malam 27 Ramadan.
Kepelbagaian pandangan para ulama dalam penentuan Lailatul Qadar memberi isyarat jelas bahawa tiada kesepakatan dalam masalah ini. Maka Lailatul Qadar menjadi rahsia. Ijtihad ulama dalam lontaran pandangan hanya sekadar ijtihad yang ada masanya betul dan ada masanya silap.
HIKAH DISEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR
Maka di sini nyata hikmah disembunyikan Lailatul Qadar agar umat Islam lebih berusaha mencarinya.Terserah kepada kita umat Islam untuk memilih mana-mana pandangan selagi mana ia berdasarkan dalil dan hujah.
Maka tidaklah menjadi keperluan untuk bertegang urat dalam masalah penentuan malam ini. Apa yang penting, bagaimanakah amalan kita.
Moga Allah temukan kita dengan malam Al-Qadar.
Doa saya untuk sahabat semua..
Moga Allah kurniakan pengakhiran kehidupan yang terbaik, jauhkan dari fitnah dajjal, memelihara diri dan seluruh ahli keluarga sebagaimana Allah menjaga hambaNYA yang soleh dan solehah.
Moga Allah luaskan pintu rezeki, dikurniakan kehidupan yang berkat dan penuh keredaan. Miliki hati yang bahagia dan sentiasa cinta dengan suruhan Allah SWT.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.